MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Disember 28, 2009

CADANGAN LARANGAN PERJALANAN BAS EKSPRES WAKTU MALAM BUKAN JALAN PENYELESAIAN.

Salam blogger

Saya amat tidak bersetuju terhadap cadangan untuk melaksanakan larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam atau selepas tengah malam seperti yang diutarakan sesetengah pihak.

Cadangan tersebut adalah tidak relevan sama sekali, apakah kemalangan tidak berlaku pada waktu siang? Kemalangan tetap berlaku dimana mana dan tidak mengira waktu. Bagaimana orang ramai yang berpendapatan rendah yang mempunyai urusan sesuatu perkara diluar kawasan yang jauh.

Dengan menghadkan perjalanan bas ekspres pada waktu malam akan membebankan mereka. Mereka terpaksa mengambil cuti tiga hari bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka juga terpaksa menyewa bilik selama dua malam disebabkan tak sempat balik. Hari pertama dan ketiga adalah hari perjalanan pergi dan balik. Hari kedua hari mereka berurusan temujanji, ini sekali gus menambah beban kewangan yang mana bolih digunakan untuk tujuan lain.

Mengikut kajian, semua kenderaan mempunyai risiko kemalangan, tetapi bolih dielak sedikit sahaja jika jadual perjalanan dipinda iaitu jam 2.00 hingga 4.00 pagi adalah waktu rehat. Mengikut statistik kemalangan banyak berlaku pada waktu ini. Jika waktu rehat ini digunakan pemandu untuk tujuan lain, maka rehat pemandu juga tidak mencukupi. Pengalaman saya memandu jarak jauh, waktu ini adalah waktu yang cukup mengantuk dan hampir berlaku kemalangan.

Setelah saya mengamalkan jadual perjalanan yang betul, saya tidak pernah mempunyai masalah semasa memandu. Diharap pihak yang memberi cadangan ini membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengemukakan cadangan. Apa pun terima kasih atas cadangan ini untuk kebaikan semua pihak.

Selasa, Disember 15, 2009

Laluan keretapi ke Terengganu disambut baik.

Salam Blogger

Rakyat Pantai Timur khususnya Terengganu menyambut baik cadangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi hingga ke Terengganu. Pembinaan landasan keretapi ke Terengganu pernah dicadangkan olih Tun Khalil Yaakob semasa beliau menerajui kerajaan Negeri Pahang suatu ketika dahulu.
Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan UMNO Bahagian Kemaman pada tahun 1995 beliau berkata cadangan membina landasan keretapi dari Mentakab Pahang ke Jertih Terengganu pernah disuarakan kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Katanya lagi apabila landasan keretapi sampai ke Jertih, kerajaan Terengganu bolih membina " Pelabuhan Darat " di Jertih bagi memudahkan pengusaha kilang papan dan kayu lapis disekitar Kelantan - Terengganu menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama mereka bagi menghantar barangan mereka ke Pelabuhan Kuantan.
Bagi rakyat Kelantan - Terengganu juga bolih memilih keretapi sebagai kenderaan awam ke destinasi Pantai Barat, Utara dan Selatan Tanahair serta juga Singapura.
Semalan Berita Harian online melapurkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kajian sambungan rel antara Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Baharu sedang dijalankan. "Hasil kajian ini kelak akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan keretapi yang akan dilaksanakan di Pantai Timur nanti," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini hari ini.

Fatimah ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi ke Terengganu dan menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan keretapi sedia ada di Pahang dan Kelantan. Abdul Rahim berkata kerajaan sememangnya bercadang meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di pantai timur Semenanjung.

Jumaat, Disember 04, 2009

POLITIK LABU-LABI:TEGURAN BUAT DAP/PEMUDA UMNO

Ulasan YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18 dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com/
mengenai pemimpin DAP memijak gambar 3 ADUN Bebas Negeri Perak.
Salam 2 all.
Saya terkejut membaca lapuran akhbar The Star hari ini tentang gelagat pimpinan DAP yang memijak gambar YB Hee Yit Foong, YB Mohd. Osman Jailu dan YB Jamaluddin Mohd. Radzi semasa Perhimpunan Tahunan DAP Peringkat Negeri Perak semalam.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut adalah bekas ADUN DAP dan PKR yang telah memilih untuk keluar Pakatan Rakyat yang akhirnya menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak tumbang.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan DAP yang memilih untuk menunjukkan sifat kebudak-budakan dalam isu ini. Saya cadangkan kepada kepimpinan DAP supaya tengok cerita Nasib Labu-Labi arahan P.Ramlee dimana Labu dan Labi bergaduh berebut wanita yang tidak mahukan mereka pun, dan mereka memilih untuk memijak gumpalan akhbar sebagai simbol kepala bapak masing-masing untuk dipijak lawannya. Saya berharap kepimpinan DAP dapat menunjukkan sikap yang lebih professional, matang dan waras dan tidak mengamalkan Politik Labu-Labi.

Kita perlu menghormati pilihan yang telah dibuat oleh ketiga-tiga ADUN tersebut. Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan mereka, namun kita memperjuangkan hak bersuara dan hak individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan pilihan mereka. Oleh itu kita sepatutnya menjadi golongan pertama yang menghormati hak mereka, walaupun kita tidak bersetuju. Sepatutnya kita mencerminkan diri kita.
Adakah mungkin mereka bertindak demikian kerana sikap kita sendiri. Setakat yang saya tahu, YB Hee Yit Foong merasakan bahawa beliau telah dianaktirikan. Begitu juga dengan YB Mohd. Osman dan YB Jamaluddin, yang menyalahkan kongkongan DAP Negeri Perak keatas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai sebab mereka memilih keluar daripada Pakatan. Alasan mereka mungkin benar mungkin tidak. Tetapi pada pandangan saya, ini tidak menghalalkan kita bertindak saperti samseng jalanan dan secara kebudak-budakan dengan memijak gambar mereka.
Sebagaimana saya tidak bersetuju tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang mengadakan demonstrasi semalam di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang serta membakar gambar YAB Lim Guan Eng. Saya mengecam tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang tersebut dan ingin menegaskan bahawa budaya politik samseng dan gedebe sudah tiada dalam kamus politik Malaysia. Rakyat kini adalah rakyat yang sudah celik.
Ini adalah zaman IT dan tanpa sempadan yang mana berita bergerak pantas dengan hanya satu klik dihujung jari. Politik samseng Sarip Kg Dusun hanya layak dipentaskan di layar komedi. Politik hari ini bukan lagi politik sepak-terajang, tetapi politik memakai aqal yang waras.

Saya menyeru kesemua pihak supaya bertindak secara waras dan profesional. Marilah kita berpolitik secara matang dan berhemah. Jangan kerana politik semuanya menjadi halal. Yang paling malang, apa saje kita buat semuanya ok dan halal, yang orang lain buat semuanya haram belaka! Janganlah kita jadi kuali memanggil teko hitam! Janganlah kita 'amalkan Politik Labu-Labi!

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
12 Zulhijjah 1430 / 30 Nov 2009