MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 29, 2009

BTN perlu dikekalkan

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Sudah satu bulan saya tidak kemaskini blog kerana banyak urusan lain yang perlu dibuat.
Saya menyokong penuh ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein bahawa Biro Tata Negara perlu dikekalkan bagi menerap dan memupuk semangat cintakan negara dikalangan rakyat.

Jika kerajaan akur dengan desakan pihak pembangkang untuk menghapuskan BTN, maka kerajaan juga perlu menghentikan PLKN yang bertujuan mendidik remaja menyintai negara.
Apabila rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat cintakan negara, maka berlakulah kucar kacir dalam negara.

Bila negara berada dalam kucar kacir, para pelabur hilang kepercayaan untuk melabur dan ini menjadikan penganguran dan ekonomi yang tidak baik pada negara.

Semalam Utusan Online melapurkan Datuk Seri Hishammuddin selepas merasmikan Majlis Korban Peringkat Parlimen Kuala Nerus di Masjid Kampung Tok Jembal di Kuala Terengganu berkata Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dihentikan dan segala tuntutan parti pembangkang untuk berbuat demikian tidak seharusnya dilayan.

Beliau juga menegaskan, kursus dan modul yang diperkenalkan dalam BTN sebenarnya penting dalam menerapkan dan memupuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

"Ia penting dalam membina sebuah negara yang maju dan utuh. Saya sebenarnya hairan kenapa baru sekarang parti pembangkang menimbulkan tuntutan seperti ini walhal kursus BTN telah lama wujud.

"Ini mungkin berlaku kerana mereka ketandusan isu selain ingin mengalih perhatian daripada masalah dalaman yang mereka hadapi sekarang,'' katanya.