Maritim
rampas bot, peralatan RM2juta
Pencerobohan perairan berterusan
LEFT. KOMANDER MARITIM, Mohamad Rezal Kamal Bashah
27 Mei
2018 10:17 PM
KEMAMAN 27 Mei - Cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan
menyamar sebagai bot tempatan dan berbekalkan wang tunai untuk sogokan, namun
dua bot nelayan Vietnam itu ditahankan semalam.
Penahanan terbaharu di kawasan kira-kira 62 kilometer dari
perairan Kuala Kemaman itu menjadikan jumlah bot yang ditahan oleh Agensi
Pengkuatkuasaan Maritim Kemaman sebanyak 23 buah sejak awal tahun ini.
Dua buah bot itu ditahan oleh kapal Maritim dalam Operasi
Perkasa Timur dan Operasi Marikh di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) bagi membasmi
pencerobohan bot nelayan asing yang semakin berleluasa.
Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Mohamad Rezal
Kamal Bashah berkata, kedua-dua buah bot cuba berselindung menggunakan nombor
pendaftaran tempatan.
“Bot tersebut dipercayai berasal dari negara Vietnam ditahan
bersama 20 kru termasuk dua tekong berumur 17 hingga 47 tahun kerana melakukan
kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Akta Imigresen 1959,” ujarnya di
sini hari ini.
Menurut Mohamad Rezal, tekong salah sebuah bot cuba memberi
rasuah sebanyak RM8,000 kepada pasukannya agar tidak mengambil tindakkan
terhadap mereka.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 1,500
kilogram (kg) ikan pelbagai jenis, 1,600 kg sotong kering dan 500 kg ikan baja.
“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah bot dan peralatan
dianggarkan berjumlah RM2 juta,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.