MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Februari 15, 2018

Pengedar dadah ditahan di Lubuk Lesung

KETUA Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim menunjukkan kereta yang dipandu suspek terbabas merempuh tebing jalan setelah menghimpit kereta peronda polis yang mengejarnya sejauh kira-kira 30 kilometer. - UTUSAN ONLINE

15 Februari 2018 7:48 PM

KEMAMAN 15 Feb.- Polis menahan seorang pengedar dadah setelah kereta yang dipandunya berjaya dipintas dalam cubaan melarikan diri di Kilometer 31.8, Jalan Jabor-Jerangau berhampiran Kampung Lubuk Lesung dekat sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek berusia 49 tahun itu cedera di bahagian kepala selepas kereta dipandu terbabas merempuh tebing jalan setelah menghimpit kereta peronda polis yang mengejarnya sejauh kira-kira 30 kilometer.

Beliau memberitahu, dalam kejadian pada pukul 1.30 petang, suspek dikatakan dalam perjalanan ke Rompin Pahang memasarkan dadah jenis pil kuda, syabu dan heroin bernilai bernilai hampir RM5,000 yang ditemukan dalam kenderaan.

Sebuah kereta peronda yang sedang melakukan rondaan Ops Selamat 12 telah terserempak dengan kereta Audi A3 dipercayai klon dipandu secara mencurigakan di susur keluar Plaza Tol Jabor dekat sini.

Beliau berkata, kereta di pandu suspek kemudiannya telah memasuki Jalan Jabor-Jerangau dekat sini namun enggan menghentikan kenderaannya apabila diarahkan berbuat demikian.

“Dia sebaliknya memecut dan dikejar selama lebih setengah jam sebelum bertindak nekad menghimpit kereta peronda sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas,” ujarnya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengedar-dadah-ditahan-di-lubuk-lesung-1.610061#ixzz57B6farQQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.