MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Januari 17, 2016

PUSAT PELANCONGAN KG. GONG CHENGAL

KEMAMAN 17 Januari 2016    Menyusul Sungai Kemasik terdapat banyak tempat menarik yang boleh dijadikan pusat pelancongan yang menarik minat pelancong ke kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Gong Chengal, Haji Mustafa Abdul Rahman berkata, keindahan dan kebersihan Sungai Kemasik perlu dijaga sepanjang masa dan berpotensi dijadikan pusat pelancongan yang menarik.

Antara projek yang bakal dibangunkan seperti Restoran Terapung, Pusat Penyelidikan dan Penetasan Tuntung dan Chalet bagi menarik minat orang ramai dari dalam dan luar negara mengunjung tempat tersebut.

Mustafa berkata, minggu lepas beliau berkesempatan mengunjung Negara Thailand dan melihat beberapa tempat yang menarik yang boleh dikongsi dan dibangunkan di Kemasik.

Melihat senario orang ramai yang suka bersantai bersama keluarga ditempat terbuka seperti warung dan café, JKKK Kg. Gong Chengal bercadang membina sebuah Restoran Terapung yang menjual pelbagai makanan panas seperti Ikan Bakar, Ikan Celup Tepung, Kerepok Lekor, Tomyam dan Makanan Barat, katanya melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi whatsapp.

“Selain itu, kita juga bercadang membina Pusat Penyelidikan dan Penetasan Tuntung di perairan Sungai Kemasik memandang terdapat beberapa ekor tuntung yang sering mendarat di kawasan tersebut.”

“Selain Tuntung, kita juga bercadang menjadikan Sungai Kemasik sebagai tempat Pertenakan Ketam Nipah yang semakin tinggi permintaan dari masa ke semasa.”

“Kita juga akan membangunkan beberapa buah Chalet bagi kemudahan pelancong menikmati suasana dan keindahan Sungai Kemasik. Kita juga ada menyediakan perkhidmatan bot sewa bagi kemudahan pelancong menyusul Sungai Kemasik.”

Kita telah mengenalpasti tempat tempat ini dan perbincangan dengan pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kemaman telah diadakan,katanya.

Mustafa berkata, dengan terlaksana program ini ia akan menambah pendapatan remaja Kg Gong Chengal dan sekali gus mengelak remaja berpeleseran tanpa arah tuju.

Baru baru ini penulis bersama rombongan dari JPS sempat merakam gambar keindahan Sungai Kemasik.


Cadangan Restoran Terapung
Cadangan Restoran Terapung
Cadangan Restoran Terapung
Pusat Internet 1Malaysia
Pusat Internet 1Malaysia
Kebakaran kecil di Pusat Internet 1Malaysia
Buah Nipah
Buah Nipah
Memetik Buah Nipah
Jeti Sungai Kemasik, Gong Chengal
Jeti Sungai Kemasik, Gong Chengal
Jeti Sungai Kemasik, Gong Chengal
Pusat Pendaratan Tuntung
Pusat Pendaratan Tuntung
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal