MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Jun 29, 2008

Nak dengar cara turunkan harga minyak...? Tunggu (kalau jadi) debat Ahmad Shabery Cheek VS Anwar Ibrahim

Ideanya mudah…jangan cakap sebarangan. Tak kira pihak kerajaan atau pembangkang. Negara ini tidak boleh hidup atas sentimen dan emosi menerusi ucapan berapi-api dan demonstrasi.Turun dengan fakta dan angka yang boleh yakin rakyat siapa yang betul.Orang kampong di Sik,Hulu Terengganu,Gua Musang,Kuala Pilah,Mersing dan nun jauh di Long Pasia tidak faham terma ekonomi yang tinggi-tinggi dan berbelit.Soalnya bagaimana ramai yang sudah angin satu badan dengan kenaikan minyak naik harga dapat diberi kefahaman isu ini dalam prespektif yang betul.Peritnya sekarang bukan terasa di Malaysia saja merasa menjadi bahan keluhan satu dunia.Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau boleh turunkan harga minyak esoknya sebaik saja dapat tawan Putrajaya.Bunyinya memang mengiurkan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 29/6/2008
Sumber Agendadaily.com

Berita Terbaru
RTM sedia siar siaran langsung debat Ahmad Shabery- Anwar, kata Kamaruddin
29/06/2008 3:52pm
SEREMBAN 29 Jun — RTM bersedia untuk menyiarkan siaran langsung debat mengenai harga minyak di antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.
Beliau berkata, kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung sebagai membuktikan sikap keterbukaan kementerian itu.
“Kita sangat terbuka...kita boleh siarkan (siaran langsung) tetapi bukan dianjurkan oleh RTM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Kenali ASEAN 2008 di sini hari ini.
Debat bertema “Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadual pada 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. - Benama
Petikan Utusan online.

Komen

Adakah debat Shabery dan Anwar pada 15 Julai ini menjadi kenyataan?
Ramai dikalangan pemerhati berkata Shabery mengambil risiko yang mana jika kalah, adakah kerajaan akan mengikut apa yang Anwar cakap? Jika Anwar kalah, itu perkara biasa.

Khamis, Jun 26, 2008

Ezam diterima masuk UMNO, tetapi tidak boleh bertanding

KUALA LUMPUR 26 Jun – Majlis Tertinggi UMNO hari ini membuat keputusan menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd. Nor sebagai ahli parti itu.Tetapi beliau tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti.

Ulasan

Mana mana ahli UMNO yang baru menyertai UMNO atau bertukar cawangan atau bahagian mestilah menunggu tiga tahun barulah bolih bertanding apa apa jawatan dalam UMNO bagi mengelak politik wang dan sebagainya, ini ditegaskan olih Majlis Tertinggi UMNO pada 1998 bagi mengelak perpecahan dalam UMNO. Diharap peraturan ini diguna pakai bagi menyekat pemimpin yang rakus dari berkuasa.

Rabu, Jun 25, 2008

Boleh hadiri kenduri asal jangan kempen: Muhyiddin

KLANG: Ahli Umno yang bertanding pada pemilihan parti tahun ini boleh menghadiri kenduri kahwin, majlis kesyukuran dan perjumpaan lain asalkan mereka tidak menggunakan majlis itu sebagai tempat berkempen bagi meraih undi, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Ramai keliru dan menganggap Majlis Tertinggi (MT) menyekat mereka daripada menghadiri kenduri kahwin, tahlil dan perjumpaan lain. "Dakwaan ini tidak betul. Saya jelaskan di sini, mereka tidak disekat menghadiri majlis seperti ini asalkan tidak dijadikan tempat berkempen," katanya selepas merasmikan bangunan baru Pantai Bharu Holdings Sdn Bhd di Jalan Meru di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, larangan itu hanya berkuat kuasa kepada majlis yang boleh ditaksirkan sebagai berkempen bagi mendapat sokongan jawatan yang ditandingi. Beliau diminta mengulas Tataetika Baru Pemilihan Umno yang diluluskan MT baru-baru ini yang melarang calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil, kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Petikan Berita harian online 24 Jun 2008

Komen

Walaupun hadir dimajlis kenduri kahwin atau tahlil mereka tetap berkempen, selepas berbisik dimajlis perkahwinan atau tahlil mereka akan ke warung untuk minum dan berbual, disini sekali lagi mereka berkempen. Jika ada ahli yang mempunyai maklumat, ahli tersebut tidak akan melaporkan kepada jawatankuasa disiplin kerana dikuatiri laporannya tidak diambil kira, jika diambil kira sekali pun ia iakan menyusahkan ahli itu sendiri kerana terpaksa hadir untuk "dibicarakan" .

Calon pemilihan UMNO ditegah hadir kenduri, guna pelobi

PUTRAJAYA 23 Jun – Berkuat kuasa bulan depan, calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.
Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.
Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.
Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.
“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.
“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Malaysia hari ini.
Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos ini, bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November manakala peringkat Pusat yang menjadi tumpuan perebutan jawatan tertinggi parti dari 16 hingga 21 Disember.
Perkara 8.2 tataetika tersebut juga melarang pengundian ala ‘sistem rakit’ yang menetapkan ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti.
Larangan itu dibuat bertujuan mengelakkan kewujudan kem tertentu pada pemilihan parti yang boleh memecahbelahkan UMNO.
Pengundian secara ‘sistem rakit’ kebiasaannya digerakkan oleh ejen atau pelobi calon tertentu yang mengandungi senarai nama ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.
Di peringkat bahagian dan cawangan pula, ditetapkan ‘barisan kepimpinan’ yang dilarang digunakan meliputi ketua bahagian/cawangan serta timbalannya, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.
Menurut tataetika tersebut, mana-mana ahli UMNO yang mempunyai maklumat mengenai gejala sistem rakit boleh membuat laporan kepada Ibu Pejabat UMNO.
Jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, mereka yang terlibat dengan kesalahan tataetika boleh dihukum termasuk digantung keahlian dan dipecat daripada parti.
Mengikut Perkara 7.2 tataetika pula, adalah menjadi satu kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin.
Jika berlaku, perbuatan itu akan dianggap sebagai menghina parti.

Petikan Utusanonline.com.my pada 24Jun 2008

Komen

Larangan mengadakan kenduri kendara dan lawatan telah dibuat olih MT UMNO pada tahun 1996 yang lalu. Sila rujuk akhbar Berita Harian 5 Jun 1996 yang berbunyi, Mengadakan majlis kenduri kendara dan lawatan dilarang . Sabarudin Chik.
Larangan ini sebenarnya tidak relevan, ini berdasarkan ahli yang ingin bertanding tidak bolih berkempen, tidak bolih hadir bagi memerhatikan persidangan cawangan atau bahagian lain bersidang. Para pemegang jawatan bebas hadir dimana mana persidangan bahagian atau pun cawangan atas alasan pemerhati dan sebagainya. Sebagai contoh AJK Bahagian bolih hadir atas sifat AJK Bahagian sebagai pemerhati, mahu tak mahu cawangan bagi percalonan, bagi ahli diperingkat cawangan yang ingin bertanding terpaksa gigit jari kerana tak bolih nak berkempen walau pun ada kemampuan dari segi akademik mahu pun politik olih kerana tiada orang yang mengenali dan tiada yang mencalonkannya. Sepatutnya peluang untuk bertanding dibuka kepada semua ahli sebagai menghormati ahli yang bertukus lumus menaikan nama parti. Bagi yang bertaraf VIP tak menjadi masalah pada mereka, kerana mereka bolih dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa. Tempoh larangan selama enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pertandingan itu terlalu lama, iaitu 12 bulan ( Satu Tahun ). Adalah lebih baik semua jawatan dalam UMNO tidak dipertandingkan, kekalkan semua pemegang jkawatan yang ada.

Isnin, Jun 23, 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK

4 Ahli Parlimem pembangkang berbasikal ke Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga bahan api. Mereka ialah Ahli Parlimen Baru, Tian Chua, N Gobalakrisnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru); dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan). Mereka berbasikal dari Bank Negara mulai jam 9.30 pagi dan tiba di Parlimen, 10 minit kemudian.
Petikan Berita Harian online 23 Jun 2008

Jangan hipokrit... Itulah ungkapan yang keluar daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas tindakan empat Ahli Parlimen PKR yang berbasikal ke Parlimen. Berucap membahaskan usul kenaikan harga minyak di Dewan Rakyat, Ibrahim turut mencabar keempat-empat Ahli Parlimen itu terus berbasikal ke Parlimen sepanjang tempoh sidang Dewan Rakyat

Petikan Agendadaily.com 23 Jun 2008

Saya menyokong penuh kata kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Bagi saya tindakan Ahli Parlimen PKR hanya mahu mengabuli mata rakyat yang kononya mereka berjuang untuk rakyat. Kenaikan harga minyak adalah masalah dunia bukannya masalah Negara Malaysia sahaja. Jika benar mereka ingin membantu rakyat, sila buat pemotongan gaji mereka dan masuk tabung kerajaan negeri yang mereka menang untuk membantu rakyat yang mengundi mereka.