MOHAMAD REZAL KAMAL BASHAH menunjukan anak ikan Yu hidup yang
dirampas dari nelayan asing, di Kemaman petang ini. - UTUSAN ONLINE
22 Mei 2018 10:35 PM
KEMAMAN 22 Mei - Pencerobohan nelayan asing terutama dari Vietnam
masih berleluasa, dan mereka seakan tidak serik walaupun tindakan tegas terus
diambil.
Terbaharu, semalam empat buah bot bersama 37 nelayan ditahan oleh
kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi
Perkasa Timur di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kira-kira 120 batu nautika dari
Kuala Kemaman.
Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Mohamad Rezal
Kamal Bashah berkata, kesemua empat buah bot ditahan ketika sedang menangkap
ikan secara ganding.
“Hasil pemeriksaan, kesemua 33 awak awak dan 4 tekong berumur 18
hingga 59 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dan mereka ditahan
atas kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959.
“Kesemua bot dibawa ke Pengkalan Maritim Kemaman dan tiba pada
pukul 3.30 petang ini,” katanya dalam sidang akhbar.
Mohamad Rezal berkata, pemeriksaan mendapati anggaran 2,600
kilogram ikan pelbagai jenis, 2,000 kilogram ikan baja dan 3,700 liter minyak
disel.
Terdapat juga hampir 20 ekor ikan Yu hidup yang mendapat nilai
pasaran cukup tinggi di negara jiran terutama Thailand.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan peralatan dianggarkan
berjumlah RM3.5 juta. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/empat-bot-vietnam-bersama-37-nelayan-ditahan-1.677712#ixzz5GFmzAOiQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.