MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Jun 30, 2010

Kecelaruan dalam pakatan rakyat.

Salam blogger

Kecelaruan dalam pakatan rakyat semakin menjadi. 18 Jun yang lalu Pengerusi DAP YB Karpal Singh telah membuat kenyataan bahawa kerusi Parlimen Batu perlu diistiharkan kosong ekoran perintah Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM 2000 atau penjara dua bulan terhadap YB Tian Chua dari PKR kerana mengigit saorang anggota polis pada Disember 2007.

Walau apa yang dikatakan olih Karpal itu ada betulnya, tetapi pandangan rakyat seperti ada pergeseran diantara DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara islam acuan PAS yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Menurut Datuk Nik Abdul Aziz, PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara sumbang yang datang daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, ia adalah pendapat peribadi masing masing.

Sabtu, Jun 19, 2010

Terengganu juara Sukma 2010

Melaka 19 Jun 2010. Terengganu muncuk juara keseluruhan buat kali kedua berturut turut pada termasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) XIII Melaka 2010 yang berakhir hari ini.

Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan pada tahun 2008 ketika Terengganu menjadi tuan rumah SUKMA XII.

Dengan 47 pingat Emas, 30 pingat Perak dan 43 pingat Gangsa Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Tempat kedua dimiliki oilh Negeri Selangor dengan 43 pingat Emas, 43 pingat Perak dan 58 pingat Gangsa.

Tempat ketiga milik Wilayah Persekutuan dengan 43 pingat Emas, 42 pingat Perak dan 49 pingat Gangsa.