MUKHATAR A. RAHMAN
08 Mac 2018 7:23 PM
KEMAMAN - Seorang
pelajar tingkatan tiga disahkan hamil tiga minggu mendakwa dia dirogol oleh
seorang kenalan lelakinya.
Difahamkan, mangsa
berusia 15 tahun yang masih bersekolah itu mengadu tidak sihat kepada ibunya
sebelum dibawa ke Hospital Kemaman di sini untuk pemeriksaan kira-kira pukul
12.30 tengah malam kelmarin sebelum disahkan mengandung.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa pada mulanya mengadu tidak sihat termasuk mengalami muntah serta tidak berselera untuk makan.
“Ibu remaja terbabit
yang bimbang dengan keadaan anaknya itu kemudiannya membawa mangsa membuat
pemeriksaan di hospital sebelum doktor mengesahkan pelajar itu sudah hamil tiga
minggu.
“Terkejut dengan kejadian
yang berlaku, ibu mangsa telah hadir membuat laporan di Balai Polis Chukai pada
hari yang sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Susulan laporan yang
diterima, Mohd. Said berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan sebelum membawa
kepada penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Katanya, siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - K! ONLINE
http://www.kosmo.com.my/terkini/pelajar-tingkatan-tiga-hamil-dakwa-dirogol-kenalan-lelaki-1.623408
Katanya, siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.