KEMAMAN 17 Januari 2016 – Menyusul
Sungai Kemasik terdapat banyak tempat menarik yang boleh dijadikan pusat
pelancongan yang menarik minat pelancong ke kawasan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Kg. Gong Chengal, Haji Mustafa Abdul Rahman berkata, keindahan
dan kebersihan Sungai Kemasik perlu dijaga sepanjang masa dan berpotensi
dijadikan pusat pelancongan yang menarik.
Antara projek yang bakal dibangunkan
seperti Restoran Terapung, Pusat Penyelidikan dan Penetasan Tuntung dan Chalet
bagi menarik minat orang ramai dari dalam dan luar negara mengunjung tempat
tersebut.
Mustafa berkata, minggu lepas beliau berkesempatan
mengunjung Negara Thailand dan melihat beberapa tempat yang menarik yang boleh
dikongsi dan dibangunkan di Kemasik.
Melihat senario orang ramai yang suka
bersantai bersama keluarga ditempat terbuka seperti warung dan café, JKKK Kg.
Gong Chengal bercadang membina sebuah Restoran Terapung yang menjual pelbagai
makanan panas seperti Ikan Bakar, Ikan Celup Tepung, Kerepok Lekor, Tomyam dan
Makanan Barat, katanya melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi whatsapp.
“Selain itu, kita juga bercadang membina Pusat
Penyelidikan dan Penetasan Tuntung di perairan Sungai Kemasik memandang terdapat beberapa ekor tuntung yang sering mendarat di kawasan tersebut.”
“Selain Tuntung, kita juga bercadang
menjadikan Sungai Kemasik sebagai tempat Pertenakan Ketam Nipah yang semakin
tinggi permintaan dari masa ke semasa.”
“Kita juga akan membangunkan beberapa buah
Chalet bagi kemudahan pelancong menikmati suasana dan keindahan Sungai Kemasik.
Kita juga ada menyediakan perkhidmatan bot sewa bagi kemudahan pelancong menyusul
Sungai Kemasik.”
Kita telah mengenalpasti tempat tempat ini
dan perbincangan dengan pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah
Kemaman telah diadakan,katanya.
Mustafa berkata, dengan terlaksana program
ini ia akan menambah pendapatan remaja Kg Gong Chengal dan sekali gus mengelak
remaja berpeleseran tanpa arah tuju.
Baru baru ini penulis bersama rombongan
dari JPS sempat merakam gambar keindahan Sungai Kemasik.
|
Cadangan Restoran Terapung |
|
Cadangan Restoran Terapung |
|
Cadangan Restoran Terapung |
|
Pusat Internet 1Malaysia |
|
Pusat Internet 1Malaysia |
|
Kebakaran kecil di Pusat Internet 1Malaysia |
|
Buah Nipah |
|
Buah Nipah |
|
Memetik Buah Nipah |
|
Jeti Sungai Kemasik, Gong Chengal |
|
Jeti Sungai Kemasik, Gong Chengal |
|
Jeti Sungai Kemasik, Gong Chengal |
|
Pusat Pendaratan Tuntung |
|
Pusat Pendaratan Tuntung |
|
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal |
|
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal |
|
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal |
|
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal |
|
Rombongan JPS dan JKKK Kg Gong Chengal |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.