MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Ogos 26, 2009

Tahniah kepada Rosol dan 8 Adun Umno Terengganu

Salam blogger,
Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini kepada seluruh umat islam tak kira dimana berada.
Kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Rosol Wahid dan rakan rakan ADUN Terengganu yang telah melafazkan bersama BN Terengganu.
Jika apa yang diucapkan olih Datuk Rosol ini menjadi kenyataan, ia menunjukan BN Terengganu masih lagi dipercayai olih rakyat Terengganu bagi menghadapi PRU 13 tak lama lagi.
Jika ucapan Datuk Rosol menjadi sebaliknya seperti bekas pemimpin BN yang lain, yang mengatakan hari ini kekal bersama BN dan esoknya menyertai pembangkang maka UMNO dan BN Terengganu harus bekerja keras demi kemenangan pada PRU 13 yang akan datang.
Saya amatlah berharap Datuk Rosol dan rakan mengotakan apa yang dikata seperti "slogan" semasa Datuk Idris Jusoh menjadi Menteri Besar dahulu iaitu " Kita cakap, Kita buat ".
Kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, bawa bawalah berbincang dengan semua wakil rakyat BN bagi masa depan UMNO dan BN Terengganu. Tiada gunanya kita merancang pembangunan negeri Terengganu tetapi orang lain yang melaksanakan.

Khamis, Ogos 20, 2009

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.
Sumber www.utusan.com.my 19/8/09

Jumaat, Ogos 07, 2009

DAP gesa tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor

PETALING JAYA 7 Ogos - Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Dr. Hasan dalam kes itu dilihat “tidak sesuai serta tidak adil”, dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.
“Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya,” kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP memiliki hubungan yang baik dengan Pas di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.
Pua berkata, DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.
Minggu lepas, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.
Ekoran tindakan itu, Dr. Hasan Mohamed mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu. - Bernama
Petikan www.utusan.com.my 7/8/09

ADUN Terengganu dibebas dengan ikat jamin

KEMAMAN 7 Ogos — Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu daripada Barisan Nasional yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lepas kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.

ADUN berkenaan bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.
Menurut Syed Azimal Syed Abu Bakar, peguam bela ADUN itu, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini merupakan hari cuti di Terengganu.
Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.
Ketiga-tiga tertuduh tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka termasuk Adun itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi. Mereka meninggalkan mahkamah pada 11.30 pagi.
Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.
Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.
— BERNAMA Petikan www.utusan.com.my 7/8/09

Khamis, Ogos 06, 2009

Rakyat diingatkan 7 wasiat Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi.” “Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

“Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat,” titah baginda.
Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

“Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram,” titah Raja Nazrin Shah.
Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.
Sumber www.utusan.com.my 6/8/09

Selasa, Ogos 04, 2009

Rasuah: Adun Terengganu, dua rakan direman lima hari

KEMAMAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad.
Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemanan untuk siasatan lanjut.
Semalam, Adun berkenaan bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan. Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu.
- Bernama
Petikan www.bharian.com.my 3 Ogos 2009

Ahad, Ogos 02, 2009

SPRM tahan ADUN Terengganu kerana disyaki terima rasuah

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama
Petikan http://www.utusan.com.my/ 2 Ogos 2009

DUN Terengganu Bubar?

DUN TERENGGANU BUBAR? Tajuk hadapan akhbar Siasah 2 - 8 Ogos 2009.
Mengikut akhbar tersebut Timbalan Presiden UMNO gelisah mengenai kekecohan UMNO Terengganu dan diminta selesaikan segara masalah pemimpin BN lari meninggalkan UMNO.
Di Terengganu pula menurut akhbar siasah Menteri Besar Datuk Ahmad Said tertekan dan sudah beberapa kali mengugut akan membubarkan Dun Terengganu jika terpaksa.
Saya tidak nampak krisis kepimpinan UMNO Terengganu bermasalah hinggakan ada yang mengatakan akan berlaku undi tidak percaya kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada sidang DUN yang akan datang.
Pelbagai andaian dibuat olih golongan tertentu supaya rakyat gelisah mengenai kepimpinan UMNO dan kerajaan Terengganu. Andaian ini hanya direka cipta olih pemimpin UMNO yang berkepentingan politik yang selama ini memendam rasa bilakah diri ini bolih jadi YB dan sebagainya.
Jika Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Manir serta Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib mengakui mesra dengan Datuk Ahmad Said, mengapa pula dikalangan UMNO sendiri sengaja mencari jalan untuk menjatuhkannya. Nak memuaskan hati semua orang bukanlah sesuatu yang mudah.

Haji Hadi saran UMNO undur diri dari persada politik.

Akhbar Siasah Bilangan 0160 keluaran 2 - 8 Ogos 2009 telah menyiarkan ucapan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Prai Utara baru baru ini yang meminta UMNO dan Barisan Nasional patut undur diri dari persada politik tanah air kerana telah banyak membawa keruntuhan dan kemusnahan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.
Pada pandangan saya jika UMNO dan BN masih lagi berada dipersada politik negara Pas dan PR gagal untuk menerajui negara. Siapa sebenarnya yang membawa keruntuhan kepada rakyat dan negara selain dari Pas dan PR? Siapa yang merosakkan demokrasi dengan mengadakan demontrasi jalanan? Ini semua mainan politik Pas dan PR. Dengan menamakan Gerakan Mansuh ISA mereka membuat Himpunan Haram di ibu kota yang menyebabkan premis perniagaan ditutup. Mereka ini tidak peduli hal orang lain asalkan mereka puas mengajak rakyat menentang kerajaan dengan cara yang tidak sah.
Pada hari pertama Dato Seri Mohd Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau telah berjanji akan meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri mengikut kesesuaian semasa. Akta tersebut masih dalam pindaan dan belum lagi dibentang dalam Parlimen maka pada 1 Ogos pakatan pembangkang telah mengadakan himpunan di ibu kota bagi membantah ISA.
Adakah mereka telah membaca Akta ISA yang dalam proses pindaan ini hinggakan mereka sanggup menyusahkan rakyat dengan berhimpun di ibu kota? Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri sewaktu dalam kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak pernah meminda Akta ISA walau pun beliau pernah ditahan mengikut Akta yang sama pada tahun 1974.

Kerajaan sedia beri tempat untuk berhimpun secara aman: Najib

MUAR: Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," katanya mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara, semalam. Perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 itu mendesak kerajaan supaya menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggap tidak adil.

Perdana Menteri bercakap pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh, dekat sini, yang turut dihadiri oleh ketuanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Timbalan Perdana Menteri. Najib juga berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang terbabit dalam perhimpunan haram itu. Katanya, polis mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan serta ketenteraman awam, dan tidak mahu kejadian semalam berlaku secara berterusan.

"Terpulang kepada pihak berkuasa (untuk mengambil tindakan). Demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut diteruskan," katanya. Menurut Perdana Menteri, pihak pembangkang sudah menjadikan perhimpunan haram itu sebagai bahan politik untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan itu kejam dan tidak bertindak adil dengan undang-undang yang "draconian". "Kita kena menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang telah dijalankan oleh kerajaan," katanya. Polis menahan 589 orang selepas mereka terbabit dalam perhimpunan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata pihaknya akan menyiasat pembabitan pemimpin pembangkang di perhimpunan itu. Mereka termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; dan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang; serta ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.
Perhimpunan itu menyebabkan beberapa jalan raya di Kuala Lumpur terpaksa ditutup, mengakibatkan kesusahan kepada peniaga dan penduduk.
Najib turut ditanya mengenai kenyataan Anwar di Muar semalam yang menyatakan bahawa parti pembangkang kini menumpukan usaha mereka di Johor, yang juga adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) di dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Itu apa yang dia cakap, kita masih yakin Umno Johor boleh mempertahankan kedudukan Umno dan BN di Johor," katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. - Bernama
Petikan www.bharian.com.my 2 Ogos 2009
Perhimpunan Haram menyusahkan rakyat.
Perhimpunan haram Gerakan Mansuk Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yang diadakan semalam di pusat bandar Kuala Lumpur hanya menyusahkan rakyat. Ini kerana kebanyakan komplek membeli belah ditutup olih kerana dikuatiri diganggu olih peserta perhimpunan tersebut.
Dengan penutupan komplek membeli belah menyebak kesusahan kepada peniaga dan juga pembeli yang datang dari jauh bagi membeli bekalan persiapan hariraya yang akan disambut tak lama lagi. Dengan penutupan premis premis perniagaan seperti SOGO dan sebagainya telah mengakibatkan kerugian hampir RM200 Juta.