MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Februari 18, 2013

Dua orang Menteri Besar bakal dilantik semula.

Hampir semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Barisan Nasional tidak dilantik semula selepas Pilihanraya Umum Ketiga Belas nanti kecuali Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang dan Datuk Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu.

Menurut satu sumber yang bolih dipercayai, Adnan dan Ahmad mempunyai kelebihan yang tersendiri disebabkan dapat menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan olih pembangkang dan membantu kerajaan menaikan taraf ekonomi rakyat.

Ahmad yang sebelum ini dikatakan gagal dalam penyatuan ahli dan penyokong umno Terengganu sebenarnya telah berjaya menyatupadu ahli dan penyokong umno. Ini dapat dilihat apabila setiap program anjuran umno mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat.

Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain bakal bertanding di peringkat parlimen atau digugurkan sahaja. Minggu lepas Datuk Wira Mohd Ali Rustam membayangkan akan bertanding Kerusi Parlimen. Mohd Ali sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dizaman Tun Dr Mahathir menjadi pendana menteri.

Semalam Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, mana mana wakil rakyat yang tidak dipilih semula janganlah berkecil hati dan tidak membantu jentera BN pada PRU akan datang. Menurut beliau lagi, beliau akan tetap memberi kerjasama jika beliau tidak dipilih.
Kata beliau lagi, jika sebelum ini orang lain memberi kerjasama pada beliau, mengapa beliau tidak bolih memberi kerjasama pada orang lain.

Sekian
18.2.13 @ 2145

Berita lanjut akan menyusul 

Selasa, Februari 12, 2013

Projek fasa pertama ECRR bernilai RM2 bilion


KUALA TERENGGANU 11 Feb. - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) fasa pertama melibatkan pembinaan landasan kereta api di negeri ini yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dijangka menelan belanja mencecah RM2 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw berkata, projek yang akan menyambungkan negeri ini dengan negeri-negeri lain diharap dapat dimulakan tahun ini meliputi laluan sejauh lebih 130 kilometer.
"Projek fasa pertama itu membabitkan pembinaan landasan dari Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan ke Kemaman (Kerteh) serta Pelabuhan Kemaman terus ke Bukit Besi (Dungun) yang bukan sahaja untuk muatan kargo industri tetapi juga penumpang.
"Oleh kerana permohonan kita untuk memulakan projek itu telah diluluskan, kerajaan negeri kini sedang dalam proses mengkaji dan mereka bentuk landasan yang bakal digunakan nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Tunku Abdul Rahman (DTAR) di sini semalam.
Rancangan pembinaan landasan keretapi yang melibatkan laluan sepanjang 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Tumpat Kelantan secara keseluruhannya itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016.
Dalam perkembangan berkaitan, Chin Yaw memberitahu, usaha menaik taraf landasan itu termasuk melebarkannya akan bermula dari Bukit Besi ke Chabang, Kerteh seterusnya ke Teluk Kalong, Pelabuhan Kemaman, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.
"Projek ini dijangka mengguna pakai teknologi terkini untuk kedua-dua jenis pengangkutan iaitu kargo dan awam. Kita harap projek ini akan dapat diteruskan untuk fasa berikutnya sehingga ke laluan Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab dan sehingga ke Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa tahun lagi," katanya.
Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilaporkan berkata, fasa pertama projek ECRR yang sebelum ini dirancang dari Kuantan ke Kerteh telah disambung ke Bukit Besi, Dungun ekoran persetujuan Kerajaan Pusat pada mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
"Perancangan awal projek hanya membabitkan jarak 109 kilometer dari Kuantan ke Kerteh, namun saya merayu supaya Kerajaan Pusat menyambung projek itu terus ke Dungun berhampiran Bukit Besi sepanjang 35 kilometer dan ia dipersetujui," ujar Ahmad.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130212/wt_03/Projek-fasa-pertama-ECRR-bernilai-RM2-bilion#ixzz2KdoS0SP6
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Laluan keretapi ke Terengganu disambut baik.


14 Disember 2009 Berita Harian online melapurkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kajian sambungan rel antara Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Baharu sedang dijalankan. "Hasil kajian ini kelak akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan keretapi yang akan dilaksanakan di Pantai Timur nanti," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini hari ini.

Fatimah ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi ke Terengganu dan menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan keretapi sedia ada di Pahang dan Kelantan. Abdul Rahim berkata kerajaan sememangnya bercadang meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di pantai timur Semenanjung.

Ahad, Februari 10, 2013

Iklan Tahun Baru Cina Najib: Lambang Kebodohan Suara Pakatan Haram!


najib
Saya amat tertarik dengan tulisan di laman portal pro-pembangkang, Suara Pakatan Rakyat, yang bertajuk “Iklan Tahun Baru Cina Najib Lambang Kebodohan Melayu”, yang mengutuk kemunculan istimewa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam iklan Tahun Baru Cina.
Saya juga percaya bahawa rata-rata para pelayar internet  juga sudah menonton iklan yang dimaksudkan itu di laman Youtube.
Menurut laman portal pembodek Anwar itu, kemunculan Najib melambangkan rasa terdesak beliau yang mahu menarik sokongan para pengundi Cina di negara ini.
Portal itu juga mendakwa kononnya Najib meletakkan dirinya di tahap yang paling hina sebagai pemukul gendang tarian naga serta mendakwa bahawa posisi itu hanya diisi oleh kaum Cina dari “kasta bawahan” yang lembab, malas dan bodoh.
Kata penulis “berpelajaran” itu, individu yang paling penting di dalam pasukan tarian naga adalah pemegang kepala naga atau singa dan bukan pemain gendang. Kononnya pemain gendang memukul gendang mengikut gerak langkah tari pemegang kepala naga!
Paling “hebat”, portal itu akhirnya menyimpulkan bahawa pembikinan iklan itu membuktikan bahawa bangsa Melayu memang bodoh dan hanya layak berada di kedudukan bangsa paling hina di Malaysia.
Saya sebenarnya ketawa terbahak-bahak apabila portal itu memperlihatkan kebodohan penulis dan sidang editornya. Bukan saja fakta yang salah, malah ia benar-benar menghina kaum Cina yang bakal merayakan Tahun Baru Cina esok.
Mungkin penulis portal itu tidak tahu tentang irama dan lagu, “buta” dan “pekak” untuk menghayati rentak tari penari yang menari mengikut irama yang dialunkan. Tanpa irama dimainkan, rentak tari apa yang mahu ditarikan seorang penari?
Misalnya, seorang pesilat menari mengikut irama tiupan serunai. Kalau rancak tiupannya, sudah tentu begitu lincah gerak dan langkah pahlawan itu menari. Dalam ertikata lain, dari irama maka terciptalah rentak gaya tari.
Kalau dimainkan irama asli Melayu, maka sudah tentulah penarinya akan menari mengikut rentak tari Melayu asli. Takkanlah nak menari ala-ala “Gangnam Style” pula, kan? Tak lari dari tempo sebenar ke?
Menariknya, portal itu tanpa segan-segan memberikan “link wikipedia” yang kononnya membuktikan dakwaannya mengenai tarian yang mengawal rentak gendang yang dipalu. Padahal, tiada satu ayat pun yang menyokong atau membuktikan kebenaran dakwaan di “link” tersebut!
Penulis itu mahu memperbodohkan siapa apabila menyarankan Najib untuk berperanan memegang kepala naga di dalam tarian itu?
Dengan bertindak sebagai pemegang kepala naga, maka Najib akan menari mengikut kemahuan rentak gendang yang dipalu, begitu? Maka senanglah portal itu memburuk-burukkan Perdana Menteri, kononnya beliau mengikut saja apa yang diarahkan “irama” tersebut?
Pada saya, inilah kali pertama perayaan dan sambutan Tahun Baru Cina menjadi mangsa permainan politik jijik Pakatan Haram. Sebelum ini, Tahun Baru Cina disambut meriah tanpa dilibatkan dengan permainan politik dari mana-mana pihak.
Sebelum ini juga kita menyaksikan bagaimana para pemimpin politik di negara ini saling kunjung mengunjung antara satu sama lain tanpa menghiraukan perbezaan fahaman politik. Keharmonian kaum terserlah pada setiap perayaan yang disambut di negara ini, bukan?
Namun mungkin kali ini Tahun Baru Cina disambut begitu hampir dengan PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pembangkang memainkan sentimen politik jijik untuk memburuk-burukkan keharmonian kaum di Malaysia, sekaligus langsung tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Jelaslah politik mereka adalah politik budak-budak hingusan yang tidak matang sama sekali.
Sebenarnya, tidak salah langsung Najib mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru Cina” kepada seluruh masyarakat Tiong Hua melalui cara yang kreatif ini. Tidak berdosa dan tidak pun meletakkan beliau ditahap yang hina.
Sebaliknya, ia adalah satu penghargaan kepada kaum Cina di negara ini dari Najib yang begitu ikhlas membayangkan rasa hormatnya kepada mereka kerana sama-sama berkongsi kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi bersama di negara ini.
Mungkin Pakatan Haram saja yang cemburu terhadap Najib dan sebab itulah mereka mengutuk iklan itu. Bukan apa, laporan menunjukkan bahawa sokongan dari kaum Cina terhadap BN semakin hari semakin kuat berbanding Anwar yang semakin dibenci masyarakat Tiong Hua itu.
Bukan apa. Takkanlah rakyat nak sokong pemimpin yang ada masalah moral, terlibat dengan skandal liwat, jual kalimah “Allah” dan “chauvinis ultra kiasu” untuk mentadbir negara? Diperingkat negeri pun mereka gagal, ada hati lagi nak ke Putrajaya?
Elok nyalakan saja mercun papan dalam seluar mereka, baru mereka tahu. Nak jadi “batu api” kononnya. Hina sungguh niat Pakatan Haram. Itu pun mereka masih tak malu mahu rakyat menyokong mereka? Jangan haraplah…

Petikan : http://www.mykmu.net

'Arab Spring' boleh berlaku andai pihak kalah tak puas hati keputusan PRU : Musa Hassan


ALOR SETAR 10 Feb. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.

"Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah di sini, hari ini.

Menurut Musa, pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan.
Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya. Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya.

Kepada satu soalan, Musa menegaskan, beliau tidak akan menyertai sebarang parti politik sebaliknya akan berjuang atas diri sendiri bagi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam taklimatnya, beliau melahirkan rasa sedihnya kerana ada segolongan ahli politik negara ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

"Dulu agensi perisikan Amerika, CIA menyerap masuk bagi menghuruharakan sesebuah kerajaan tetapi sekarang Yahudi dan Barat menggunakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerap konsep liberisme dan sebagainya.

"Mereka gunakan NGO-NGO menuntut kerajaan lebih telus, menggalakkan LGBT, biseksual, transeksual dan sebagainya. Ini cara mereka hendak melemahkan Islam.

"Jika tidak liberal Barat akan anggap kerajaan tersebut zalim," tambahnya.

Musa berkata, fitnah terus-terusan pemimpin pakatan pembangkang yang menyifatkan kerajaan pusat sebagai perasuah dan lemah setiap hari adalah supaya rakyat mempercayai mereka.

"Taktik ini mampu mempengaruhi rakyat padahal mereka yang menguasai empat buah negeri tidak mentadbir dengan lebih baik," katanya.

"Saya khuatir keselamatan negara akan terancam sekiranya kerajaan gagal menangani pemimpin-pemimpin rakus, jenayah terancang, ah long, pelampau agama, hasutan dan gerakan sulit.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dan tidak dibuat secara terpilih," kata Musa. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130210/dn_28/Arab-Spring-boleh-berlaku-andai-pihak-kalah-tak-puas-hati-keputusan-PRU#ixzz2KUYXJdSb
© Utusan Melayu (M) Bhd