MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Ogos 29, 2013

KDN UMUM NAMA KUMPULAN KONGSI GELAP

Putrajaya, 29 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini
mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:
- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

-Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)

- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)

- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)

- Gee Ah Eng
- Loh Kuan
- Tiang Yee Tong
- Geng 21
- Ang Soon Thong
- Wah Kee
- Sio Sam Ong
- PNEH
- Hong Hong San
- Hai San
- Sin Ang Bin
- New Cell 20
- Jit It Hai
- Sio Koon Tong
- Gee Lam Kor
- Geng Leng Hor
- Geng 35
- Geng 303
- Geng Satu Hati

DI SABAH:
- Sabah ATAP
- Hung Ann
- Sui Yuk
- Otai
- Borneo Red EMP

DI SARAWAK:
- Sarawak Ah Ngau
- Batu Tiga
- Ah Feng
- Batu 10
- Sibu T
- Ah Seng
- Ah Chin
- Lee Lung
- Lo Han
- Sg Merah
- Sg Badut
- Ting Ching Lee
- Tua Cak Lee
- Teksi Station
- Pintu Merah
- Krokop

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.
- BERNAMA


Petikan dari https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?hc_location=stream

Ahad, Ogos 18, 2013

Sekitar sambutan Majlis Hari Raya EPIC

Telok Kalung 18 Ogos 2013

Lebih 20 ribu pengunjung hadir menjayakan sambutan Rumah Terbuka hari raya EPIC 2013 bertempat di Perkarangan Bangunan Eastern Pacific Industrial Corporation ( EPIC ) Berhad.

Sambutan ini dianjurkan olih syarikat EPIC bagi mengeratkan silaturrahim antara para kakitangan syarikat bersama dengan para pelanggan syarikat dan komuniti setempat.

Turut hadir memeriah sambutan rumah terbuka pada kali ini adalah Menteri Besar Terengganu, Yang amat berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said bersama isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Sebanyak 70 buah motorsikal berkuasa tinggi mengiringi YAB Menteri Besar dan diambut dengan persembahan silat dari Pertubuhan Silat Tapan Toga Malaysia Gelanggang SMK Cukai Kemaman.

Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang turut dimeriahkan dengan kehadiran asukan berbasikal negeri, Terengganu Pro-Asia Cycling Team ( TSG ) serta pasukan bola sepak neggeri, T-Team.

Terdapat 53 juadah raya yang terdiri dari pelbagai negeri telah disajikan kepada para tetamu.


YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersama  CEO EPIC Berhad En  Ramli Shahul Hameed  sedang membuat kenyataan akhbar

En Ramli Shahul Hameed menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said


Datuk Wan Ahmad Nizam Hamid bersama Zabli Ghani




Kamarudin Ali bersama Datuk Nasir Ibrahim Fikri





































Gambar Sambutan Hari Raya Menteri Besar Terengganu.

Kemaman 17 Ogos 2013.
Lebih 20 ribu rakyat Daerah Kemaman mengunjungi sambutan rumah terbuka Hari Raya Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Ahmad Said di kediamannya di Kg Telok Kalong dekat sini hari ini.
Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat tiba seawal jam 10.00 pagi.
Majlis berakhir jam 3.30 petang.

Sementara itu ketika menjawab soalan wartawan mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir, Ahmad menegaskan Kerajaan Terengganu sedang mengikuti perkembangan dari masa ke semasa dan akan memanggil semua pelajar tajaan kerajaan Terengganu dan juga swata jika diarahkan olih Wismaputra.


Lagi gambar