MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, April 15, 2010

Adun Bakar Arang Kedah keluar parti


Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) Bakar Arang Kedah, Tan Wei Shu ( gambar ) hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang hanya mementingkan diri sendiri. Beliau menyatakan demikian pada satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur hari ini.
** Gambar Berita Harian

P Kamalnathan calon BN Hulu selangor


Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman dibuat olih Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis sebentar tadi. Kamalanathan 45, merupakan anak jati Rawang. Selain Kamalanathan yang disebut sebut sebelum ini ialah Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor yang juga Naib Ketua Pemuda MIC Pusat V Mugilan dan calon pilihan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu yang juga Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Dalam perkembangan lain, pilihanraya kecil Hulu Selangor dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru selain Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat terdapat dua calon bebas. Calon Barisan Nasional P Kamalanthan, PKR Datuk Zaid Ibrahim, Bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor yang sedang digantung keahlian selama setahun olih parti V. S. Chandran dan saorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah pula calon Bebas.

** Gambar Berita Harian