MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Mei 15, 2009

Majlis Peguam cadang saman Kerajaan, KPN

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam bercadang menyaman Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berikutan penahanan lima peguam di depan Balai Polis Daerah Brickfields, baru-baru ini. Badan itu mendakwa, penahanan peguam terbabit adalah satu pencabulan mengikut Seksyen 28 (A)(4) Kanun Acara Jenayah. Lima peguam berkenaan dilaporkan mahu membela 14 orang yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan aman di balai polis berkenaan.
Petikan Berita Harian Online 15/5/09

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

Assalamualaikum,

Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru seluruh negara. Tanpa guru yang mengajar, kita tak mungkin bertemu dalam alam maya ini. Walau pun satu huruf yang diajarkan, ia tetap dipanggil guru. Sesaorang murid wajib taat dan patuh dengan ajaran guru, barulah mendapat keberkatan. Tugas guru amat berat dalam mendidik murid supaya semua muridnya berjaya. Kegagalan murid bukanya terletak diatas bahu saorang guru. Banyak aspek yang perlu diambil dalam hal yang tersebut. Saorang guru yang prihati pada muridnya sanggup berkorban wang ringgit dan masa demi anak murid. Pernah saya melihat saorang guru pergi kerumah murid hanya untuk bertanya khabar muridnya yang tidak hadir sekolah selama tiga hari berturut. Sempena Hari Guru, saya ingin mencari saorang yang bernama Mohd Sapawi Bin Haji Anuar yang pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman Terengganu sekitar tahun 1972 hingga 1976. Saya difahamkan beliau berasal dari Negeri Selangor. Tiga tahun yang lalu saya pernah mencarinya melalui akhbar dan juga Radio Satu ( Sekarang Klasik Nasional ). Kepada sesiapa yang mengenali beliau bolihlah hubungi saya melalui e-mail mukhatar@gmail.com Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat mengenai beliau. Sekian.

Khamis, Mei 14, 2009

Idris Jusoh-Ahmad Said akan bersemuka: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta ketua bahagian Umno akan bersemuka bagi mengakhiri kemelut politik di negeri ini. Pertemuan itu sedang diatur oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengumumkan inisiatif itu, hari ini. Bercakap pada sidang akhbar di sini, petang ini, beliau berkata pertemuan itu bakal menyusul sehari dua lagi.
Malah, katanya, Idris dan Ahmad sudah menyatakan persetujuan masing-masing untuk bertemu.
Petikan Berita Harian Online 13 / 5 / 09

Salam Blogger

Tahniah diucapkan kepada DS Hishamudin kerana berjaya merintis jalan bagi menemukan dua pemimpin besar Umno Terengganu dan juga semua wakil rakyat serta ketua ketua bahagian Umno Terengganu bagi meleraikan kekusutan yang berlarutan selama setahun. Dengan pertemuan tersebut diharap semua yang terlibat dapat menyelesaikan apa yang tersirat dan tersurat agar kegemilangan dan keyakinan kepada Umno dan Barisan Nasional dapat dipulihkan.

Keadaan politik yang tidak stabil serta kemelesetan ekonomi yang amat ketara membuatkan rakyat hilang kepercayaan pada kerajaan dan juga Umno. Bagaimana Umno dan Barisan Nasional nak menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Jumpa lagi

Rabu, Mei 13, 2009

Ugut BN: Kayveas perlu ukur kemampuan diri sendiri

KUALA LUMPUR 12 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas perlu mengukur kemampuan diri sendiri sebelum mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, BN tidak memerlukan pemimpin celupar serta gemar menangguk di air keruh seperti Kayveas.
Beliau juga meminta Kayveas 'menjahit mulut' kerana dalam keadaan sekarang, semua pemimpin dalam komponen BN sepatutnya bersatu dan bukannya bertelingkah sesama sendiri.
"BN hanya memerlukan pemimpin serta parti komponen yang mempunyai semangat setiakawan tinggi agar pembangunan yang dirancang untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan licin,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas ugutan terbaru Kayveas yang mahu membawa PPP keluar daripada BN sekiranya tidak diberi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengenai tuduhan pemimpin PPP itu bahawa kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin BN mahu melihatnya kalah, Ahmad Zahid memintanya supaya jangan menuding jari kepada orang lain atas kelemahan diri sendiri.
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ugutan Presiden PPP itu bertujuan memperoleh publisiti murahan.
Beliau menegaskan kenyataan Kayveas itu tidak perlu dilayan.
"Tak perlu layan kerana dia hanya mahu publisiti murahan sahaja demi kesinambungan politiknya," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan Kayveas hidup dalam alam khayalan.
Katanya, tiada guna PPP masih lagi berada dalam BN jika hati mereka bukan lagi berpaksikan perjuangan gabungan itu.
Sehubungan itu, kata Ka Siong, lebih baik PPP keluar daripada BN kerana parti berkenaan gemar menimbulkan polemik murahan.
"Perjuangan BN bukan sekadar untuk dapatkan kerusi dalam kerajaan. Perjuangan BN lebih kompleks dan PPP perlu melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu.
"Saya pelik bagaimana Kayveas mendakwa boleh menawan dua negeri jika PPP bergerak sendirian sedangkan kerusi Parlimen yang diberikan kepadanya sebelum ini pun gagal dipertahankan," tegasnya.
Ditanya mengenai bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Kayveas dan PPP, Ka Siong berkata, sebarang keputusan mengenainya akan dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Beliau menambah, kes Kayveas akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN 18 Mei ini.
Petikan Utusan Malaysia Online 13/5/09

Selasa, Mei 12, 2009

Tahniah pada Datuk M. Kayveas dan PPP

Salam Blogger,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Datuk M. Kayveas dan PPP jika ingin keluar dari Barisan Nasional ( BN ).
Pendapat saya jika PPP masih kekal dalam BN umpama api dalam sekam yangmana jika dibiarkan ianya akan merebak dan menyebabkan kerosakan pada semua. Sebelum PPP keluar dari gabungan BN adalah lebih baik BN singkirkan terlebih dahulu PPP. Jika kita mengamatinya PPP bukanlah pertubuhan yang sah disebabkan Cawangan Silibin Ipoh Perak telah terbatal pendaftaranya olih Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 2006. Ini diakui sendiri olih Datuk M. Kayveas beberapa hari yang lepas. Mana mana pertubuhan yang cawangannya terbatal dan ahli masih lagi memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi pertubuhan maka dengan secara automatik pertubuhan itu terbatal. PPP hanya berani bermain dengan ugutan sahaja, dah berapa kali ugut nak keluar BN tapi masih lagi berada dalam BN. Dalam kes ini saya lebih hurmat pada Datuk Yong Teck Lee dan SAPP kerana berani. Cakap je nak keluar BN, terus keluar. Jika PPP Keluar dari BN, jangan kata dua negeri, dua kerusi pun tak dapat. Bertanding atas tiket BN pun PPP kalah apatah lagi bertanding sendirian. Diharap Datuk M. Kayveas fikir fikirlah dahulu sebelum mengugut BN.

Ikrar keluar BN jika tidak dapat kerusi
KUALA LUMPUR 11 Mei – Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini mengugut sekali lagi akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti.
Presidennya, Datuk M. Kayveas sebelum ini membuat ugutan yang sama tetapi kali ini beliau bertindak lebih jauh dengan mencabar agar BN memecat parti itu daripada gabungan tersebut.
‘‘Sekiranya parti ini terus tidak dihormati oleh komponen parti lain dan terus dianak tiri maka pilihan PPP ialah untuk keluar daripada BN dan alternatifnya gabungan itu boleh memecat parti ini dari gabungan tersebut,’’ katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab interaktif NST Live yang berlangsung selama kira-kira empat jam melalui laman web www.nst.com.my di sini hari ini.
Kayveas juga menegaskan, sekiranya PPP keluar dari BN, parti itu akan memberi fokus untuk menawan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dan Melaka.
Tegasnya, beliau mempunyai rancangan besar mengenai perkara itu dan memberitahu akan berjaya menawan sekurang-kurangnya dua negeri yang disenaraikan.
Beliau memberitahu, BN selama ini terus mengetepikan PPP dan sekiranya ia berterusan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti maka parti tidak mempunyai pilihan kecuali keluar daripada gabungan tersebut.
Katanya, majoriti ahli-ahli PPP mahu parti itu keluar BN tetapi menegaskan kestabilan politik adalah penting kepada keamanan, kemajuan dan kemakmuran rakyat.
‘‘Adalah mengecewakan berada di dalam BN tetapi diketepikan oleh parti-parti komponen lain tetapi tolak ansur dan kesabaran serta rasa cinta kepada negara menyebabkan kami kekal di dalam gabungan tersebut,’’ katanya.
Kayveas memberitahu, beliau telah berada di dalam BN selama 15 tahun dan mendakwa kebanyakan pemimpin-pemimpin parti komponen adalah ‘yes men’ dan kaki bodek tidak pernah bersuara.
Katanya, pemimpin-pemimpin ini hanya bersuara apabila beliau cuba menyedarkannya tetapi sekarang semua pemimpin terbabit tidak lagi menjadi pemimpin dan mula menyuarakan suara hati mereka tetapi telah terlambat.
Kayveas juga mendakwa, kegagalannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin-pemimpin BN memastikan beliau kalah dalam pilihan raya umum lepas.
Beliau bagaimanapun menegaskan, BN adalah sebuah kerajaan yang baik tetapi rakyat kecewa cara agensi-agensi kerajaan melayan mereka.
Petikan Utusan Malaysia Online 12/5/09

Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak

KUALA LUMPUR 12 Mei — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.
Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.
“Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,” kata beliau.
“Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,” kata Abu Talib. - Bernama
Petikan Utusan Online 12/5/09

Saya akan teruskan tugas MB: Zambry

IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan penagguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Sehubungan itu, Zambry meminta Nizar dan Pakatan Rakyat menghormati keputusan Mahkamah Rayuan seperti Barisan nasional (BN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytihar Nizar sebagai Menteri Besar Perakl yang sah.

Mahkamah terima rayuan Zambry

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar. Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan. "Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.
Petikan Berita Harian Online 12/5/09

Ahmad Ramzi ditahan

KUALA TERENGGANU 12 Mei – Polis Terengganu hari ini menahan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.
Ahmad Ramzi ditahan pada pukul 8.30 pagi ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil yang mengesahkan penangkapan itu berkata, polis mempunyai bukti bahawa Ahmad Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu. – Utusan
Petikan Utusan Online
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir
Gambar Berita Harian Online

Ulang Tahun Penubuhan UMNO yang ke 63. DS Nizar MB Perak yang sah.

Gambar Berita Harian Online

Salam blogger.
Hari ini UMNO menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 63 dengan perasaan yang amat pilu apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi. Difahamkan Datuk Seri Nizar akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memohon Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengadakan pilihanraya kecil negeri untuk mendapat mandat rakyat yang baru. Perdana Menteri DS Najib dalam satu kenyataan berkata Barisan Nasional akan merayu keputusan secepat mungkin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Saya secara peribadi tidak bersetuju keputusan BN untuk merayu keputusan yang telah dibuat olih Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disebabkan DS Nizar berkemungkinan mengadap Tuanku Sultan Perak bagi pembubaran DUN Perak. Jika BN membuat rayuan dan kemenangan berpihak kepada BN, maka rakyat, lebih lebih lagi pembangkang akan mengatakan sistem kehakiman negara berada ditahap yang paling rendah dan bolih dipengaruhi, walau pun tidak berlaku demikian. Keyakinan rakyat pada sistem kehakimam hancur sama sekali. Jika BN kalah dalam rayuan, BN akan mendapat dua kali malu. Jika DS Nizar tidak ingin bubar DUN, maka Adun BN bersama Adun bebas bolih membuat undi tidak percaya pada MB dan seterusnya MB baru dilantik dari kalangan BN. Jumpa lagi.

BN akan rayu, rakyat Perak perlu bertenang: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan merayu secepat mungkin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Perdana Menteri juga berharap rakyat Perak bertenang dan tidak terlalu teruja kerana masalah itu akan diselesaikan. "Cuma saya nak katakan kita rasa ada kes dan asas yang kuat, maka kita akan membuat rayuan," katanya kepada pemberita di sini, petang ini.
Ditanya kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri, Najib berkata: "Ia adalah bidang kuasa Sultan Perak".
Petikan Berita Harian Online 11/5/09

Berita sebelum ini.
Nizar tak balik Ipoh untuk hadap Sultan: Amran

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan kembali ke Perak hari ini kerana mempunyai beberapa program di ibu negara sepanjang hari. Pegawai Khasnya, Amran Harun, sehubungan itu menafikan Mohammad Nizar akan berusaha untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Kinta petang ini, bagi mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. "Beliau (Nizar) bagaimanapun akan menghadiri jemputan majlis pengurniaan pingat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pagi esok, bukannya mahu mengadap tuanku untuk minta bubar DUN," katanya ketika dihubungi hari ini.
Amran sehubungan itu meminta orang ramai dan media tidak mempercayai khabar angin, sebaliknya mendapatkan pengesahan beliau.
Petikan Berita Harian Online 11/5/09

Berita sebelum ini.
Zambry, Exco akur keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zambry dan ahli Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan bersedia mengosongkan pejabat masing-masing. Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar. Zambry yang dalam perjalanan dari Ipoh ke sini untuk menghadiri majlis ulang tahun Umno ke-63, tidak dapat dihubungi.
Petikan Berita Harian Online 11/5/09

Berita sebelum ini.
Nizar akan mohon restu Sultan Perak bubar DUN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon restu bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Mohamad Nizar berkata, beliau juga akan meminta Exco Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dibubarkan dan mengadakan mesyuarat Exco beliau secepat mungkin. Katanya, beliau juga akan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kerana tidak memberi kerjasama selama kemelut pentadbiran itu.
Petikan Berita Harian Online 11/5/09

Berita sebelum ini.
Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi. Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.
Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu. Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu. Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan. Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).
Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.
Petikan Berita Harian Online 11/5/09

Polis mohon waran tangkap terhadap Dr Ramzi

KUALA TERENGGANU: Polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana gagal tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), bulan lalu. Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata sehingga jam 3 petang ini, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, masih belum memberikan keterangan walaupun sudah diberikan tempoh tiga hari untuk berbuat demikian. "Sebagaimana yang dimaklumkan dalam sidang media yang lalu, kita memberikan beliau tempoh tiga hari untuk tampil sebelum waran tangkap dikeluarkan dan tempoh itu berakhir pada jam 3 petang ini.
"Sehingga jam 3 petang tadi, belum ada tanda-tanda yang menunjukkan Dr Ramzi muncul atau datang memberikan keterangan berhubung kes itu," katanya di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau berkata, polis akan meminta kerjasama daripada Jabatan Imigresen serta Interpol bagi mengesan Ramzi, yang juga adalah bekas calon BN pada pilihan raya umum lalu, sama ada masih berada dalam negara atau sebaliknya. Beliau turut meminta keluarga Ramzi serta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukannya, supaya menghubungi balai polis yang berhampiran.
Ramzi dicari polis kerana beliau adalah antara individu yang pernah mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung SMS ugutan yang diterima tiga Adun BN iaitu Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada 13 April lalu. Keadaan itu menyebabkan 10 Adun termasuk tiga yang menerima SMS itu enggan hadir ke sidang DUN Terengganu yang diadakan pada keesokan harinya, 14 April. Berikutan kes itu, polis menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 April lalu sebelum lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tujuh hari. - Bernama
Petikan Berita Harian Online

Ahad, Mei 10, 2009

Tidak Perlu Berterima Kasih Bebas Dari ISA - PAS

KEPALA BATAS, 10 Mei (Bernama) -- PAS menyokong kenyataan pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar bahawa beliau tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskannya daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."Saya setuju dengan Uthayakumar bahawa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana penahanannya itu sebenarnya tidak perlu," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang di sini, hari ini.Beliau mengulas pembebasan Uthayakumur dan 12 lagi tahanan ISA semalam. Mereka ditahan sejak Disember 2007.Mohamad berkata ISA sepatutnya sudah lama dimansuhkan.Mengenai Kelab Penyokong PAS, beliau berkata kelab itu kini mempunyai kira-kira 20,000 anggota.-- BERNAMA
Petikan Bernama Online 10/5/09

Salam Blogger

Saya kenal sangat perangai Mohamad Sabu pemimpin Pas yang sorang ni. Dia ni bukan jenis manusia yang suka berterima kasih, sebab dia ni suka cakap bohong. Cakap bohong macamana sekali pun orang tetap pas sokong, sebab ahli pas adalah orang yang taat pada pemimpin. Saya masih ingat lagi ucapan Mohamad Sabu semasa pilihanraya kecil DUN Kijal tahun 1990 yang mana saya masih ahli pas yang bertugas bagi membantu calon Semangat 46 ketika itu Sdr Ahmad Shabery Cheek ( Sekarang Ahli Parlimen BN Kemaman ) lawan Ahmad Said MB Terengganu sekarang. Beliau berjanji tidak akan pijak lagi bumi Kemaman jika Ahmad Shabery tewas. Beberapa bulan kemudian beliau datang lagi memberi ceramah dalam pilihanraya umum tahun 1990 yang mana beliau menang sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang Kelantan. Semasa sambutan syuhada Memali ke 5 dengan angkuh dan sombongnya beliau berucap memburuk burukan Dato Seri Dr Mahathir ( sekarang Tun ). Sekarang beliau belagak pula sebagai hero tamil membela kaum india supaya ahli pas memberi sokongan kepada beliau dalam Muktamar Agung Pas yang akan diadakan nanti. Anggapan beliau dengan menjadi hero menentang ISA yang beliau sendiri pernah merasai maka ahli pas akan memberi undi untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Bagi saya jika Mohamad Sabu menang sebagai Timbalan Presiden Pas, sayalah orang yang paling gembira kerana pas telah menuju kehancuran. Dengan kehancuran pas maka Mohamad Sabu bukan lagi orang politik, jika Mohamad Sabu masih lagi ingin berpolitik beliau bolih memohon menjadi ahli Parti Demokratik India Malaysia (MINDRAP) sebuah parti baru yang ditubuhkan tahun 2005 ini kerana MINDRAP adalah sebuah parti bebas yang tidak terikat dengan mana mana parti termasuklah Barisan Nasional.

Umno perlu lakukan perubahan pemikiran, politik, pendekatan: PM

PEKAN: Umno perlu melakukan perubahan pemikiran, politik dan pendekatan, termasuk cara berkomunikasi untuk kekal relevan memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno jangan terlalu bersandarkan kepada soal sentimen, ingatan nostalgia jasa dan bakti yang ditabur selama ini kepada bangsa serta negara. Beliau berkata, ini kerana persekitaran politik sekarang sudah berbeza dengan politik ketika Umno mula ditubuhkan dahulu.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan Umno Pekan, di Bangunan Umno Pekan, di sini, petang ini.
Petikan Berita Harian Online 10/5/09

Kasih Ibu Tiada Gantinya

Salam Blogger,

Selamat menyambut hari Ibu pada semua yang bergelar Ibu.

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Kepayahan semasa hamil, keperitan yang dialami sewaktu melahirkan anak, cabaran dalam mendidik dan mengasuh serta penderitaan dan kesengsaraan hidup ditempuh oleh siibu dengan penuh tanggungjawab dan tabah, tanpa berkeluh kesah dan merungut. Begitulah betapa hebat dan bersarnya pengorbanan dan jasa seorang ibu.

Dalam agama Islam itu sendiri, Rasulullah SAW telah mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi semua yang lain, termasuklah kepada bapa sekalipun - di mana Rasullullah SAW pernah ditanya seorang lelaki di dalam hadis bermaksud: “Ya Rasulullah Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”

Marilah kita berusaha menggembirakan mereka dan memastikan Hari Ibu di sambut dengan pengisian yang bermakna. Namun, ia tidaklah bermakna bahawa segala jasa dan bakti seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang semasa Hari Ibu sahaja kerana pengorbanan dan kasih siibu sentiasa mekar sepanjang masa.

Berbaktilah kepada ibu semasa hayatnya masih ada. Setelah ibu tiada, tidak ada apa yang hendak dikesalkan. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada insan yang bergelar Ibu.

Al Fatihah kepada Bonda dan Ayahnda tersayang.
Semoga mereka ditempatkan didalam golongan orang orang yang solih.
Aminn

Politik dalam Dun Air Putih

Salam Blogger

Apabila kemelut politik UMNO Negeri Terengganu bergolak kembali dengan peristiwa 4 April 2009 yangmana seramai 10 ADUN BN tidak masuk Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang pada hari kedua kerana dikatakan telah diugut melalui SMS.

Sejak kejadian tersebut pelbagai tuduhan dilemparkan kepada YB Adun Air Putih Haji Wan Abdul Hakim kerana dikatakan memihak kepada kumpulan 10 dan bukanya kepada MB yang juga orang Kemaman.

Ada juga yang mendakwa memang benar YB Adun Air Putih hadir semasa kumpulan 10 mengadakan sidang akhbar olih kerana simpati terhadap mereka. Sejauh mana kebenaranya tidaklah diketahui.

Menurut satu sumber, baru baru ini YB Adun Air Putih ada membuat perjumpaan dengan semua ketua ketua cawangan dalam Dun Air Putih bagi menjelaskan apa yang berlaku dan mengapa beliau lewat sampai ke persidangan Dun pada hari kejadian.

Beliau menjelaskan kelewatan berlaku disebabkan beliau terlalu penat kerana pada malam sebelumnya beliau hadir ke majlis perasmian Tilawah Al Quran di Felda Neram 1 yang dirasmikan olih MB Terengganu. Selesai majlis Tilawah Al Quran, beliau pulang kerumah lama ayahndanya di Cukai. Keesokan paginya beliau ke Kuala Terengganu bagi menghadiri persidangan dewan undangan negeri.

Apabila ada krisis begini maka pelbagai andaian dibuat terhadap beliau dengan mengatakan yang beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan sebagainya.
Beliau juga dituduh gagal dalam urusan perlantikan pengerusi JKKK dalam Dun Air Putih.
Beliau juga didakwa pernah berjanji akan berpindah di Kemaman bagi memudahkan urusan kerja sebagai wakil rakyat dalam Dun Air Putih. Sebaliknya beliau banyak menghabiskan masa bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Gambar diatas dirakam pada 15 Februari 2009 dimana saya menyertai rombongan beliau ke majlis penyampaian makanan kepada masyarakat india di Jabur Valley dalam Dun Air Putih.
Banyak lagi aktiviti yang beliau lakukan tanpa pengetahuan rakyat dan ahli umno dalam Dun Air Putih. Yang paling terbaru saya dimaklumkan pada 7 Mei yang lalu beliau ada bersama dalam Majlis Masyarakat sihat Bersama Risda di Jabur Perasing.

Pesanan saya pada semua ahli umno Dun Air Putih, ini bukan masa berpolitik, buatlah kerja masing masing bagi menyara keluarga dan memperkasakan umno bagi menghadapi PRU ke 13 nanti. Akhir sekali saya ucapkan selamat bersidang yang tak lama lagi.

Dakwaan politik wang: Murugiah jumpa PM Selasa ini




SEREMBAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah akan berjumpa Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini bagi menjelaskan tuduhan politik wang sehingga membawa usul pemecatannya oleh Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP), semalam. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Murugiah yang juga Ahli MT PPP, berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara itu sebaliknya akan dijelaskan ketika bertemu Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu nanti. "Kebenaran akan muncul kemudian," katanya ringkas.
MT PPP semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang. Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata pemecatan Murugiah sebagai Ahli MT akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan. Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya. Petikan Berita Harian Online 10/5 09

Berita sebelum ini

PPP pecat Murugiah dakwaan politik wang


PPP Tidak Akan Pecat Murugiah Tergesa-gesa - Kayveas


Sementara itu, Kayveas berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah membatalkan pendaftaran cawangan PPP Silibin, Perak sejak Ogos 2006, yang mana Murugiah menjadi ketua cawangannya. “Cawangan berkenaan tidak menghantar sebarang laporan kepada ROS berhubung aktivitinya dan selepas tiga tahun dibatalkan, baru kelmarin Murugiah mengemukakan surat kepada Setiausaha Agung parti untuk memperbaharuinya,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Murugiah dalam kerajaan, Kayveas berkata, jawatan beliau dalam kerajaan akan diserahkan kepada pemimpin PPP yang lain. Murugiah gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasannya mengenai tindakan memecatnya.

Pada fahaman saya, apabila terbatalnya satu cawangan dan ahlinya masih lagi memegang jawatan dalam pertubuhan maka dengan sendirinya pertubuhan itu batal. Ini bermakna PPP telah pun batal sejak 3 tahun yang lalu. Mengapa baru hari ini Kayveas mengesahkan pembatalan PPP cawangan Silibin? Fikir Fikirlah sendiri.

Politik UMNO Terengganu

Datuk Ahmad Said

Salam blogger,

Saya amat tertarik ulasan YB Ust Muhammad Ramli Haji Nuh Adun Tepuh dalam blog beliau http://mramli.blogspot.com/ mengenai kemelut politik umno Terengganu. Beliau membuat ulasan yang sederhana. Saya juga terbaca blog YB Dato Rosol Wahid Adun Ajil, dalam blog http://drosol.blogspot.com/
Apa yang menarik adalah perkataan " Gertak Kling". Disini saya ingin bertanya kepada pembaca siapa sebenarnya "Gertak Kling" terlebih dahulu? Siapa yang buat kenyataan akhbar pada tahun lepas bahawa jika Dato Ahmad Said dilantik sebagai MB Terengganu maka 22 Adun BN akan letak jawatan. Rakyat Terengganu hanya menunggu slogan ciptaan YB Dato Seri Haji Idris Jusoh " Kita Cakap Kita Buat" dilaksanakan, tetapi sehingga hari ini tiada seorang pun yang berbuat demikian.
Rakyat Terengganu menunggu perlantikan MB dengan harapan ekonomi negeri dapat dipulihkan. Hampir sebulan perlantikan MB tidak dibuat, rakyat merasa hampa. Apabila Datuk Ahmad Said dilantik sebagai MB, rakyat memberi harapan agar segala perselisihan faham antara pemimpin dapat diselesaikan. Bukan senang nak memenuhi citarasa semua orang, mestilah ada yang bolih terima dan sebaliknya. Setahun telah berlalu dan rakyat telah lupa apa yang berlaku diantara pemimpin, rupa rupanya masih ada saki baki ketidakpuasan hati pemimpin yang ditunjukan secara zahir selepas selesai sahaja perlantikan YAB Dato Seri Mohd Najib sebagai PM.
Kepada pemimpin UMNO Terengganu, cukup cukuplah berpolitik sesama sendiri, buatlah kerja yang diamanahkan olih rakyat sepertimana saranan YAB Datuk Seri Najib. Kita sebagai pemimpin adalah anugerah Allah. Allah telah mengamanhkan kepada kita untuk memimpin rakyat yang memerlukan pertolongan. Akhir sekali marilah kita hayati lagu Allahyarham TS P Ramli " Buang yang keruh, Ambil yang jernih, Baru teguh peribadi"

Akhir kata saya mengucapkan selamat bersidang yang tak berapa lama lagi, baik cawangan mahu pun bahagian.

Salam.