PENGARAH Maritim Pengkalan Kemaman, Left. Komander Muhamad Rezal Ksmal Bashah
bersalam dengan Abu Bakar yang menyambut kepulangan mereka pagi ini. - UTUSAN
ONLINE
07 Mei 2018 5:10 PM
KEMAMAN 7 Mei - Empat nelayan dari Kuantan yang hanyut dan
terapung di laut dalam tong ikan selama lima hari setelah bot mereka karam,
diselamatkan oleh sebuah kapal petang semalam kira-kira 60 batu nautika
dari Kuala Kemaman.
Nasib menyebelahi mereka yang dalam keadaan tidak bermaya itu
apabila kelibat mereka disedari oleh pihak kapal Nautica Tanjong Puteri IV yang
sedang dalam perjalanan membawa bekalan dari Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB)
menuju ke Pelantar Seligi A.
Mangsa terdiri daripada Abu Bakar Abdul Rahman, 65, (pemilik
bot), Sulaiman Kadir, 25, Alias
Mamat, 54, dan Ibrahim Jusoh, 62, tiba di KSB kira-kira pukul 7.30 pagi ini sebelum diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia untuk urusan selanjutnya..
Mamat, 54, dan Ibrahim Jusoh, 62, tiba di KSB kira-kira pukul 7.30 pagi ini sebelum diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia untuk urusan selanjutnya..
Ketika ditemui, Abu bakar memberitahu, mereka keluar ke laut pada
28 April lalu dan pada pagi 2 Mei, enjin tidak dapat dihidupkan apabila bateri
utama rosak menyebabkan air yang memasuki bot akibat kebocoran tidak dapat
dipam keluar.
"Kami berusaha menimba tapi lama kelamaan kami dah tak
berdaya. Air semakin banyak bertakung dan bot mulai tenggelam, lalu kami mengambil
keputusan menyelamatkan diri dengan menggunakan dua bot tong ikan.
"Kami mengikat empat tong itu agar tidak terpisah. Setiap
seorang di dalamnya. Kami membawa dua botol air minuman 1.5, sedikit biskut dan
telur rebus yang ada," ujarnya.
Katanya, mereka cuba menjimatkan bekalan air minuman dengan turut
mencampurkan dengan air laut namun bekalan terputus selepas tiga hari.
Setiap hari katanya, mereka hanya mampu berdoa agar laut tidak
bergelora dan dapat diselamatkan seberapa segera.
"Kami pernah terserempak dengan bot nelayan asing. Walaupun
memanggil dan melambaikan jaket keselamatan, mereka berlalu begitu sahaja,
mungkin takut kerana menceroboh perairan.
"Kami tidak putus asa untuk berdoa ketika hampir kebuluran.
Alhamdulillah doa kami akhirinya dimakbulkan dan kami berterima kasih kepada
Kapal Nautica Tanjong Puteri yang membantu kami," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/empat-nelayan-terapung-lima-hari-di-laut-1.667741#ixzz5G225Je00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.