MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Ogos 31, 2010

Khamis, Ogos 26, 2010

Dana Khas Hari Raya 2010

Assalamualaikum Blooger

Hari ini rakyat didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih Zon 1 menerima sumbangan Dana Khas Hari Raya 2010 bertempat di Dewan Sivik Rumah Murah Binjai Kemaman.

Seramai 2399 orang yang mempunyai pendapatan rendah dan juga warga emas serta orang kurang upaya menerima sumbangan daripada kerajaan Terengganu. Kesemua 12 buah kampung dalam zon 1 menerima sumbangan tersebut.

Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said dan kerajaan negeri Terengganu atas sumbangan tersebut.

26 Ogos 2010

Rabu, Ogos 25, 2010

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

Assalamualaikum,

Semalam JAKIM dalam kenyataan laman web http://halal.gov.my telah mengambil keputusan menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga Jakim berpuas hati dengan kehalalan produk keluaran syarikat berkenaan berkuat kuasa 19 Ogos 2010.

QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Hari ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) menerusi Presidennya SM Mohamed Idris menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB dipasaran berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) yang menarik balik status halal minyak sapi itu yang didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

Isnin, Ogos 23, 2010

MEMBANGUNKAN KOMUNITI ISLAM ASIA MELALUI PENDIDIKAN

Assalamualaikum,

Saudaraku, marilah kita sama sama membantu membangunkan komuniti Islam Asia melalui pendidikan dengan menyertai TABARRU' ASIA . Segala sumbangan ikhlas bolih disalurkan melalui no akaun 1211 0000 2747 17 Bank muamalaf diatas nama TABARRU' ASIA atau melalui online banking di http://www.maybank2u.com/

Semoga Saudara mendapat rahmat dari Allah Subhanahualtaala. Amin.

Khamis, Ogos 19, 2010

Bapa Borek Anak Rintik.

Assalamualaikum Blogger,

Peribahasa Bapa Borek Anak Rintik wajar diberi kepada keluarga pemimpin Parti Keluarga Refomasi PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah Anwar.
Sebelum ini Anwar telah membertahu dunia bahawa kepimpinan kerajaan Malaysia telah berlaku tidak adil dan bermacam macam tuduhan.

Pada 4 Ogos lalu anaknda beliau Nurul Izzah pula telah memburukan pertahan negara di Indonesia. Kedua dua mereka adalah Ahli Parlimen Malaysia yang sepatutnya mempertahankan negara dari segi ancaman terhadap keselamatan negara dan bukannya mendedah keburukan negara pada dunia luar.

Untuk mencari pengaruh politik menjelang PRU 13 akan datang sekali pun, bukanlah dengan cara menjual maruah negara kepada negara asing. Cuba pembaca semua ingatkan kembali, apakah yang dilakukan olih Anwar semasa beliau berada dalam kerajaan? Beliau tidak meminda pelembagaan kerana ketika itu beliau merasa selesa dengan jawatan. Sekarang setelah gagal menawan Putrajaya dan gagal meraih simpati rakyat, maka Anwar dan Nurul Izzah cuba meraih simpati sokongan negara luar. Saya yang sekolah rendah pun tidak terfikir yang rakyat negara asing bolih memberi undi untuk Anwar dan Nurul Izzah.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Khamis, Ogos 05, 2010

Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu

Salam Blogger

Tahniah kepada YAB Menteri Besar Terengganu diatas anugerah darjah kebesaran ulang tahun Keputraan ke 48 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat yang berlansung di Istana Maziah Kuala Terengganu hari ini. maklumat lanjut sila klik pautan dibawah.

Berita Harian Online Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu

Ahad, Ogos 01, 2010

Calon PRU 13?

Salam Blogger,

Saya terbaca tulisan " Dato' Za Za " pada dinding facebook YB. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang di tulis pada 21 Julai lalu yang menyatakan bahawa YB. Dato' Din Adam Adun Bukit Besi Dungun Terengganu akan dipilh semula pada pilihanraya umum akan datang. Masih terlalu awal untuk membuat andaian tentang siapa calun PRU 13. Saya teringat kisah saorang rakan di yang diarah turun padang mendamping ahli parti dan masyarakat 6 bulan lebih awal sebelum parlimen bubar dan tiada percalunan disaat akhir. Akhirnya rakan tersebut merasa malu dipermainkan dan terus meninggalkan parti dan sedikit sebanyak menjejaskan parti. Ada juga yang nama mereka diserahkan olih pengerusi perhubungan kepada presiden dan tidak dipersetujui presiden maka ahli tersebut tiada dalam senarai calun. Serah sahaja pada pucuk pimpinan yang menentukan siapa calun PRU akan datang. Tak salah kita berusaha, tetapi jangan menyimpan harapan yang tinggi. Sekian.
Tulisan "Dato' Za Za" Klik disini.

Rukun Negara dicadang dibaca di setiap majlis rasmi kerajaan. T Muruguah

Salam Blogger

Hari ini Timbalan Menteri di Jabatan Pendana Menteri, Datuk T Murugiah menyarankana agar rukun negara dibaca dimajlis rasmi kerajaan selepas nyanyian lagu negaraku.
Berita Harian Online Rukun Negara dicadang dibacakan di setiap majlis rasmi kerajaan Pada pandangan saya bacaan rukun negara ini patut dilakukan di peringkat pra sekolah lagi. Seingat saya sewaktu saya bersekolah rendah masih ada tulisan Rukun Negara dan Lagu Negaraku di belakang buku tulis yang dijual kepada pelajar. Setiap kali ada pembarisan disekolah kami diminta menyanyikan Lagu Negaraku dan membaca ikrar Rukun Negara. Saya tidak mengetahui bila tulisan itu dihapus. Generasi hari ini tidak tahu mengenai Rukun Negara menyebabkan tiada lagi taat setia pada negara. Sekian.

Warga Emas ditetak olih sekumpulan samseng.

Salam Blogger

1 Ogos 2010. Ampang Jaya. Saorang warga emas maut dan dua anaknya cedera parah akibat ditetak olih sekumpulang samseng kerana menghalang kumpulan itu merekrut 2 orang anak mangsa menyertai kumpulan mereka. Berita lanjut sila lawati Utusan Malaysia Online - Terkini