SEREMBAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah akan berjumpa Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini bagi menjelaskan tuduhan politik wang sehingga membawa usul pemecatannya oleh Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP), semalam. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Murugiah yang juga Ahli MT PPP, berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara itu sebaliknya akan dijelaskan ketika bertemu Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu nanti. "Kebenaran akan muncul kemudian," katanya ringkas.
MT PPP semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang. Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata pemecatan Murugiah sebagai Ahli MT akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan. Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya. Petikan Berita Harian Online 10/5 09
Ditanya mengenai kedudukan Murugiah dalam kerajaan, Kayveas berkata, jawatan beliau dalam kerajaan akan diserahkan kepada pemimpin PPP yang lain. Murugiah gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasannya mengenai tindakan memecatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.