MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Mei 22, 2013

Tiada portfolio baharu - MB



AHMAD Said bersalaman dengan para guru ketika hadir merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Ghazali Taib (kanan).
KUALA TERENGGANU 20 Mei - Kerajaan negeri tidak bercadang mewujudkan portfolio baharu khususnya berkaitan agama untuk disandang oleh mana-mana Exco Kerajaan Negeri walaupun didesak pelbagai pihak agar jawatan khusus itu diwujudkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa urusan berkaitan hal ehwal agama adalah di bawah Tugas-Tugas Khas yang kini disandang oleh Ghazali Taib selaku Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab.
Ghazali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil merupakan Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri.
Ahmad selanjutnya berkata, pada masa sama, hal ehwal agama Islam juga adalah di bawah bidang kuasa Sultan Terengganu selain Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
"Saya dah beritahu dulu (pada 11 Mei lalu), kita ada (portfolio agama) di bawah Tugas-Tugas Khas sebab agama diletakkan di bawah Tuanku (Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri.
"Tugas-Tugas Khas ada hubung kait lah (dengan agama), ia tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru ke-42 Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak dekat sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Zakarian Hussin.
Beliau diminta mengulas kemungkinan kerajaan negeri melakukan pengubahsuaian portfolio Exco Kerajaan Terengganu berikutan pembentukan Kabinet baharu sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari.
Pada 11 Mei lalu, Ahmad memberi jaminan bahawa pihaknya berkemungkinan akan melakukan pengubahsuaian pada portfolio berkenaan sebaik sahaja kementerian serta Kabinet baharu kerajaan mula dibentuk.
Menteri Besar seterusnya berkata, pada masa ini, pihaknya sedang dalam proses pengubahsuaian beberapa portfolio dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu berikutan pembentukan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari.
"Kita dalam proses pengubahsuaian (Exco) sebab kita tengok ada 30 kementerian (Kabinet baharu) sedangkan kita ada 10 orang Exco. Jadi ada seorang Exco terpaksa pegang dua atau tiga portfolio," ujarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.