MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mei 11, 2013

Kabinet Baru Kerajaan Terengganu tanpa Pengerusi Hal Ehwal Agama.


Majlis Istiadat Perisytiharan Pelantikan MB & Portfolio EXCO Negeri Terengganu (Gambar)


KUALA TERENGGANU 11 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, 
Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri 
Besar Terengganu untuk penggal kedua.
IMG-20130511-WA0018Ia disusuli 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang turut 
mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal 
Abidin.
Upacara mengangkat sumpah itu berlangsung dalam Istiadat Perisytiharan 
Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
di Istana Maziah di sini pagi ini.
IMG-20130511-WA0015
Senarai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal)
Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, 
Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan.

2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA 
BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan.
3. YB Dato’  Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan 
Kebudayaan.
4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi 
Hijau Dan Air.
5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia.
6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga 
Dan Masyarakat.
7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan.
8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan 
Perusahaan Perladangan & Komoditi.
9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & 
Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat.
10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, 
Kepenggunaan Dan Koperasi.
11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan 
Tugas-Tugas Khas.

Speaker hanya dibuat melalui cadangan dan pengundian dalang sidang 
dun yg pertama nanti.

Keputusan PRU-13 dijangka diwarta bulan ini: SPR

PUTRAJAYA: Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan. 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara. 


"Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini. 


Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi. 

Beliau berkata, SPR kecewa dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya dan menghasut rakyat terutama generasi muda dengan fitnah dan pembohongan mengenai SPR dan perjalanan pilihan raya. 

SPR katanya, akan meneliti perkara itu dan merujuk kepada penasihat serta pakar undang-undang berhubung bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat menyebar fitnah dan memperlekehkan SPR. 

"Apabila waktu untuk memfailkan petisyen pilihan raya, kumpulkan semua bukti, bariskan segala peguam terbaik, berhujahlah di mahkamah untuk membantah atau mempertikai keputusan pilihan raya, bukannya menghasut rakyat terutama generasi muda ke jalan raya dengan menceritakan pelbagai perkara yang tak betul dan memfitnah badan yang mengurus pilihan raya. 
"Betapa tidak bertanggungjawabnya mereka, apa akan jadi pada proses demokrasi di negara kita kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini rupa mengajar rakyat yang perlu dibimbing supaya mematuhi undang-undang, supaya tidak menerima keputusan pilihan raya, keputusan yang dibuat oleh lebih 85 peratus rakyat yang keluar mengundi," katanya. 

Wan Ahmad turut mempersoalkan Majlis Peguam dan bekas presidennya yang juga Pengerusi Bersih S. Ambiga kerana tidak turut mengutuk tindakan yang menyalahi undang-undang itu. 

Beliau pada masa sama turut menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terbabit, sebaliknya menumpukan usaha terhadap perpaduan kaum. 

"Kita nak tegaskan, sesiapa rakyat yang sayang, pentingkan keamanan dan kedaulatan undang-undang, jangan terpengaruh dengan perbuatan permimpin yang tak bertanggungjawab, pemimpin yang hendak mengejar cita-cita peribadi yang tak kesampaian, telah merosakkan fikiran anak muda," katanya. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my

Terengganu tidak bercadang teruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan BN kalah


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih. 
"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah. 


"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini, hari ini.

Ahmad bagaimanapun, berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu pada pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai. 
Ahad lalu, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my

Ketua Polis Negara bersara wajib 17 Mei ini


KUALA LUMPUR 10 Mei - Tan Sri Ismail Omar melepaskan jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) kerana bersara wajib pada 17 Mei ini, bukan atas desakan mana- mana pihak seperti didakwa dalam media sosial dan blog.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pihaknya menafikan penyebaran khabar angin tersebut yang mendakwa Ismail dipaksa meletak jawatan sebagai KPN ekoran desakan Barisan Nasional dan UMNO.

Menurutnya, berita yang disebarkan itu adalah palsu kerana KPN tidak pernah meletak jawatan sebaliknya meninggalkan PDRM kerana bersara wajib.

Menurutnya, tiada sebab untuk Ismail meletak jawatan semata-mata kerana desakan politik memandangkan beliau sentiasa menunjukkan taat setia kepada kerajaan dan bekerja keras untuk menjaga keamanan negara sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

“Cerita itu adalah tidak benar. Jangan hendak membuat andaian yang bukan-bukan. Beliau cuma bersara wajib pada 17 Mei ini dan majlis persaraannya bakal diraikan sehari sebelum itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Khalid mengulas penyebaran khabar angin di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan KPN yang dikatakan ekoran desakan BN dan UMNO.

Dakwaan tersebut berbunyi ‘BERITA PANAS!! KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN... sumber dari Bukit Aman baru tadi pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28 penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau sendiri tidak puas hati dengan cara-cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara... kita tunggu berita selanjutnya...’

Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan di sini memberitahu, PDRM memandang serius penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan KPN yang dikatakan ekoran desakan parti politik.

Katanya, kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah. Tegas Ramli, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130511/dn_03/Ketua-Polis-Negara-bersara-wajib-17-Mei-ini#ixzz2Sy3aqSZr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jangan lantik calon yang kalah sebagai senator: MUBARAK


11 Mei 2013
Abdul Aziz Rahman
Abdul Aziz ketika sidang media sempena Persidangan Meja Bulat Politik dan Kerajaan Malaysia (PRU13) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak dilantik sebagai senator untuk menganggotai Kabinet.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, budaya 'pilihan kedua' itu bukan satu idea yang baik untuk diamalkan, malah ia juga tidak baik bagi masa depan negara.
"Bagilah mereka yang kalah ini peluang untuk berehat dan carilah yang berpengalaman untuk menganggotai Kabinet," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat Mengenai Politik dan kerajaan Pasca PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Persidangan tertutup selama empat jam itu menyaksikan pembentangan analisis PRU13 oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ruslan Kasim dan Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad Datuk Kamarul Rashdan Mohd Salleh.
Turut hadir Setiausaha Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman.
Menjelas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mempertimbangkan individu yang tidak bertanding pada PRU13 untuk menganggotai Kabinet jika mereka mempunyai kebolehan.
Beliau berkata walaupun tidak bertanding atau bergelar wakil rakyat, namun kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh golongan profesional boleh membantu dalam membangunkan negara.
"Boleh lantik profesional sama ada dalam parti atau luar parti. Sekarang dah ramai layak jadi pemimpin, malah mempunyai banyak pendedahan selain taraf pendidikan yang tinggi," katanya.
Menyentuh tentang perwakilan kaum Cina dalam Kabinet Abdul Aziz berkata: "Carilah wakil Cina yang berpengalaman, ada idea bagus dan tidak ekstrim".
Mengulas mengenai dakwaan wujudnya polarisasi kaum di negara ini susulan keputusan PRU13 yang menyaksikan BN kurang mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan di bandar, Abdul Aziz mencadangkan supaya satu kajian dibuat ke atas ucapan pemimpin pembangkang.
Beliau berkata ia penting untuk mengetahui sama ada benar pembangkang telah menanam kebencian pengundi kepada BN serta membangkitkan isu perkauman.
"Walaupun Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata bukan rasis...tapi ini perlu dikaji supaya kita tahu kenapa sokongan kepada BN di bandar dan masyarakat Cina merosot," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Abdul Aziz berkata, BN perlu memantapkan peranan dan penggunaan media sosialnya bagi memikat hati pengundi muda sebagaimana yang diguna oleh  pembangkang.
"Bila media arus perdana tak laporkan sesuatu bahan berita, orang muda ini ada alternatif lain... mereka pergi ke media sosial yang merupakan medan perang persepsi sekarang," katanya. - Bernama

Ahmad Said angkat sumpah sebagai MB Terengganu


11 Mei 2013
Ahmad Said
KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.
  
Turut mengangkat sumpah ialah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).
  
Ahmad, 56, selaku Pengerusi BN negeri dilantik semula ke jawatan itu selepas BN Terengganu membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.
  
Pada PRU13, beliau mempertahankan kerusi Dun Kijal dengan majoriti 4,204 undi mengatasi calon PAS Hazri Jusoh.
  
Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008, sekali gus menjadi Menteri Besar kelapan sejak tahun 1959.


Selain jawatan Menteri Besar, Ahmad turut memegang tiga lagi portfolio iaitu pengerusi jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum dan Sumber Asli; Kebajikan Tempatan dan Perumahan.
  
Sepuluh Exco yang mengangkat sumpah ialah:  

1. Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (Seberang Takir) - Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air
  
2. Rozi Mamat (Telemung) - Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Sumber Manusia
  
3. Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut)- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  
4. Datuk Tengku Putera Tengku  Awang (Kuala Berang) - Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan
  
5. Datuk  Mohd Jidin Shafee (Permaisuri) - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan  Kebudayaan.
  
6. Ir Rosli Othman (Kemasik) - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan
  
7. Nawi  Mohamad (Hulu Besut) - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahan  Perladangan & Komoditi
  
8. A Latiff Awang (Pengkalan Berangan) - Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat
  
9. Roslee Daud (Bukit Besi) - Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi
  
10. Ghazali  Taib (Ajil) -  Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas.
  
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah, Penasihat Undang-undang Negeri Noor Bahri Baharuddin dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Abdul Razak Ismail.
  
Ahmad ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata setiap jawatankuasa Exco akan dilantik bersama panel penasihat masing-masing untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran negeri.
  
"Barisan Exco ini sudah cukup mantap untuk melaksanakan segala perancangan dan perubahan negeri walaupun ada muka baharu (yang dilantik terus sebagai Exco selepas pertama kali menjadi calon), namun saya yakin, mereka ada pengalaman dalam bidang masing-masing," katanya.
  
Katanya dengan penyusunan jawatankuasa Exco diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan BN di Terengganu.
  
Bagaimanapun, Menteri Besar berkata kalau ada keperluan BN negeri sedia merombak semula jawatankuasa sedia ada agar selaras dengan pusat. - Bernama

Dato Seri Najib & Tun Mahathir lawat Dato Seri Azizan di HPP


11 Mei 2013
najib
Najib dan Rosmah Mansor melawat Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini.- Foto Bernama
GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).
  
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.
  
"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung.Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.
  
Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.
  
"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.
 
Najib berkata bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan.
  
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut melawat Azizan pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah yang baru.
  
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada Azizan, Mohd Helmi Khalid meminta jasa baik kepada orang ramai yang ingin melawat Pesuruhjaya Pas Kedah itu tidak berbuat demikian bermula esok bagi memberi ruang kepada beliau untuk berehat.
  
"Saya mewakili ahli keluarga beliau (Azizan) meminta orang ramai memberi kerjasama kerana kita ingin memberi keselesaan kepada pesakit atas nasihat pihak hospital," katanya.

Beliau berkata keadaan kesihatan Azizan menunjukkan pekembangan positif dan beliau telah membuka mata sebanyak empat kali dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi ini.
  
Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang  memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.
  
Azizan, 69, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas.
  
Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu. - Bernama

Jumaat, Mei 10, 2013

PAS bantah perhimpunan

Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS tidak 

menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim 

mengadakan perhimpunan untuk membantah 

keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 

yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). 

Sebaliknya ketuanya, Datuk Harun Taib 


meminta semua pemimpin pakatan 

pembangkang menerima keputusan rakyat Ahad 

lalu dengan hati terbuka.

Sumber http://www.bharian.com.my 

Polis panggil 28 individu terbabit himpunan haram

Shah Alam: Polis Selangor akan memanggil 28 individu termasuk penganjur dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang menyampaikan ceramah berbaur hasutan pada perhimpunan haram 'Suara Rakyat, Suara Keramat' di Stadium Kelana Jaya, malam kelmarin. 

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata semua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan tidak lama lagi dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. 

Sebanyak tiga pelanggaran undang-undang di kesan iaitu membabitkan penganjur, pemimpin parti politik dan peserta perhimpunan terbabit. 

Polis menyiasat penganjur perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana gagal memberikan notis kepada polis 10 hari lebih awal daripada tarikh program diadakan. 

Peserta perhimpunan pula melanggar undang-undang mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun; selain ceramah berbaur hasutan, katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini semalam. 

Langgar arahan polis 
Tun Hisan berkata, penganjur hanya menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. 

Jelas tindakan pihak ini melanggar arahan polis. Polis juga mendapati ada di kalangan peserta perhimpunan turut membawa kanak-kanak dalam program itu. 

Selain itu polis turut menerima laporan seorang pengguna jalan raya cedera selepas kenderaannya dibaling objek disyaki dari arah kelompok peserta perhimpunan. 

Bagaimanapun, setakat ini kita belum melakukan sebarang tangkapan dan akan mendapatkan keterangan daripada individu terbabit terlebih dulu, katanya. 

Beliau berkata, stadium berkenaan hanya boleh memuatkan seramai 25,000, tetapi jumlah peserta yang hadir mencecah 55,000 orang, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.

Sumber http://www.bharian.com.my

Budak 11 tahun mati kena rogol


  • Foto
    Lokasi kejadian tempat Nur Amyliana Shuhada ditemui mati manakala gambar kecil Nur Amyliana Shuhada. - Foto Asyraf Hamzah
  • Foto
    Ibu mangsa, Acha Kusain, (kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam. - Foto Asyraf Hamzah
Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin. 

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dan ketika ditemui, mayatnya lengkap berseluar trek dan berbaju kemeja-T. 


24 jam meninggal

Siasatan awal mendapati mangsa ditemui 200 meter dari rumahnya, meninggal dunia kurang 24 jam ketika mayatnya ditemui. Tiada kecederaan lain pada badannya kecuali di kemaluan, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad berkata, polis sudah menahan dua lelaki dari Sabah yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian mangsa bagi membantu siasatan.

Penganggur berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan jam 6 pagi semalam dan mereka direman selama tujuh hari. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Acha Kusain, 42, berkata Nur Amyliana Shuhada yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan sangat peramah.

Keluar bermain

Kelmarin, Nur Amyliana Shuhada keluar bermain tetapi tidak dapat masuk ke rumah kerana kunci dibawa kakak sulungnya. Kali terakhir kami melihatnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lalu kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja.

Arwah pernah menasihati saya supaya tidak sedih kerana dia akan pergi dulu. Tidak disangka, ia menjadi kenyataan, katanya ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). 

Sumber http://www.bharian.com.my

Isu MB: Pas, DAP usah sibuk

WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Mei 2013
Zuraida
Zuraida
SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.

Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.


“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.


“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.


Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas.


Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti.


Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga.


“PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?.


“Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Khairy tawar diri sertai pasukan Kabinet baharu


KUALA LUMPUR 10 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu Perdana Menteri.
"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (Perdana Menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katanya ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk.
Ahli Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Helo Malaysia BernamaTV semalam menegaskan, bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.
"Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya," jelas beliau.
Khairy berkata, pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.
Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam barisan pentadbiran kerajaan atau jemaah menteri sebelum ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.
Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR, Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_11/Khairy-tawar-diri-sertai-pasukan-Kabinet-baharu#ixzz2SrrYrx37
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahmad Said, Exco Terengganu angkat sumpah esok


KUALA TERENGGANU 10 Mei - Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di Istana Maziah, di sini esok.
Menurut sumber daripada Jabatan Penerangan Terengganu, istiadat di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang dijadual pukul 9.15 pagi itu akan turut disertai angkat sumpah jawatan barisan Exco negeri.
Ahmad, 56, menerima surat pelantikan itu petang semalam selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu.
Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas Barisan Nasional (BN) Terengganu mengekalkan penguasaan apabila menang 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahad lepas.
Ahmad mempertahankan kerusi DUN Kijal dengan majoriti 4,204 undi mengatasi calon Pas, Hazri Jusoh. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_12/Ahmad-Said-Exco-Terengganu-angkat-sumpah-esok#ixzz2SrrEuDj9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Azmin sifatkan pelantikan MB Selangor tak telus, bantah nepotisme dalam PKR


KUALA LUMPUR 10 Mei - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor semalam dilihat membelakangkan pandangan barisan kepimpinan parti itu kerana tiada langsung mesyuarat diadakan bagi membincangkannya.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau menyatakan demikian kerana tidak mahu amalan nepostisme berlaku dalam parti itu.
Walaupun menerima hakikat pemilihan Menteri Besar Selangor memerlukan persetujuan daripada DAP dan Pas, beliau mahu proses penyenaraian calon bagi jawatan itu dilakukan secara telus.
Dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, Azmin bagaimanapun menolak khabar angin bahawa beliau akan keluar PKR sebaliknya menegaskan, beliau akan tetap bersama parti itu.
"Dalam Keadilan, kita berani memberi kritikan, saya tidak mengkritik tanpa asas... adakah ia suatu kesalahan? Sekarang ini mandat sudah jelas di Selangor, ayuh laksana mandat rakyat," katanya yang merujuk kepada beberapa mesej Twitter miliknya kelmarin yang menimbulkan pelbagai spekulasi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_14/Azmin-sifatkan-pelantikan-MB-Selangor-tak-telus-bantah-nepotisme-dalam-PKR#ixzz2SrqK4uOR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PM mahu UMNO Terengganu bersatu, beri khidmat terbaik


KUALA LUMPUR 10 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO Terengganu memperkukuh kesatuan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lepas.
Nasihat itu antara yang ditekankan oleh Najib, yang juga Presiden UMNO, dalam pertemuan hampir dua jam dengan kesemua 17 wakil rakyat UMNO Terengganu di ibu pejabat parti berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
"Perdana Menteri minta kita bersatu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat merebut kembali kerusi yang kita kalah," kata Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas pertemuan itu.
BN Terengganu mengekalkan penguasaan di negeri itu dengan majoriti mudah apabila memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ditanya sama ada isu pelantikan menteri besar turut disentuh pada pertemuan itu, Ahmad berkata, perkara itu tidak dibincang.
Bagaimanapun, Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua berkata, majlis angkat sumpah jawatan itu akan diadakan bersama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Difahamkan, pada pertemuan itu, semua wakil rakyat turut menyatakan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan di depan Najib. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130510/po_01/PM-mahu-UMNO-Terengganu-bersatu-beri-khidmat-terbaik#ixzz2SrpqM5bE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Azmin Ali kritik Anwar



AZMIN ALI
KUALA LUMPUR 9 Mei - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara terbuka mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu pembangkang menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Azmin melalui laman Twitternya memberitahu bahawa rakyat sudah letih dengan politik melampau dan seharusnya pakatan pembangkang bermuhasabah diri.
Beliau juga menyifatkan tindakan mengheret rakyat dipercayai merujuk kepada perhimpunan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya malam semalam sebagai membuli, selain seolah-olah meletakkan kegagalan merampas Putrajaya di atas bahu Anwar.
Ribut yang melanda PKR sehingga membawa kepada 'pemberontakan' itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa Anwar bersetuju untuk terus mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor walaupun dibantah beliau selaku Pengerusi PKR negeri.
"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat," katanya melalui Twitter.
Tindakannya itu membuatkan beberapa rakan tweetnya mempersoalkan apa motif sebenar beliau bertindak demikian.
Seterusnya Azmin berkata: "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
''Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal."
Difahamkan Azmin akan mengadakan sidang akhbar esok, dipercayai ada kaitan dengan tindakan beliau melemparkan kecaman secara terbuka serta mengenai desas-desus beliau bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.
Mengenai isu Menteri Besar Selangor, kini bertiup khabar angin bahawa Azmin, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan 11 lagi pemimpin kanan PKR akan bertindak keluar pakatan pembangkang jika Anwar tetap dengan keputusan untuk memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai memberi tekanan tambahan kepada Ketua Pembangkang berkenaan.
Sementara itu portal berita The Mole melaporkan Azmin juga bersedia untuk mendedahkan satu isu besar yang berlaku 15 tahun lalu untuk pengetahuan umum esok.
Selain itu, beliau juga mahu mendedahkan mengenai sesuatu rahsia yang berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 berikutan pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar bertanding di situ dan beliau menang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130510/po_02/Azmin-Ali-kritik-Anwar#ixzz2SrpZijKu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Azmin persoal Anwar heret rakyat berdemonstrasi



AKAUN twitter milik Azmin Ali memuatkan kenyataan mempersoalkan tindak tanduk Anwar Ibrahim berhubung keputusan PRU-13.
KUALA LUMPUR 9 Mei - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dalam Twitternya malam tadi mengeluarkan kenyataan yang secara halus mempersoalkan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau meminta Penasihat PKR itu bermuhasabah serta mengakui kelemahan sendiri atas kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." antara kenyataan Azmin dalam akaun Twitter miliknya yang dilihat seperti ditujukan kepada Anwar.
Katanya lagi, laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal.
Kenyataan Azmin itu merupakan tamparan terhadap Anwar yang pada waktu sama malam tadi sedang berucap di hadapan ribuan penyokong pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bagi membantah keputusan pilihan raya lalu.
Dalam tweetnya lagi, Azmin turut meminta keputusan rakyat dalam pilihan raya lalu diterima.
"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat." - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130509/po_12/Azmin-persoal-Anwar-heret-rakyat-berdemonstrasi#ixzz2Srp8uGW2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, Mei 08, 2013

Bekas MB Kedah kritikal di HPP


Bekas MB Kedah kritikal di HPP
AHLI keluarga dan rakan-rakan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memenuhi pintu masuk Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP). - Foto/Danial Saad
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal di Wad Rawatan Rapi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan komplikasi diabetes. 

Azizan dilaporkan berada dalam keadaan koma, namun masih menunjukkan tanda-tanda positif ketika dirawat. 

Bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohamad Helmy Khalid ketika dihubungi mengesahkan laporan, namun tidak mengetahui secara terperinci keadaan bekas menteri besar itu. 


"Azizan dimasukkan ke HPP malam tadi dan menerima rawatan sehingga sekarang," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di Pusat Perubatan Kedah (KMC) sejak pagi Isnin lalu.

Helmy turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.

Dalam pada itu, Bekas Setiausaha Politik Azizan, dalam laman facebooknya memberi tahu bahawa berita kematian itu tidak benar dan Azizan kini sedang dirawat di HPP. 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

http://www.bharian.com.my

Penyokong Husam adakan demonstrasi di hadapan Kota Darulnaim


KOTA BHARU 8 Mei - Para penyokong Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim pada pukul 10.30 pagi ini.
Ia bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri.
Kumpulan itu turut membantah perlantikan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130508/dn_11/Penyokong-Husam-adakan-demonstrasi-di-hadapan-Kota-Darulnaim#ixzz2SfqpX4JL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MB Kelantan: Tuanku tolak nama Husam


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mei 2013
MB Kelantan: Tuanku tolak nama Husam
Sultan Kelantan SultanMuhammad V (duduk, empat kanan) berkenan bergambar kenangan bersama barisan exco baru diketuai Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya.