Mangsa terjatuh di Jeti Geliga Che Ako ditemukan lemas
Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh ketika sedang memeriksa bot miliknya di Jeti Geliga Che Ako dekat sini Jumaat lalu ditemukan lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata mayat Muhammad Anuar Syhukrimi Mahmod, 31, ditemukan terapung di Sungai Kemaman sejauh 500 meter dari lokasi kejadian pada 9.05 pagi tadi.
“Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada 7 pagi.
“Operasi SAR hari ini menggunakan teknik pencarian di permukaan air melibatkan beberapa buah bot pada jarak radius satu kilometer dari tempat kejadian menghala ke arah Kuala Kemaman,” katanya kepada Suara Timur hari ini.
Mohd Razi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan lemas selepas dikatakan tergelincir di jeti tersebut pada 10 malam Jumaat lalu.
Bagaimanapun pihak bomba hanya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.26 petang semalam. – Suara Timur


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.