22 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak rayuan dan mengekalkan hukuman enam bulan penjara ke atas lima penyokong parti Pas yang didapati bersalah melakukan rusuhan pada Pilihan raya Umum ke 12 (PRU12), lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebelum ini adalah bertepatan dengan kesalahan dilakukan oleh Ibrahim Ali; Ahmad Saharmi Mohd Nor; Ismail Muhamad; Muhammad Imaluddin Alis dan Md Hinuddin Din.
Terdahulu, kelima-lima mereka didapati bersalah mengadakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang bertujuan menghalang hak laluan yang sah kepada dua buah bas dan telah melakukan rusuhan di simpang masuk Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, 8 Mac 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi.
Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian iaitu pada hari membuang undi PRU12, penyokong Pas telah merusuh dengan menahan dua buah bas yang membawa orang awam.
Bas berkenaan ditahan kerana mereka mendakwa penumpang di dalam bas berkenaan adalah ‘pengundi hantu’ sempena PRU12 itu.
Bukan setakat menahannya, bas berkenaan turut dibaling batu dan kayu serta beberapa orang telah menaiki bas dan telah mengugut, merampas kad pengenalan serta bertindak memadamkan semua rakaman video kejadian tersebut melalui telefon bimbit penumpang.
Pemandu bas yang ketakutan telah membawa bas ke Balai Polis Marang untuk membuat laporan, termasuk beberapa orang penumpang yang menjadi mangsa.
Selepas dimaklumkan berhubung kejadian, Ketua Polis Negeri ketika itu, Datuk Wira Ayub telah pergi ke lokasi kejadian dan bersemuka dengan wakil perusuh iaitu Mohd Khalil Hadi (anak kepada Presiden Pas) bagi mendapatkan kembali kad pengenalan para penumpang yang dirampas sebelum ini.
Sejurus menerima kad pengenalan berkenaan, Mohd Khalil dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, beberapa penyokong parti berkenaan sekali lagi membuat rusuhan dengan anggota keselamatan gara-gara tidak berpuas hati tindakan membawa Mohd Khalil ke balai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.