MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, April 06, 2026

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berjaya padam kebakaran hutan gambut

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali

KEMAMAN - Seramai 60 anggota termasuk 5 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai digerakan bagi memadam kebakaran hutan gambut berdekatan Stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Chukai dan berhampiran tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Mak Chili sejak tiga hari operasi pemadaman dilakukan.
 
Kesemua mereka terlibat dalam keseluruhan operasi berkenaan yang dilakukan secara syif atau penggiliran serta pegawai agensi lain.
 
Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, kebakaran hutan seluas 13 hektar yang masuk hari ketiga berjaya dipadam 12.5 hektar dengan bantuan dan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi.

Kawasan hutan yang terbakar

Selain JBPM terdapat juga jabatan dan agensi lain yang terlibat diantaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Kemaman (PDK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), dan pihak pengurusan ECRL.

Kasyfi Syahmi berkata, operasi berkenaan bermula sejak dua hari lalu dan pada hari ketiga pihaknya berjaya melakukan oeprasi pemadaman seluas kira-kira 12.5 hektar. 

“Pada hari ketiga kini pihaknya memberi fokus pemadaman kira-kira 0.5 hektar baki hutan yang terbakar, katanya ketika ditemui wartawan di tempat kejadian hari ini.



“Sehingga ke hari ini, baki yang kita padamkan pada hari ini adalah 0.5 hektar dan kita cuba sedaya upaya untuk memadam kebakaran secara keseluruhan pada hari ini. Faktor risiko ataupun faktor kesukaran pemadaman di kawasan api terbuka ini yang pertama adalah kelajuan tiupan angin dan kedua perubahan angin yang tidak menentu.

Menurutnya, sepanjang operasi pemadaman itu pihaknya berdepan dengan dua faktor iaitu kelajuan tiupan angin di kawasan lokasi dan berlaku perubahan angin tidak menentu.

Situasi itu menyebabkan fokus operasi pemadaman terganggu ekoran kebakaran berlaku secara bertompok-tompok menyebabkan operasi itu dilakukan mengikut sektor.

PAM AIR Jabatan Parit dan Saliran (JPS) turut digunakan bagi menyalur air dari parit berhampiran ke tempat pemadamam kebakaran 

Kasyfi Syahmi berkata, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) turut memasang pam air tambahan bagi memindahkan air dari anak sungai berhampiran ke lokasi kebakaran untuk operasi pemadaman.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membantu menerbangkan dron di lokasi kebakaran bagi membantu melakukan usaha pemadaman secara lebih berfokus.

Ujarnya, kebakaran itu turut menyebabkan kira-kira satu kilometer kawasan kampung berhampiran diselaputi asap tebal yang dibawa angin kuat dari lokasi.

Menurut Kasyfi Syahmi, pihaknya turut menggunakan khidmat dua buah jentera berat (Jengkaut) dari Pejabat Daerah Kemaman bagi membantu usaha pemadaman.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan berlakunya kebakaran belukar hutan atau belukar.

Habis