SEBAHAGIAN
daripada warga HIBS yang menyertai gotong -royong bersihkan pantai di Kemaman
baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE
28 Jun 2018 3:53 PM
KEMAMAN 28 Jun - Penyu, haiwan yang suatu ketika dulu cukup
sinonim dengan pengenalan negeri ini namun ia semakin berdepan dengan kepupusan
dan semakin jarang pula disebut kini.
Sempena Hari Penyu Sedunia baru-baru ini yang tidak begitu
disedari umum, sebuah sekolah menengah swasta, Highlands International Boarding
School (HIBS), Genting Highlands turut menyahut seruan ke arah
meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar dan pemuliharaan haiwan itu.
Dicetuskan oleh Jabatan Bahasa HIBS yang diketuai Indra Arumugam,
usaha yang menarik penglibatan 40 pelajar dari pelbagai negara itu dijayakan
bersama Generasi Hijau Genting (G3) di Resorts World Kijal (RWK).
Program turut dihadiri Naib Presiden Perhubungan Korporat dan
Komunikasi Genting Malaysia Bhd. (GMB), Datuk Seri Kay Prakash dan Pengurus
Besar RWK, Julia Ter Siew Wha.
Program yang ditaja oleh GMB di bawah tanggungjawab sosial
korporatnya diisi dengan ceramah kesedaran di Santuari Penyu Ma’ Daerah dan
penanaman telur di pantai RWK di samping gotong-royong membersihkan
persekitaran pantai.
“Kegiatan dirangka dalam bentuk yang menggembirakan pelajar
walaupun bersifat mendidik, mereka juga didedahkan dengan usaha yang dilakukan
oleh G3 bagi mengawal dan mengekalkan persekitaran dan hidupan yang mempunyai
kaitan dengan corak perniagaan syarikat.
“Kami berbangga dan gembira untuk bersama dengan HIBS untuk
mendidik pelajarnya tentang koservasi penyu,” ujarnya Kay Praksah dalam satu
kenyataan hari ini -UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hibs-g3-jayakan-program-apresiasi-penyu-1.698468#ixzz5Kipi6zrF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.