MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, September 19, 2010

Ulasan Awang Selamat mengenai komen Nazri pada Perkasa

Salam Blogger,

Tahniah diucapkan pada Awang Selamat kerana berani membuat teguran yang membina kepada Nazri Aziz yang selama ini begitu lantang menyuarakan pandangan kepada Tun Mahathir.

Nazri sepatutnya lebih menghormati saorang Negarawan seperti Tun Mahathir yang banyak berjasa kepada negara. Perkasa bukanlah sebuah pertubuhan politik, Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan sepertimana pertubuhan lain yang berdaftar dengan ROS.

Apa pun tahniah kepada Awang Selamat dan Utusan kerana membantu rakyat khususnya orang melayu menyuarakan pendapat mengenai hak hak orang melayu yang semakin layu. Perkasa adalah ngo melayu yang memperjuangkan hak melayu dan bumiputra supaya mereka ini tidak ditindas dan menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Sabtu, September 18, 2010

Pelakun M Rajoli meninggal dunia.


Assalamualaikum,

Alfatihah.

Pelakon veteran M Rajoli meninggal dunia pada jam 11.00 malam 17.9.10 di Hospital Ampang Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke wad kecemasan setelah mengalami tekanan darah rendah dan tekanan jantung.
Sebelum ini M Rajoli pernah pernah menjalani pembedahan kepala akibat penyakit tumor sejak 4 tahun yang lalu.
Jenazah Allahyarham akan di kebumikan di tanah perkuburan keramat selepas zohor nanti.
Kita kehilangan saorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair. Kepada keluarga Allahyarham diucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham dan bersama sama kita doakan supaya Allahyarham ditempatkan bersama golongan mereka mereka yang solih. Amiiiiin.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Khamis, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 47

Salam Blogger,

Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dah 53 tahun lamanya. Setiap tahun negara menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu maka terbentuklah sebuah negara yang diberi nama Malaysia. Hari ini kali pertama kita menyambut Hari Malaysia sejak ia ditubuhkan 47 tahun yang lalu.

Ramai yang tertanya tanya mengapa sekarang baru menyambut Hari Malaysia? Jawapannya cukup mudah, sambutan hari ini juga sempena ulang tahun kedua Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan kabinet bayangannya mengambilalih Putrajaya. Maka sempena ulang tahun tersebut buat pertama kali negara menyambut Hari Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Selamatkan Malaysia dari Anwar Ibrahim.

Isnin, September 13, 2010

Jauhi Perkasa

Salam Blogger

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir mengenai sokongan UMNO terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( PERKASA ) yang dipimpin olih Datuk Ibrahim Ali.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional di Putra Jaya Baru baru ini.

Keputusan Barisan Nasional sebulat suara 13 parti komponennya termasuk UMNO menolak untuk berkerjasama dengan PERKASA atau Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam pilihanraya umum akan datang kerana kekuatiran kehilangan undi dari kalangan bukan melayu. Apakah hari ini UMNO membela nasib orang melayu? Jika ada pun itu hanyalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, ibarat pertolongan bapa kepada anak.

Dengan pengumuman demikian, demi menjaga hati parti komponen UMNO telah memerangi perkasa. Walaupun pilihanraya masih tidak diketahui tarikhnya, Perkasa bolih mempersiapkan diri mempertahankan presidennya atau mendaftar sebagai sebuah parti politik.
Jika ini berlaku, UMNO akan kehilangan lebih banyak kerusi dan gagal membentuk kerajaan. Perkasa diwujudkan diatas kesedaran untuk membela nasib orang melayu islam yang semakin layu. Orang melayu amat memerlukan sebuah badan NGO seperti Perkasa bagi melindungi kepentingan mereka. Sekarang ini Perkasa telah wujud di setiap negeri dan parlimen. Kekuatan Perkasa tidak bolih dipandang remeh olih pemimpin UMNO.

Seharusnya UMNO perlu mencari mengapa masih ramai rakyat tidak menyertai parti politik dan tidak mendaftar sebagai pemilih? Mereka sebenarnya bosan dengan parti politik yang mempunyai fahaman sempit dan mengambil sikap berdiam diri. Apabila Perkasa diwujudkan mereka ini menyertai Perkasa untuk mempertahankan melayu dan pribumi supaya tidak menjadi pelarian ditanahair sendiri.

Utusan Malaysia Online - Politik

Rabu, September 01, 2010

Tan Sri Ismail Omar dilantik KPN baru

Salam Blogger,

Jabatan polis hari ini telah melantik Tan Sri Ismail Omar 57, sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara hari ini. Muasa 59, yang bersara pada tahun 2007 disambung kontraknya sebanyak dua kali. Musa yang tempoh bersaranya 12 September ini telah berkhidmat dalam pasukan polis selama 41 tahun. Tempat Ismail pula di ganti olih Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awan Datuk Hussin Ismail 57. Tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Hussin Ismail diatas perlantikan dan kepercayaan kerajaan bagi menerajui PDRM yang baru.

Berita Harian Online Tan Sri Ismail Omar dilantik KPN baru