MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Februari 22, 2018

Dua bot bersama 12 nelayan Vietnam ditahan


Seramai 12 orang nelayan Vietnam yang ditahan kelmarin berada di jeti Pengkalan Maritim Kemaman sebelum dibawah ke mahkmah bagi nendapatkan perintah tahanan reman, hari ini. - UTUSAN ONLINE

22 Februari 2018 5:02 PM

KEMAMAN 22 Feb. - Walaupun berdepan risiko kehilangan bot dan dipenjarakan, nelayan asing masih terus memperjudikan nasib mereka dengan menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut.

Petang kelmarin, dua lagi bot Vietnam dengan 12 nelayan yang sedang leka menangkap ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kira-kira 105 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Timbalan Pengarah Daerah Maritim 9 (Operasi) Kuala Terengganu, Komander Maritim Simon Templer Lo berkata, kedua-dua bot berkenaan dikesan oleh pesawat Maritim ketika membuat pemantauan dari udara sebelum memaklumkan kepada Pusat Operasi (PUSOP) Wilayah Maritim Timur.

"Kapal peronda yang sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran lokasi digerakkan, dan berjaya menahan kedua-dua buah bot tersebut," katanya pada sidang akhbar di Pengkalan Maritim Malaysia, Teluk Kalong, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Operasi Pengkalan Maritim Kemaman, Left. Mohd. Suhaimi Abdul Rahman.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati semua awak-awak dan tekong bot tersebut berumur antara 18 hingga 47 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Simon berkata, ini merupakan tangkapan yang 14 bagi tahun ini dengan nilai rampasan di dianggarkan RM300,000.

"Kita mendapat perintah tahanan reman selama 14 hari dan kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959, katanya. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.