MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Julai 20, 2011

Anggota FRU bertindak ikut prosedur: Bekas komander

KUALA LUMPUR: Jika dakwaan bahawa anggota polis terutama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

Supt (B) Sulaiman Menga Din berkata, anggota FRU dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci tidak melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan.

"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terbabit dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," katanya.

Sulaiman berkata, semasa perhimpunan 9 Julai itu, pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.

Lagi berita klik disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.