Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Arena Square dan Padang Astaka Kemaman di sini bermula 19 hingga 21 Jun ini.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPENIN) Negeri Terengganu, Mohd Rosli Alias berkata, berdasarkan sambutan yang diterima Majlis Bicara Perpaduan yang dijayakan dua ahli penel jemputan, semalam lebih 1,000 menjayakannya.
Menurutnya, antara objektif program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum mengenai pentingnya perpaduan megara integrasi nasional yang perlu dipelihara ke arah membentuk sebuah negara yang harmoni, sejahtera dan stabil.
Selain itu, katanya, program tersebut juga dapat menyemarakkan semangat patriotik, taat setia dan rasa cinta terhadap negara melalui penhayatan perlembagaan persekutuan dan rukun negara bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab dan berintegriti.
“Apa yang saya nak tekankan di sini adalah pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kita mempamerkan pameran rumah pelbagai kaum, kita ada masyarakat Melayu, masyarakat Cina, India, kita ada oreang Asli dan kita ada masyarakat Sabah dan Sarawak.
“Ada tujuh rumah yang kita bawa merangkumi pelbagai adat resam dari segi pakaian, kebudayaan, alat muzik dan sebagainya.
“Jadi kita harap pengunjung dapat berpeluang untuk dua hari ini untuk mengambil kesempatan untk melihat rumah pelbagai kaum,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Rumah Perpaduan di Arena Square Chukai di sini hari ini.
Menurut Mohd Rosli, melalui program itu juga, ianya dapat menyedia ruang, peluang dan suasana yang dapat merangsang masyarakat berintegrasi melalui program dan aktiviti yang dijalankan.
Katanya, antara pengisian program itu ialah membabitkan tiga elemen iaitu meliputi Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.
“Antara aktiviti Semarak Kenegaraan ialah Bicara Perpaduan, Pameran Rukun Negara, Pameran Wajah-Wajah Perpaduan, Tayangan Patriotik dan Karektor Perpaduan.
“Aktiviti di bawah Semarak Perpaduan antaranya ialah Pameran Rumah Kami, pameran Rerual Agensi, Demonstrasi Makanan dan Masakan Tradisional Terengganu dan jualan produk,” tambahnya.
Selain itu turut diadakan pertandingan membaca cerita pendek, melukis, mewarna, busana perpaduan kepelbagaian kaum, sukan rakyat, e-sport, lagu-lagu rakyat, tarian kebudayaan, kugiran, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesedaran dan pelbagai lagi.
Menurut Mohd Rosli, di bawah Komuniti Rahmah, pelbagai aktiviti diadakan seperti jualan produyk Ekonomi Rukun Tetangga, Jualan Rahmah, ‘Food Truck’ dan cabutan bertuah.
“Satu keunikan yang diperkenalkan pada program kali ini ialah gerai-gerai yang mempamerkan keunikan rumah-rumah pelbagai kaum termasuk Sabah, Sarawak dan Siam,” ujarnya. – Suara Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.