MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mei 25, 2013

Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul


KUALA LUMPUR 24 Mei - Dua bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor menyokong tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin dan penyokong tegar parti pembangkang sejak beberapa hari lalu di bawah Akta Hasutan.
Menurut mereka, penahanan tersebut bukan merupakan tindakan keras atau crackdown yang digembar-gemburkan beberapa pemimpin serta portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider sejak semalam.
Sebaliknya Musa berkata, portal serta pemimpin pembangkang berkenaan perlu bersikap rasional serta menghormati undang-undang negara demi menjamin kestabilan masyarakat dan urusan seharian orang ramai.
"Isunya senang sahaja, apabila ada pihak didapati melanggar undang-undang, pihak polis dengan segala kuasa yang ada perlu menjalankan siasatan ke atas mereka yang terlibat demi menjaga keharmonian negara dan struktur masyarakat majmuk negara ini.
"Kalau mereka tak langgar undang-undang, pihak polis tak akan tangkap, bagi saya jangan berlindung di sebalik hak asasi kebebasan. Rakyat kita yang buat protes di Singapura juga ditahan polis republik itu jadi adakah mereka nak halang tindakan polis Singapura," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penahanan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui wartawan di Phuket semalam meminta polis tidak takut untuk bertindak ke atas pihak yang cuba mencetuskan suasana huru-hara mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, sekalipun seringkali diputarbelit pembangkang.
Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, soal crackdown seperti digembar-gembur portal propembangkang dan para pemimpin mereka langsung tidak timbul kerana polis bertanggungjawab menjaga kedaulatan undang-undang negara.
Katanya, cara pentadbiran dan tanggungjawab polis dalam sesebuah negara adalah sama dengan tanggungjawab seorang bapa mengetuai sebuah keluarga.
"Adakah apabila mereka (pembangkang) berkuasa nanti, mereka hanya akan membiarkan orang ramai membuat protes jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui satu pilihan raya yang adil?
"Ibaratnya adakah mereka akan hanya membiarkan anak- anak mereka merusuh ke jalanan dan mengamalkan budaya songsang kerana itu merupakan hak asasi individu masing-masing," katanya.

Sumber - http://ww3.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.