KUALA LUMPUR 12 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan provokasi dengan meminta rakyat menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu membuktikan Ketua Pembangkang itu kemaruk kuasa.
Penganalisis politik, Mohd. Baharudin Othman berkata, sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, beliau sepatutnya memfailkan petisyen bantahan dalam tempoh 21 hari.
"Sekiranya Anwar benar-benar tidak setuju, pergilah lakukan siasatan di setiap negeri, kumpul maklumat, buat laporan polis, kemudian failkan petisyen.
"Ini tidak, beliau telah mendahului sistem demokrasi yang diamalkan negara. Inilah yang orang kata gilakan sangat kuasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130512/po_27/Anwar-patut-fail-petisyen-bukan-buat-provokasi---Penganalisis-politik#ixzz2T4bNnZ00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.