Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali |
Kesemua mereka terlibat dalam keseluruhan operasi berkenaan yang dilakukan secara syif atau penggiliran serta pegawai agensi lain.
Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, kebakaran hutan seluas 13 hektar yang masuk hari ketiga berjaya dipadam 12.5 hektar dengan bantuan dan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi.
| Kawasan hutan yang terbakar |
Selain
JBPM terdapat juga jabatan dan
agensi lain yang terlibat diantaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Kemaman (PDK),
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran
Kemaman (MPK), dan pihak pengurusan ECRL.
Kasyfi Syahmi berkata, operasi berkenaan bermula sejak dua hari lalu dan pada hari ketiga pihaknya berjaya melakukan oeprasi pemadaman seluas kira-kira 12.5 hektar.
“Pada hari ketiga kini pihaknya memberi fokus pemadaman kira-kira 0.5 hektar baki hutan yang terbakar, katanya ketika ditemui wartawan di tempat kejadian hari ini.
“Sehingga
ke hari ini, baki yang kita padamkan pada hari ini adalah 0.5 hektar dan kita
cuba sedaya upaya untuk memadam kebakaran secara keseluruhan pada hari ini. Faktor
risiko ataupun faktor kesukaran pemadaman di kawasan api terbuka ini yang
pertama adalah kelajuan tiupan angin dan kedua perubahan angin yang tidak
menentu.
Menurutnya, sepanjang operasi pemadaman itu pihaknya berdepan dengan dua faktor iaitu kelajuan tiupan angin di kawasan lokasi dan berlaku perubahan angin tidak menentu.
Situasi itu menyebabkan fokus operasi pemadaman terganggu ekoran kebakaran berlaku secara bertompok-tompok menyebabkan operasi itu dilakukan mengikut sektor.
PAM AIR Jabatan Parit dan Saliran (JPS) turut digunakan bagi menyalur air dari parit berhampiran ke tempat pemadamam kebakaran |
Kasyfi
Syahmi berkata, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) turut memasang pam air tambahan
bagi memindahkan air dari anak sungai berhampiran ke lokasi kebakaran untuk
operasi pemadaman.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membantu menerbangkan dron di lokasi kebakaran bagi membantu melakukan usaha pemadaman secara lebih berfokus.
Ujarnya, kebakaran itu turut menyebabkan kira-kira satu kilometer kawasan kampung berhampiran diselaputi asap tebal yang dibawa angin kuat dari lokasi.
Menurut Kasyfi Syahmi, pihaknya turut menggunakan khidmat dua buah jentera berat (Jengkaut) dari Pejabat Daerah Kemaman bagi membantu usaha pemadaman.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan berlakunya kebakaran belukar hutan atau belukar.
Habis

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.