MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 26, 2013

ADUN DAP nafi undi dikira dalam gelap


 Nik Sukry Ramli | niksukry@mediaprima.com.my

ADUN DAP nafi undi dikira dalam gelap
Kuantan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen, semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.

Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Akui berada di dewan 
Ketika dihubungi BH semalam, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

“Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun. 
“Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya. 

Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan. 

Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan.

Sabtu, Mei 25, 2013

Nik Aziz : BN di 'jalan mati'

Kemaskini 25 Mei 2013 jam 10.00 malam
Belum pun sampai lima jam dakwaan saya bahawa pas akan menepelak UMNO / BN tentang jadikan BN satu parti tunggal, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyifatkan Barisan Nasional sudah berada dijalan mati. Lihat tulisan saya di sini

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mei 2013
Nik Aziz
Nik Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal menandakan parti itu kini sudah berada di ‘jalan mati’.

Nik Abdul Aziz berkata, cadangan itu juga jadi petanda bahawa BN sudah mula sedar perjuangan berasaskan bangsa tidak lagi relevan di negara ini.

“Sekalipun BN menang di banyak kerusi, kemerosotan parti itu di Parlimen membuktikan BN hanya disokong orang Melayu di luar bandar,” katanya.

Sebaliknya kata beliau, Pas sejak dahulu lagi menegaskan perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana dan sampai satu tahap, akan tiba di penghujungnya menyebabkan BN perlu berpatah balik.

“Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit BN yang banyak menipu. Nampak macam bersungguh bela Melayu sedangkan orang Melayu Kelantan ditindas lebih 20 tahun hanya kerana pilih Pas dalam pilihan raya.

“Hak (royalti) orang Melayu Kelantan dinafikan, projek lebuh raya dicabut, peruntukan perumahan entah ke mana dan banyak lagi kezaliman Barisan (BN) kepada Melayu Kelantan,” katanya.

BN sebagai parti tunggal perlu penelitian mendalam


25 Mei 2013
KHALED NORDIN
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
PASIR GUDANG - Cadangan supaya Barisan Nasional (BN) dijadikan sebagai parti tunggal perlukan penelitian secara halus dan mendalam, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  
Beliau berkata sama ada cadangan itu dapat direalisasikan atau tidak bergantung sama ada ia dikehendaki oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini dan boleh membawa keberkesanan kepada parti untuk menerajui negara.
  
"Kita tidak mahu ia dilakukan semata-mata sebab itu 'trendnya' sebegitu kerana yang penting adakah itu kehendak rakyat di negara ini dan sesuatu boleh membawa keberkesanan untuk semua kaum.
  
"Adakah itu yang boleh membawa jawapan untuk memajukan negara sebab kita tahu setiap kaum, pencapaian, permasalahan dan cabarannya berbeza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat boling di Kompleks Pasir Gudang di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn agar BN dijadikan sebuah parti tunggal untuk memenangi kembali sokongan rakyat dan mengelakkan masalah perkauman.

Mohamed Khaled berkata beliau menyetujui kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa perkara itu memerlukan perbincangan yang teliti dengan mewujudkan satu makmal khas.
  
"Ia mungkin akan memakan masa untuk kita dapat cari apakah jawapan tepat mengenainya kerana kalau kita lihat kepada pembangkang pun, mereka bukanlah satu parti yang dipimpin oleh semua kaum.
  
"Contohnya DAP, tidak ada pun wakil Melayu yang berjaya apabila bertanding dalam pemilihan parti...manakala PAS pula syarat utama pemimpinnya perlulah Islam dan PKR juga tidak mantap daripada segi ini," katanya. - Bernama

Laporan Polis olih Chong Choon Hau terhadap Ngeh Koo Ham

25 Mei 2013

Petang tadi di IPD Temerloh saorang rakan facebook telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin DAP Ngeh Koo Ham atas dakwaan menghina Sultan Johor dan perlembagaan negara.  Tahniah diucapkan kepada Chong Choon Hau diatas tindakan tepat beliau. Gambar dan cerita dibawah dipetik dari https://www.facebook.com/mukhatar

Saya telah buat laporan polis di IPD Temerloh untuk melancarkan protest saya terhadap tindakan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham yang telah menghina sultan Johor & perlembagaan negara kita ini! Pemimpin yang biadap ini tidak wajar menjadi pemimpin! Ini bukan kali pertama selain isu Video menghina Islam hari itu... Dia itu Tidak wajar mewakili rakyat!

Mohon bantuan bro2 sis2 sekalian tolong sebarkan seluas-luasnya kepada sesiapa yang anda semua kenal...

-----PERHATIAN-----

Saya akan buat bantahan kali ke-2 esok ( 26-5-2013 SUN) 1030am di IPD Temerloh... untuk buat laporan polis Bersama2 dengan Belia2 di kawasan untuk melancarkan protest saya terhadap tindakan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham yang telah menghina sultan Johor & perlembagaan negara kita ini! Pemimpin yang biadap ini tidak wajar menjadi pemimpin! Ini bukan kali pertama selain isu Video menghina Islam hari itu... Dia itu Tidak wajar mewakili rakyat! Sesiapa nak join sila Info saya ... Jom kita buat laporan polis beramai-ramai lagi ! Thanks!

Sesiapa yang tak sempat buat laporan polis bersama saya petang tadi boleh join Saya sekali lagi hari esok. TQVM
Chong Choon Hau menunjukan laporan polis terhadap pemimpin
DAP Ngeh Koo Ham yang dibuat di IPD Temerloh petang tadi.
Saya telah buat laporan polis di IPD Temerloh untuk melancarkan protest saya terhadap tindakan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham yang telah menghina sultan Johor & perlembagaan negara kita ini! Pemimpin yang biadap ini tidak wajar menjadi pemimpin! Ini bukan kali pertama selain isu Video menghina Islam hari itu... Dia itu Tidak wajar mewakili rakyat!

Mohon bantuan bro2 sis2 sekalian tolong sebarkan seluas-luasnya kepada sesiapa yang anda semua kenal...

-----PERHATIAN-----

Saya akan buat bantahan kali ke-2 esok ( 26-5-2013 SUN) 1030am di IPD Temerloh... untuk buat laporan polis Bersama2 dengan Belia2 di kawasan untuk melancarkan protest saya terhadap tindakan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham yang telah menghina sultan Johor & perlembagaan negara kita ini! Pemimpin yang biadap ini tidak wajar menjadi pemimpin! Ini bukan kali pertama selain isu Video menghina Islam hari itu... Dia itu Tidak wajar mewakili rakyat! Sesiapa nak join sila Info saya ... Jom kita buat laporan polis beramai-ramai lagi ! Thanks!

Sesiapa yang tak sempat buat laporan polis bersama saya petang tadi boleh join Saya sekali lagi hari esok. TQVM
Suka ·  ·  ·  · Promosikan

Lagi gambar Chong Choo Hau



Gambar: 而莲突金兰庆祝成立8周年纪念暨24节令鼓活动基金联欢晚宴
Bergerak ke Jerantut untuk menghadiri program Jamuan Makan Malam bersama 1000 orang warga Penduduk dari Jerantut pada pukul 630pm!!!! :)

#21-March-2013(Thurs)
#Bersalaman dengan Senior2 Big Brother dalam Kelab Kebajikan Kim Lan yang sentiasa mendidik dan memberi peluang kepada orang muda seperti saya.. Terima kasih! 
#Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan
#Turun Padang tanpa berhenti-henti berjumpa dengan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa , dan agama
#Janji Ditepati
#BN Tetap Pilihan Utama Rakyat Malaysia Sokmo !

Zahid, media sosial kerjasama banteras aktiviti menyalahi undang-undang

25 Mei 2013
Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.
"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.
Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu.
Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.
"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya.
Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.
Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. - Bernama

Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army


KUALA LUMPUR 25 Mei - Ekoran penyiaran berita tentang anasir jahat dalam laman siber seperti Red Bean Army, akhbar Utusan Malaysia turut menerima surat daripada pembaca berketurunan Cina yang menyokong agar tindakan diambil terhadap pihak terbabit.
Pembaca tersebut yang mahu dikenali sebagai Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang dalam satu surat kepada akhbar ini berkata, Red Bean Army telah membuat pelbagai tohmahan yang berniat jahat sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Berikut kandungan surat beliau itu:
Saya seratus-peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.
Malah selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan tidak berlaku insiden lampu padam, dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.

Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.

Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.

Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.

Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.
Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.

Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.

Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.
Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.
KEVIN J.C. CHUAH
Pulau Pinang

Sumber - http://ww3.utusan.com.my

Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul


KUALA LUMPUR 24 Mei - Dua bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor menyokong tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin dan penyokong tegar parti pembangkang sejak beberapa hari lalu di bawah Akta Hasutan.
Menurut mereka, penahanan tersebut bukan merupakan tindakan keras atau crackdown yang digembar-gemburkan beberapa pemimpin serta portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider sejak semalam.
Sebaliknya Musa berkata, portal serta pemimpin pembangkang berkenaan perlu bersikap rasional serta menghormati undang-undang negara demi menjamin kestabilan masyarakat dan urusan seharian orang ramai.
"Isunya senang sahaja, apabila ada pihak didapati melanggar undang-undang, pihak polis dengan segala kuasa yang ada perlu menjalankan siasatan ke atas mereka yang terlibat demi menjaga keharmonian negara dan struktur masyarakat majmuk negara ini.
"Kalau mereka tak langgar undang-undang, pihak polis tak akan tangkap, bagi saya jangan berlindung di sebalik hak asasi kebebasan. Rakyat kita yang buat protes di Singapura juga ditahan polis republik itu jadi adakah mereka nak halang tindakan polis Singapura," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penahanan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui wartawan di Phuket semalam meminta polis tidak takut untuk bertindak ke atas pihak yang cuba mencetuskan suasana huru-hara mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, sekalipun seringkali diputarbelit pembangkang.
Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, soal crackdown seperti digembar-gembur portal propembangkang dan para pemimpin mereka langsung tidak timbul kerana polis bertanggungjawab menjaga kedaulatan undang-undang negara.
Katanya, cara pentadbiran dan tanggungjawab polis dalam sesebuah negara adalah sama dengan tanggungjawab seorang bapa mengetuai sebuah keluarga.
"Adakah apabila mereka (pembangkang) berkuasa nanti, mereka hanya akan membiarkan orang ramai membuat protes jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui satu pilihan raya yang adil?
"Ibaratnya adakah mereka akan hanya membiarkan anak- anak mereka merusuh ke jalanan dan mengamalkan budaya songsang kerana itu merupakan hak asasi individu masing-masing," katanya.

Sumber - http://ww3.utusan.com.my

Demi rakyat, tiada lagi kompromi


ADAKAH pakatan pembangkang cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik penganjuran siri demonstrasi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13? Inilah yang sepatutnya disemak dan diteliti oleh seluruh rakyat Malaysia.
Di sebalik kononnya UMNO dan BN diuar-uarkan pakatan pembangkang ditolak oleh 'rakyat', itu kata pembangkang, seluruh negara dan dunia melihat hakikatnya majoriti rakyat Malaysia mahukan BN terus berkuasa.
Realitinya kalau kita boleh melihat atas kertas, Anwar Ibrahim sendiri dipercayai dalam keadaan gundah-gulana. Sepatutnya dia melunaskan hutang janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU-13. Ini dia pusing 360 darjah. Licik sungguh permainannya.
Apa yang dilakukannya ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat. Anwar tidak mempedulikan sesiapa, apatah lagi laporan The Edge yang mana 81 peratus pembaca akhbar itu mahu dia bersara kerana gagal membentuk Kerajaan Pusat.
Bancian yang melibatkan 12,588 orang itu menunjukkan 10,275 orang mahu Anwar mengotakan janji untuk bersara. Ini berdasarkan kenyataan Ketua Umum PKR itu dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 yang dia akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU-13.
Tetapi mengapa tiba-tiba menukar pendirian dan kemudian mendakwa pula PRU-13 penuh penipuan dan kononnya akan terus memperjuangkan 'hak rakyat' menuntut pilihan raya 'adil dan bersih'.
Dan ini sudah tentu mendapat sokongan besar daripada DAP yang memiliki kerusi pembangkang terbanyak untuk membolehkan semua pihak 'melupakan terus' tanda tanya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
DAP bukan saja janggal dan luar biasa, malah menimbulkan banyak persoalan. Pemilihan CEC DAP sudah selesai dan perwakilan balik tetapi selepas itu umum ada kesilapan, yang menang 'dikalahkan', yang 'kalah' dimenangkan.
Benar-benar ini drama 'keluarga 69'. Tapi apabila disuakan isu ini kepada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pandai pula dia 'bersilat'.
Sebenarnya, isu pemilihan CEC ini satu perkara besar. Ia melibatkan persoalan integriti dan kredibiliti DAP. Bayangkan kalau DAP ini perintah negara, apa akan jadi dalam isu kepimpinan dan ditambah lagi dengan 'janji-janji palsu' yang dicanangkan Anwar.
Dan kerana itu sekarang adalah masa yang tepat dan sesuai untuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang merancang mahu mencetuskan huru-hara. Sebaliknya terus bertindak secara tegas.
Kita sudah bosan dan jengkel dengan amaran-amaran yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini. Seolah-olah nampak agak tunduk kepada pihak-pihak ini.
"Apa yang disuarakan oleh Zahid adalah suara rakyat termasuk sebilangannya yang menjadi silent majority.
"Isu ini serius kerana melibatkan sabotaj ekonomi," tegas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada penulis ketika ditemui di Kuala Lumpur kelmarin.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak itu, Ahmad Zahid tidak berseorangan dalam perkara ini. "Ini bukan kenyataan angkuh tetapi kenyataan tegas daripada seorang pemimpin yang berani menghadapi apa jua cabaran selepas ini.
"Zahid mewakili suara majoriti rakyat yang sudah muak dengan perilaku jenis manusia ini yang mengganggu urusan seharian rakyat untuk bekerja, berniaga, ke sekolah dan ke masjid dan rumah-rumah ibadat," kata beliau.
Kata Tajuddin: "Sepatutnya sudah tiada sebarang kompromi dengan pihak berkenaan khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan BN. Ini bukan demonstrasi biasa...ini cubaan nak gulingkan kerajaan."
Dalam soal ini, Tajuddin mengingatkan Ahmad Zahid supaya benar-benar bertindak seperti mana yang diungkapkannya.
"Jangan esok orang tempelak balik bahawa kita memang tidak berupaya untuk mengambil tindakan. Cukup-cukuplah kita bersabar dengan perbuatan mereka. Mereka ini tidak akan puas hati melainkan diisytiharkan menang dalam pilihan raya tempoh hari," katanya.
Pada masa sama, Tajuddin berkata, untuk membuktikan ketegasan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara perlu menyusuli dengan tindakan yang tegas. Ini dilakukan dengan menahan mereka yang cuba mencetuskan huru-hara sebelum menghadapkan ke muka pengadilan.
"Kita hendakkan tindakan yang maksimum dan boleh menjadi pengajaran," katanya.
Demikian juga dengan institusi kehakiman yang menurut Tajuddin: "Walaupun kita tidak boleh campur urusan kehakiman, pihak hakim pada pandangan saya pun manusia biasa. Tidak salah kita beri nasihat kepada hakim.
Kata Tajuddin: "Kes-kes sebegini (cuba menghasut dan menggulingkan kerajaan) yang dibawa ke muka pengadilan, para hakim hendaklah mengambil kira kesalahan berat yang menjejaskan ketenteraman awam dan menyusahkan rakyat setempat.
"Jika merebak ke peringkat nasional pula lebih dahsyat kesannya. Ia sama ada disengajakan untuk mensabotaj ekonomi, dengan impaknya kepada rakyat akan terjejas kehidupan mereka, maka tindak tanduk pembangkang ini tidak boleh dibiarkan sama sekali," kata beliau.
Dan sesuatu yang amat membimbangkan serta mengecewakan Tajuddin ialah: "Kita dapati perhimpunan membantah PRU-13 yang pembangkang anjurkan ini disertai dan dimeriahkan oleh satu-satu kaum sahaja.
Ini jelas fenomena tidak sihat di Malaysia dan jika ditafsirkan mengikut pemahaman seseorang boleh mengundang perpecahan antara kaum.
"Daripada membiarkan, eloklah kita mencegah. Dan jelas, kenyataan Zahid muncul kena pada masa dan tempatnya," kata Tajuddin menutup bicara.

Jadikan Barisan Nasional satu parti, tanda UMNO terdesak

Sabtu 25 Mei 2013
Cukai - Menjadikan Barisan Nasional ( BN ) sebagai satu parti tunggal dari 13 buah parti komponen BN menunjukan UMNO terdesak dengan permainan Pakatan Rakyat ( PR ).

Tinjauan orang ramai mendapati UMNO masih lagi relevan dan tidak perlu menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal. Jika BN dijadikan sebuah parti tunggal, ini menunjukan dakwaan PR terutama Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) selama ini menjadi kenyataan. Pas selama ini mendakwa UMNO akan terkubur selepas PRU13. Menurut mereka UMNO kena main peranan leih besar dengan mendekati masyarak sepanjang masa dan bukanya tahun terakhir penggal pilihanraya. Ambil iktibar apa yang berlaku semasa kempen pilihanraya dan buat bedah siasat. Ambil contoh dari parti pembangkang, selesai sahaja PRU, menang atau kalah, mereka terus mendamping rakyat tanpa mengira anutan politik.

Pemimpin UMNO pula sibuk dengan melobi jawatan dalam parti dan ada juga yang melobi jawatan penting dalam kerajaan. Melobi diri sendiri dalam parti lebih hebat dari berkerja untuk memenangkan parti semasa PRU.

Presiden parti mestilah mendengar keluhan dan keresahan ahli akar umbi dan bukanya hanya mendengar lapuran segelintir pemimpin bahagian yang berkepentingan. Sediakan satu talian atau laman sosial yang membolihkan ahli akar umbi memberi pandangan secara langsung tanpa tapisan.

Banyak isu isu semasa yang tidak sampai ke pengetahuan pemimpin atasan. Mereka mendakwa kebanyakan isu awal tahun sudah tak relevan untuk dimasukan dalam usul usul semasa mesyuarat cawangan yang kebiasaanya pada bulan Mei - Jun setiap tahun. Ada juga usul usul tidak direkod dalam buku mesyuarat perwakilan bahagian tanpa sebab. Tiada alasan bahawa isu isu yang di kemukakan cawangan di ditolak atau dibahas.

Berbalik pada BN satu parti tunggal, saorang pemandu lori En Abdullah Abu Bakar menyatakan, Barisan Nasional perlu pejenamaan semula sesuai dengan keadaan semasa. Katanya lagi, nama dan lambang BN itu sendiri menyebabkan rakyat menolak Barisan Nasional. Lambang "Dacing" yang digunakan olih BN ini menjadi fobia pada pemandu kenderaan berat yang sering berhadapan dengan JPJ seluruh negara. Ini menyebabkan pemilik dan pemandu lori menolak BN.
Barisan Nasional
Ringkasan dari perkataan Barisan Nasional (BN) itu juga membawa malapetaka pada Barisan Nasional. Lambang dan nama BN perlu ditukar kepada yang lebih efisen dan mesra rakyat. Beliau sering disindir olih rakan rakan dari PR dengan mengatakan UNDILAH BN, Barang Naik, Bila Naik, Baru Naik, Berapa Naik, Banyak Naik. Beliau berharap semua ahli parti mempertahankan UMNO supaya terus kekal sebagai parti utama dalam Barisan Nasional.

Lagi pautan mengenai Barisan Nasional sebuah parti tunggal.

Jumaat, Mei 24, 2013

Azmin tolak perhimpunan jalanan, cadang dialog bersama


ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
24 Mei 2013
Azmin Ali
Azmin Ali
PETALING JAYA - Perhimpunan aman disifatkan sebagai tanda suara rakyat yang perlu didengar, bagaimanapun perhimpunan jalanan yang melanggari undang-undang perlu ditolak, demikian kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau sama sekali menegaskan bahawa tidak menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui kekerasan.

“Kita tak setuju berarak di tengah jalan raya, timbulkan hura-hara, saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur, kita nak berhimpun sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Siviks, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak untuk menghentikan konflik yang ada dan mencari titik temu untuk membawa kemajuan politik Malaysia.

Ahli Parlimen Gombak itu mencadangkan supaya mengadakan satu sesi dialog bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO), badan professional dan semua parti politik dalam negara ini.

"Saya cadangkan supaya insiatif dialog dan usaha sama diadakan tetapi bukan bersifat kepartian. Ini untuk kepentingan rakyat, keselamatan dan kemakmuran negara, saya sedia jadi  penganjurnya dan jumpa semua pihak.

"Tetapi saya tidak cakap untuk jadi kerajaan perpaduan, tidak. Saya orang pertama halang perkara itu. Kerjasama ini tidak bermaksud kerajaan perpaduan," katanya.

Jelas beliau, jika ditakrif dalam Bahasa Melayu adalah sesi temu tembung.

"Sudah tentu ada yang setuju dan tidak setuju tetapi sekurang-kurang ada dialog dan perbincangan, bukan bincang soal pembaruan dalam pilihan raya sahaja, tetapi dalam soal ekonomi, pendidikan dan serantau.

"Saya percaya NGO dan parti politik boleh menyumbang ke arah kebaikan rakyat. Lima tahun akan datang (PRU14) kita lawan lah pulak," katanya.

Ketika ditanya, adakah perhimpunan seperti Blackout 505 masih diperlukan walaupun sudah ada sesi dialog bersama.

"Itupun (perhimpunan) dialog juga, kita dialog dengan rakyat, kita dengar, salah ke? Asalkan tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan negara.

"Saya harap Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga menghormati undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar


MELAKA 24 Mei - Kedegilan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan meneruskan siri perhimpunan 'blackout 505' walaupun tiga aktivitis mereka ditahan polis, tidak menggentarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendengar ratusan kali kenyataan Anwar yang tidak gentar ditahan polis dan akan terus berjuang bersama rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Saya tak kisah apa yang nak dia (Anwar) cakap. Saya serahkan kepada polis untuk ambil tindakan bukan sahaja terhadap Anwar tetapi mereka yang cuba huru-harakan negara.
"Apa yang telah dilakukan polis (menahan tiga aktivitis pembangkang) bukan satu langkah pembendungan secara politik tetapi ia adalah tindakan profesional polis selepas melakukan penyiasatan sebelum tangkapan dibuat,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Syuhadah, Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd 

Idris akan saman PKR berhubung dakwaan kurung 24 petugas SPR pada hari mengundi

24 Mei 2013
BESUT: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akan menyaman PKR termasuk pengarah strategi parti itu Mohd Rafizi Ramli yang menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

"Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati. 


"Bila dibuat satu kenyataan awam tanpa bukti yang boleh mencemarkan nama baik saya dan parti, sudah pasti saya akan bertindak untuk menyaman mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gong Nering, yang diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh di sini hari ini.  

Idris berkata, beliau tidak mengetahui dari sumber mana mereka memperoleh berita tersebut yang disebarkan di laman sosial Facebook dan Blog Keadilan dan didedahkan setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang dipetik dari Keadilan Daily.  

"Dakwaan itu tidak berasas kerana mana boleh petugas SPR dikurung... Mereka perlu bertanggungjawab atas setiap tuduhan yang dibuat," katanya. 

Sementara itu, ketika berucap di majlis berkenaan, Idris berkata Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang untuk melaksanakan janji-janjinya yang dibuat melalui manifesto Pilihan Raya baru-baru ini dan berharap Pakatan Rakyat tidak terus merosakkan keamanan di negara ini hanya semata-mata untuk memenuhi cita-cita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. 


"Mungkin pada PRU13 baru-baru ini BN kalah dari segi perang siber tetapi dalam menentukan pemerintah negara BN telah berjaya. Oleh itu sebarang keputusan patut dihormati semua pihak," katanya. 

Pada PRU13 lalu, Idris menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi. - BERNAMA 


Sumber http://www.bharian.com.my

Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan

24 Mei 2013

Ahli PAS ditegah sertai perhimpunanHarun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS
Ketua Dewan Ulama dakwa tindakan tak bawa faedah

Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu. 


Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka. 

Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat” Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS

Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS.

“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.

Tumpu perkasa parti

“Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. 
“Bagi saya, kerja (perhimpunan) itu tidak memperkuatkan sokongan terhadap parti (PAS),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Harun membantah perhimpunan yang dianjurkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.


Sebaliknya, Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka, selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam ditegah menyertai mana-mana perhimpunan yang melanggar peraturan ditetapkan, apatah lagi jika boleh mengundang kekacauan.

Perlu taati perintah

Shukri berkata, mentaati pemerintah adalah prinsip asas dalam Islam dan sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak berpuasa hati, sepatutnya menggunakan saluran undang-undang ditetapkan bagi menyuarakan bantahan.

“Jika perhimpunan itu melanggar udang-undang ditetapkan, maka ia ditegah untuk disertai. Kita sebagai masyarakat bertamadun perlu menghargai undang-undang, jika ada pertentangan guna saluran ditetapkan,” katanya.


Sumber http://www.bharian.com.my

Berarak bantah Blackout 505


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Mei 2013
Berarak bantah Blackout 505
15 NGO seluruh Kemaman melaungkan kata-kata bantahan sambil memegang pelbagai sepanduk.
Berarak bantah Blackout 505
Mula berarak dari pekarangan Pejabat Ahli Parlimen Kemaman menuju ke Balai Polis Chukai.
Berarak bantah Blackout 505
Mukhatar menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat.
CHUKAI – Bagi menzahirkan tentangan keras terhadap percubaan menggugat keamanan negara oleh pihak pembangkang yang menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara salah dari segi undang-undang, seramai 300 orang awam dari 15 NGO seluruh Kemaman berarak dan membuat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil segera oleh pihak berkuasa.

Kesemua mereka berarak sambil memegang sepanduk tertulis kata-kata tentangan terhadap perbuatan pembangkang bermula dari pekarangan Pejabat Ahli Parlimen Kemaman ke Balai Polis Chukai kira-kira jam 5.30 petang.

Sebanyak 15 laporan polis dilakukan Pemuda Umno Kemaman, Puteri Umno Kemaman, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Terengganu, MAYC Kemaman, 4B Kemaman, Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) Kemaman, Persatuan Bola Sepak Kemaman dan Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (Perisi).

Turut membuat laporan, Permata Malaysia, Pemuda Umno Dun Chukai, Persatuan Belia Neram 1, Peniaga Pasar Chukai, Pertubuhan Silat Tapan 3 Malaysia, Gayong Serantau Kemaman, Majlis Belia Daerah Kemaman serta individu perseorangan, Mukhatar A Rahman.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Faisal Johar @ Ismail berkata, laporan polis itu dibuat berikutan kebimbangan berdasarkan tiga bukti utama iaitu pada sidang media 17 Mei lalu, Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti ‘Arab Spring’ akan berlaku bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Menurutnya, bukti kedua, satu video dari Youtube menunjukkan aktivis mahasiswa bernama Adam Adli menghasut rakyat untuk menjatuhkan dan merampas kuasa kerajaan sedia ada dengan cara jalanan.

“Bukti ketiga adalah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain yang terus mengadakan perhimpunan demi perhimpunan di seluruh negara mempertikaikan keputusan pilihan raya.

“Oleh yang demikian, demi keamanan negara dan nasib masa depan anak cucu kita, kami memohon pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas tanpa bertolak ansur terhadap pihak yang cuba menghuru-harakan negara dengan cara yang salah semata-mata ingin mendapat kuasa politik,” katanya kepada pemberita.

Khuatir cetus huru-hara

Katanya, apa yang dibimbangi tindakan bebas pihak berkenaan menghasut tanpa ada tindakan pihak berwajib boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan, yang akhirnya menjejaskan seluruh rakyat negara ini.

“Hukuman tegas perlu dikenakan kepada pihak yang ingin melancarkan ‘Malaysian Spring’ dan mengadakan himpunan haram. Kami mahu pihak itu menghormati perlembagaan negara,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perisi, Yahaya Ali berkata, laporan polis itu dibuat bagi memastikan keselamatan dapat dipelihara dan tindakan segera dapat dikenakan terhadap dalang yang cuba mencetuskan kekacauan.

“Siri himpunan haram yang dilakukan boleh menghancurkan keamanan negara. Kita tidak mahu hidup dalam kekacauan. Justeru, saya juga menyeru kepada bekas tentera dan polis agar memberi sokongan penuh kepada kerajaan sedia ada,” katanya yang hadir bersama 15 ahlinya yang lain.

Mahu tegak keamanan

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman, Che Wan Azlizan Che Wan Abu Bakar yang hadir bersama 12 ahlinya berkata, mereka berarak dan berkumpul beramai-ramai itu atas dasar untuk menegakkan keamanan, supaya ia dapat diwarisi generasi akan datang.

“Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengenakan hukuman lebih berat kepada dalang yang cetuskan himpunan haram dan huru-hara ini, apatah lagi KDN pun baru mendapat menteri baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Dalam pada itu, Pertubuhan Silat Tapan 3 Malaysia mendesak agar siasatan sedalam-dalamnya dilakukan agar ‘kepala’ yang mendalangi semua perbuatan itu ditangkap dan dihadap ke muka pengadilan.

Bagi pertubuhan itu, dalam keadaan negara sekarang yang aman tidak perlu diadakan demonstrasi jalanan haram seperti mana yang dibuat pembangkang.

Menurut wakil Peniaga Pasar Chukai, Alias Awang pula, perbuatan cuba membangkitkan keadaan ‘Arab Spring’ merosakkan minda golongan muda seterusnya boleh menghancurkan negara.

Individu, Mukhatar berkata, himpunan ‘Blackout 505’ jelas tindak menghormati undang-undang negara dan mengganggu gugat kestabilan politik dan keselamatan negara.

ISU-ISU AKHBAR CINA


APA TUJUAN PERHIMPUNAN HITAM ANWAR?
AKHBAR China Press bertarikh 21 Mei 2013 memaparkan tulisan penulis, Bi Feng melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai yang mempersoalkan tujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mengadakan perhimpunan haram.
Hari ke-10 selepas pilihan raya umum (PRU), walaupun ramai orang terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk diadakan PRU berikutnya, tidak boleh dinafikan ramai lagi yang diganggu perhimpunan hitam Anwar yang seolah-olah masih mengharapkan keajaiban berlaku.
Memang benar, jika dapat melakukan keajaiban, penulis juga mengharapkan ia boleh berlaku tetapi melihat pihak yang datang itu dari jauh, ada yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan itu, apa yang boleh penulis katakan, kami amat kecewa!
Walaupun tidak mendengar sendiri ucapan Anwar tetapi reaksi orang yang hadir berkata, ucapan itu lebih hebat daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah kerana itu penulis rasa kesal dan kecewa?
Perhimpunan hitam tersebut disudahi dengan aman. Adakah ini menunjukkan rakyat tidak puas hati ataupun telah setuju dengan keputusan PRU itu? Mereka menghadiri perhimpunan, mengharapkan pemimpin mereka (Anwar) mengaturkan hala tuju dan memberi arahan seterusnya supaya dapat ke pejabat Perdana Menteri untuk memecat Najib ataupun ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan satu persatu bukti undi tidak adil dan menuntut diadakan PRU sekali lagi.
Apa yang menyedihkan, perkara itu langsung tidak berlaku. Di mana Anwar? Mungkin sedang menunggu supaya penyokong-penyokongnya hilang akal untuk menimbulkan bantahan di jalanan, mencetuskan huru-hara selepas mendengar ceramah hasutan beliau?
Namun, adakah semua rakyat mahu singkirkan kerajaan yang baharu ini? Dengan adanya bukti-bukti yang jelas, kami minta rakyat bertenang supaya pakatan pembangkang mudah melangkah masuk ke Putrajaya, bukannya untuk memimpin rakyat menyingkirkan kerajaan sedia ada kerana itu bermakna beliau (Anwar) seorang pemimpin pengkhianat negara. Dengan itu penulis hanya mahu berkata, itu (huru-hara) besar kemungkinan boleh berlaku.
Anwar mengadakan sidang akhbar memberitahu beliau ada bukti kukuh pelaksanaan PRU ke-13 tidak adil dan tidak sah tetapi beliau tidak menyerahkan bukti-bukti itu ke mahkamah, sebaliknya menjelajah ke seluruh negara adakan ceramah perhimpunan hitam.
Walaupun isi kandungan ceramah itu mempunyai ketaksuban yang kuat, jika kita fikirkan dan halusi, Anwar hanya menghentam kesilapan pihak lawan.
Walaupun ia seperti benar tetapi isinya tiada beza dengan pengkritik-pengkritik lain. Kelihatan Anwar akan boleh berkuasa tetapi jika diteliti ia tidak berbeza dengan seekor ‘belut’. Walaupun tidak dapat kedudukan itu, beliau hanya mahu lakukan sesuatu kerana disebabkan terdesak.
Penulis berharap kita dapat meredakan keadaan. Jika Anwar anggap rayuan ini masih belum matang untuk dikemukakan, penulis juga ternanti-nanti saat rayuan boleh dibuat dalam tempoh 21 hari, tidak sampai satu minggu sahaja lagi. Adakah di tangan Anwar benar ada bukti-bukti kukuh? Bila pula masanya beliau akan kemukakan bukti-bukti itu?
Jika hanya mahu menembak peluru merata-rata tempat untuk menghangatkan keadaan, penulis hanya mahu memberitahu semua bahawa perhimpunan yang dilakukan itu memang perhimpunan haram!
Tetapi, kepada begitu ramai pengikut-pengikutnya yang masih taksub dengan penyakit dakyahnya di musim PRU, adakah mereka berfikiran waras untuk menerimanya? Sepatutnya kita juga kena fikirkan, adakah beliau orang yang paling layak menjadi ketua di sesebuah negara?
KABINET TANPA KEPENTINGAN KAUM DAN AGAMA
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 16 Mei pula memaparkan tulisan Timbalan Pengarang akhbar tersebut, Tay Ting Yan melalui ruangan Sudut Pendapat berkenaan Kabinet baharu untuk pemulihan dan meneruskan agenda rakyat.
Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan melaksanakan pemulihan dalam kerajaan sudah dijangkakan termasuk apabila MCA dan Gerakan diketepikan. Kesinambungan itu boleh dilihat dari segi penyusunan Kabinet, mengurangkan kerusi MCA serta pengambilalihan oleh pemimpin generasi baharu.
Pelantikan Presiden Transparency International Malaysia, Paul Low Seng Kwan ke dalam Kabinet menunjukkan hasrat kerajaan membanteras gejala rasuah sementara bahagian perumahan dan kerajaan tempatan diperluaskan dengan kesinambungan ‘kesejahteraan di kawasan bandar’. Ini semata-mata mahu dapatkan kembali sokongan penduduk bandar.
Rakyat sedang melihat pasukan Kabinet pimpinan Najib ini serta mahu melihat bagaimana mereka menerajui pemerintahan negara.
Bersih, terbersih dan lagi bersih! Dalam musim PRU diadakan, hanya dengan mengkritik kerajaan BN rasuah sahaja boleh menyebabkan orang ramai terpekik berteriak. Ramai yang mengundi pakatan pembangkang dan ramai juga yang ‘bersimpati’ kepada pakatan.
Pada hakikatnya, rakyat memang bencikan dan menentang rasuah. Mereka berharap dengan ‘ubah’ kerajaan boleh putuskan hubungan antara yang ada kepentingan, bersihkan politik wang, hapus atau kurangkan penyelewengan.
Jika mahu tawan kembali jiwa rakyat, perkara paling penting BN perlu lakukan adalah meninggalkan gejala rasuah dan penyelewengan. Selain melantik Seng Kwan, Kabinet baharu ini juga perlu mengumumkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar dapat mengekalkan ketelusan dan integriti.
Pelaksanaan pecah dan tadbir kaum oleh BN selama ini berdasarkan menteri-menteri dari kaum berbeza ditugaskan menjaga kepentingan kaum masing-masing. Model seperti ini sudah pun tiba ke penghujungnya. Najib perlu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat dan Kabinet beliau sepatutnya Kabinet untuk semua rakyat.
Kekurangan kaum Cina dalam Kabinet, adakah akan lebih adil kerajaan menjaga semua rakyat, termasuk kepentingan ‘apa yang orang Cina mahukan’? Itu perlu lihat sama ada pelaksanaan pentadbiran itu sederhana, laksanakan polisi yang terbuka dan berdaya maju.
Konsep kerajaan yang baharu ini perlu meletakkan negara paling utama dan pentingkan perpaduan rakyat, tidak boleh seperti cara lama bahagikan kuasa, tawar menawar, diolah melalui bilangan kaum dan agama. Jika ada ahli Kabinet yang begitu menonjol untuk kepentingan kaum dan agama, putuskan segera supaya mereka tinggalkan pasukan untuk hindari berlakunya ‘pakej sama’ berulang.
Projek perubahan masih menjadi tanggungjawab dan tugas kerajaan baharu ini. Seterusnya adalah cabaran paling besar kerajaan hadapi pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan. Langkah-langkah yang dilaksanakan sering tidak berkesan dan tidak dapat membuat keputusan tepat kerana dari segi pokoknya, polisi yang digunakan terlalu konservatif dan suka mengikut keadaan, secara kurang bijak (bodoh) cuba selesaikan masalah yang semakin hari semakin kompleks melalui cara sedia ada.
Dari segi ekonomi, negara ini perlu atasi mulut botol kecil golongan berpendapatan pertengahan, perlu terokai ekonomi yang berpotensi, tingkatkan daya saing. Dalam tangani pendidikan, perlu bersikap terbuka dan berdaya maju, tingkatkan tahap ilmu keseluruhannya, hindarkan perbalahan bahasa antara kaum, bina generasi baharu yang mampu berfikir. Dari segi keselamatan sosial, tambahkan kekuatan serta tingkatkan kualiti pasukan polis, pada masa sama hapuskan punca jenayah. Ini termasuk tidak pinggirkan sesuatu kumpulan agar mereka tidak hadapi jalan buntu.
Isu-isu besar seperti ini, perlu difikirkan melalui strategi dan pemikiran ‘anjakan paradigma’ supaya dapat diteruskan kesinambungannya, capai keberkesanannya melalui indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan. Khairy Jamaluddin, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai generasi baharu yang mempunyai pemikiran baharu, umpama lampu penerang dalam Kabinet yang baharu ini.