MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Julai 20, 2013

Husam tarik balik saman Kickdefella

Kuantan: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam menarik balik saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan terhadap penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella dua tahun lalu. 

Husam yang tidak hadir pada prosiding diwakili peguam Ahmad Mustaqim Zaki manakala Syed Azidi diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos. 


Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, memutuskan dalam kamar supaya Husam membayar kos RM40,000 kepada Syed Azidi kerana tindakan itu. 

Tidak beri sebarang alasan 

Sementara itu, Jahaberdeen yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman itu. 

Katanya, plaintif datang ke mahkamah semalam untuk menarik semula kes dengan kebebasan untuk memfailkan semula. 

“Mereka juga minta tidak ada kos. Jadi saya bantah, saya kata tidak boleh sebab kes telah berjalan sampai tiga saksi dipanggil. Saya kata kalau hendak tarik boleh, tapi dengan tidak boleh failkan semula. 


“Yang kedua kami minta kos RM40,000 kepada defendan dan mahkamah membenarkan permohonan kami. Mahkamah juga membenarkan permohonan kami supaya kes tersebut tidak boleh failkan semula,” katanya.

Pada 19 September 2011, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi RM5 juta berikutan penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif. 

Artikel itu bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.