Enam
pasar raya dikenakan kompuan
Pegawai penguat kuasa menunjuk antara barangan yang disita kerana
melanggar peraturan di bawah Akta Makanan 1983 dalam Ops Raya di Kemaman,
semalam. - UTUSAN ONLINE
12 Jun
2018 6:01 PM
KEMAMAN
12 Jun - Empat buah pasar raya di daerah ini dikenakan kompaun kerana didapati
melakukan pelbagai kesalahan berkaitan penjualan bahan makanan dalam 'Ops
Raya', semalam.
Operasi
dianjurkan bersama Jabatan Kesihatan Awam dan Kesihatan Alam Sekitar Majlis
Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan 30 orang anggota
penguat kuasa.
Pegawai
Kesihatan Daerah, Dr. Mohd Anuar Abd Rahman berkata, operasi bertujuan
memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat dan tiada
aspek penipuan.
Hasil
pemeriksaan, sebanyak 350 daripada 531 item makanan yang diperiksa, didapati
tamat tarikh luput, 28 lagi melibatkan bungkusan yang kemek dan berkarat, 23
makanan rosak dan satu kesalahan pelabelan.
"Ada
barangan makanan yang telah tamat tempoh pada tahun lepas lagi masih dijual,
kebanyakannya adalah barangan keperluan harian pengguna antaranya beras
ketupat, pasta sejuk beku, produk tenusu, kuih bahulu dan minuman bertenaga.
“Selain
itu terdapat keperluan barangan asas seperti buah buahan dan sayuran yang
dijual bercampur dengan produk yang telah rosak, berbau dan berkulat di samping
rak pameran jualan yang tidak bersih," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/enam-pasar-raya-dikenakan-kompuan-1.690358#ixzz5KUdLtS8A
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.