MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Ogos 08, 2011

Solat dalam khemah kanvas - Lagi karenah birokrasi.

Solat dalam khemah kanvas.
JEMAAH bersolat beratapkan khemah kanvas beralaskan papan di Taman Seri Putih.
JEMAAH bersolat beratapkan khemah kanvas beralaskan papan di Taman Seri Putih.
Penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai mohon surau sejak 2008
MELAKA TENGAH: Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.

Tinjauan Berita Harian sejurus menerima aduan mengenai kes itu, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Berita lanjut klik disini

Nak bina surau pun susah. Bagaimana jika penduduk Taman Seri Putih ni mendapat sumber kewangan dari pihak lain ( pembangkang ) dan menyokong pembangkang dalam PRU 13 nanti? Atau menerima dana dari gereja? Siapa yang harus dipersalahkan? Demi Agama sepatutnya tidak ada karenah birokrasi, bila lulus, terus buat je.

Alahai Menteri Pelajaran.

Kurikulum Bahasa Inggeris dinilai semula: TPM

MUHYIDDIN menyampaikan hadiah  kepada tokoh pelajar, Mohd Nazri Md Najib sambil diperhatikan Ahmad  (tiga dari kiri) di SMK FELDA Maokil, semalam. - Foto BERNAMA
MUHYIDDIN menyampaikan hadiah kepada tokoh pelajar, Mohd Nazri Md Najib sambil diperhatikan Ahmad (tiga dari kiri) di SMK FELDA Maokil, semalam. - Foto BERNAMA
PAGOH: Kementerian Pelajaran sedang menilai semula kurikulum pengajaran Bahasa Inggeris kerana didapati gagal membantu pelajar menguasai bahasa berkenaan meskipun selepas 13 tahun belajar di peringkat rendah dan menengah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita lanjut klik disini

Cara Tun Mahathir buat dahulu dah elok, mengapa dipinda? Sekarang baru pening nak memikirkan cara untuk mengatasi masalah pembelajaran bahasa inggeris. Ibu bapa dan murid telah seronok dan selesa dengan cara pembelajaran sains & matametik dalam bahasa inggeris, bila dihentikan, berapa ramai murid kembali mundur bahasa inggeris. Sebelum buat sesuatu, fikir fikirkanlah masa hadapan anak bangsa.

Ahad, Ogos 07, 2011

'Saya rela dipecat' Hassan Ali

Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membid as Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi. Sumber Utusan Online

Khalid terima tekanan exco bukan Islam

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai sedang menerima tekanan hebat daripada beberapa exco bukan Islam supaya beliau meminta maaf dan mengambil tindakan tegas ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumber memaklumkan, tekanan mula dibuat ketika mesyuarat tergempar beberapa hari lalu, sebaik sahaja kontroversi pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, yang dipercayai cuba menyebar agama Kristian kepada orang Islam dilapor oleh media.

Katanya, dalam mesyuarat itu hanya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sahaja yang mempertahan tindakan JAIS, manakala exco Melayu lain pilih jalan selamat.

"Beberapa exco bukan Islam mahu Abdul Khalid bertindak segera mengarahkan JAIS memberi penjelasan mengapa mereka memeriksa gereja berkenaan. Mereka memberi tekanan hebat kepada Menteri Besar supaya bertindak tegas ke atas JAIS.

"Meskipun Hasan mempertahan tindakan JAIS tetapi suara beliau tenggelam berbanding tekanan exco berkenaan kerana hanya beliau seorang sahaja yang mempertahan tindakan itu walaupun ramai exco Melayu dalam kerajaan negeri," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, sebuah blog, http://bigdogdotcom.wordpress.com menyifatkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Abdul Khalid adalah boneka kepada golongan minoriti meskipun kerajaan tersebut dibentuk hasil sokongan majoriti.

Dakwa bigdogdotcom, perkara itu jelas apabila Abdul Khalid terus bertindak memanggil Pastor Kanan, Daniel Ho, sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor tanpa mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

"Nampaknya bukan hanya (Datuk Seri) Mohamad Nizar Jamaluddin seorang sahaja yang menjadi boneka kepada DAP sewaktu memerintah Perak. Di Selangor, Abdul Khalid juga seorang boneka kerana sentiasa bertindak demi kepentingan minoriti bukannya majoriti," katanya. Sumber Utusan Online

PAS Pusat bincang isu JAIS serbu gereja DUMC hari ini

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.
Lagi berita klik disini.

GENGGAM BARA API!

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!) Klik disini

Sogok wang gadai akidah

  • Foto

    JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

  • Foto

    ALKITAB versi bahasa Melayu diberikan kepada setiap orang Islam yang menyertai pertubuhan agama Kristian.

Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit. Lagi Berita klik disini.

Rujuk sultan isu serbu gereja

Menteri Besar Selangor tunggu laporan JAIS sebelum menghadap

SHAH ALAM: Kerajaan negeri merujuk isu serbuan Gereja Methodist, Damansara Utama di Petaling Jaya, malam Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta nasihat dalam mencari penyelesaian. Klik disini.

JAIS, polis serbu umat Islam dalam gereja

PEGAWAI JAIS dan  polis memeriksa Dewan DMC di Seksyen 13, Petaling Jaya didakwa menyebarkan agama Kristian melalui seminar dan ceramah kepada orang Islam, malam semalam.
PEGAWAI JAIS dan polis memeriksa Dewan DMC di Seksyen 13, Petaling Jaya didakwa menyebarkan agama Kristian melalui seminar dan ceramah kepada orang Islam, malam semalam.
12 Muslim didapati menghadiri majlis diselit perkataan al-Quran

SHAH ALAM: Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, malam kelmarin, selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Lagi Berita klik disini