MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, September 29, 2009

Dua pemimpin Pemuda Umno Bahagian terbabit dadah perlu letak jawatan.

Dua pemimpin Pemuda Umno bahagian perlu meletak jawatan bagi membersihkan imej pemuda dan umno bahagian dari tercalar. Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya menjadi tauladan yang baik kepada ahli dan juga masyarakat.
Mereka sepatutnya bertanggungjawab membantu pihak berkuasa membenteras najis dadah dikalangan remaja dengan menganjurkan majlis penerangan mengenai dadah musuh negara dan bukannya menjadi penagih dadah.
Berita Harian Online hari ini melapurkan polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

Pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad sudah dijangka.


Pencalonan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini memang sudah dijangka walau pun mendapat tentangan sesetengah pihak.
Pengumuman nama Mohd Isa yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri dan pengumuman calon BN di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson hari ini.
Umno Bahagian Teluk Kemang pada peringkat awal hanya mencalonkan nama Mohd Isa untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini.
Bagaimanapun, selepas diminta pucuk pimpinan parti, dua lagi nama dikemukakan untuk dipertimbangkan sebagai calon BN.
Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 25 tahun. Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang diadakah berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 3 Oktober ini, manakala pengundian 11 Oktober.
Tan Sri Mohd Isa akan ditentang olih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini. Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terbabit dadah

KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah berkenaan jam 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.
"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah. Seorang daripada merekA kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. - Petikan www.bharian.com.my

Isnin, September 14, 2009

MIC perlu mengambil tindakan disiplin terhadap perwakilan yang melampau dan biadap.

Tindakan perwakilan MIC mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad, termasuk cadangan mengalungkan gambar bekas perdana menteri itu dengan kalungan selipar dianggap sebagai melampau dan biadap.

Tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap perwakilannya.

BN perlu mengambil tindakan terhadap pemimpin MIC jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan atau hukuman kepada perwakilan tersebut.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S.Samy Vellu.

Walaupun Dr Mahathir dikatakan mencampuri MIC dengan kenyataannya, masih banyak lagi cara atau saluran untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka. Cadangan itu menggambarkan kaum India di negara ini tidak menghargai jasa dan sumbangan Dr. Mahathir terhadap masyarakat mereka. Ini menunjukan pemikiran mereka sangat cetek.

Umno dan orang melayu mesti mendesak supaya Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu memohon maaf secara terbuka kepada Dr Mahathir demi menjaga kehormatan orang melayu dan juga Dr Nahathir sebagai negarawan yang disegani.

Khamis, September 10, 2009

DUN Bagan Pinang kayu pengukur UMNO dan BN

Salam Blogger,
Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang akan diadakan tak lama lagi berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd Nor ADUN Bagan Pinang dari Barisan Nasional pada 4 September lalu bakal menjadi kayu pengukur kepada UMNO dan Barisan Nasional setelah tewas beberapa kali dalam pilihanraya kecil bermula di Parlimen Kuala Terengganu pada januari lalu setelah kematian Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional.
Jika dilihat suasana politik dalaman UMNO dan BN hari ini adalah sukar bagi BN memenangi kerusi Dun Bagan Pinang walau pun kerusi tersebut milik BN sebelum ini. Pemilihan calun yang sesuai bagi BN amatlah penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta UMNO Negeri Sembilan menyenaraikan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ketika diminta mengulas keputusan UMNO Teluk Kemang yang dilaporkan hanya mahu menyenaraikan nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang juga ketua bahagian itu, sebagai calonnya. Katanya lagi langkah itu penting untuk membolehkan pucuk pimpinan parti membuat penilaian dengan lebih objektif.
Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Pada masa ini, BN menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan dengan bakinya 16 lagi dipegang DAP, PKR dan Pas.