KEMAMAN:
Kenaikan harga bahan mentah bukan satu alasan untuk peniaga lemang di Kijal
dekat sini menaikkan harga sesuka hati sehingga membebankan pelanggan.
Peniaga,
Rabiah Ismail, 59, berkata, kenaikan harga adalah perkara biasa bergantung
kepada harga bahan seperti santan, beras pulut, kayu api, daun pisang dan
buluh.
“Kami
peniaga lemang terpaksa menaikan harga tetapi bukanlah sampai mencekek
darah pelanggan.
“Kami
juga faham masalah ekonomi hari ini. Ada pekerja yang berpendapatan rendah dan
ada yang berpendapatan tinggi,” katanya ketika ditemui Suara Timur, hari ini.
“Rata-rata
peniaga lemang di sini menaikkan harga tidak terlalu tinggi dan tindakan itu
terpaksa dilakukan bagi mengelak kerugian,’ katanya.
“Harga
satu kilogram (kg) santan mencecah hingga RM16 berbanding sebelumnya yang hanya
RM13. Setiap peniaga membeli santan sebanyak 10 kg sehari.
“Disebabkan
kesukaran mendapat bekalan dari pembekal di Terengganu, kami terpaksa mendapat
bekalan dari Pahang walaupun harganya agak tinggi,” ujarnya.
Beliau
mula menjual lemang ketika berusia 24 tahun di Kampong Kijal sebelum berpindah
di Gerai Lemang Kijal Jalan Pintasan Teluk Kalong, Kijal berhadapan dengan
stesen minyak Shell sejak 20 tahun lalu.
Kepada
mereka yang ingin menempah untuk hari raya boleh hubungi melalui WhatsApp atau
telefon Rabiah di nombor telefon 014-8065674. – Suara Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.