Cukup cukuplah merayu meraih simpati dari pelbagai pihak agar anda yang berjawatan Exco pemuda UMNO peroleh itu ini dari semua pihak yang ada dalam UMNO di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Razak.
Udah udah lah wahai Tun Faizal dengan segala lakonan rintihan yang penuh kepura puraan itu. Semua orang sudah tahu bahawa UMB dibawah kelolaan kamu telah GAGAL dan tidak mampu untuk memberikan impak kepada Barisan Nasional.
Gomo akui memang mempunyai masaalah peribadi dengan Tun faizal ini. Bukan lah masaalah Buah pele Gomo dicabul oleh Tun Faizal ataupun Gomo mencabul buah pele nya namun ini soal perjuangan yang masing masing laksanakan demi kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 dan seterusnya.
Sebelum ini pertelagahan antara Papa Gomo dan angkatan Blogger yang lain terhadap Tun faizal begitu hebat sejurus PRK Kerdau yang mana Gomo dan beberapa rakan Blogger lain ada meluahkan nya di dalam Blogg kami masing masing. Hebat pertelagahan itu sehinggakan membawa ke PRN Sarawak.
Selepas PRN Sarawak pertelagahan diantara kami Blogger Blogger yang terawal dalam media pertempuran seperti Papa Gomo, GAP, Parpu Kari, Medan Info, RBF, Keris Putra, Darul Ehsan Today, dan ramai lagi ke atas Tun Faizal reda sedikit barangkali kerana Fokus isu utama iaitu serangan ke atas Pakatan Pembangkang.
Namun pada satu ketika Papa Gomo dan Tun Faizal bertelagah sekali lagi di dalam Tweeter yang mana follower masing masing mengetahui apa yang berlaku walaupun banyak yang masih terpendam di antara satu sama lain.
Akibat dari pertelagahan tersebut satu perjumpaan diadakan yang mana Dato Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda UMNO menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut Blogger Pro Kerajaan. Bertempat di Restoran Kayu Nasi kandar Papa Gomo dan rakan blogger lain hadir dan turut sama Tun faizal.
Rakan rakan Blogger lain meletakkan Papa Gomo sebagai kepala dalam mewakili Blogger menyelesaikan isu yang terpendam dalam hati kami masing masing.Waktu itu Dato Razali Ibrahim menjadi orang tengah diantara Papa Gomo, Tun Faizal yang mana turut serta perantara rakan Tweeter Ned Mohd.
Lebih kurang sejam juga Papa Gomo dan Tun Faizal berdebat dengan pelbagai isu Blogger yang tidak perlu lah diperjelaskan di sini dan di akhir keputusan yang disaksikan Dato Razali Ibrahim dan rakan Tweeter Ned Mohd Papa Gomo dan Tun Faizal bersetuju untuk tidak mencampuri urusan masing masing dan juga tidak menyerang satu sama lain.
Hasil meja rundingan tersebut Gomo maklumkan kepada rakan rakan Blogger lain yang hadir malam itu dan keputusannya semua yang ada bersetuju dengan apa yang telah di nyatakan.
Kami para Blogger Blogger bukan dibawah UMB yang dipengerusikan Tun Faizal dan Tun Faizal haruslah menjelaskan kepada pihak pihak tertentu bahawa kami bukan dibawah beliau. Beliau juga diminta untuk tidak mencampuri urusan kami dan kami juga tidak akan mencampuri urusan beliau bersama UMB.
Antara Papa Gomo dan Tun Faizal pula kami berdua bersetuju untuk menghentikan pertelagahan dan bersetuju tidak Balun membalun antara satu sama lain.
Itu yang berlaku pada satu tarikh di Restoran Kayu Nasi Kandar yang di sakiskan Blogger Blogger yang ada pada malam itu. Dato Razali Ibrahim yang menjadi orang tengah pada malam itu berpuas hati dengan hasil keputusan diantara kedua dua pihak.
Sehinggalah tadi Gomo tidak membalun ataupun membuat apa apa isu ke atas Tun Faizal pengerusi UMB ini namun malam ini segala galanya akan diluahkan apabila Perjanjian yang dimeterai telah dicabuli oleh Tun Faizal pengerusi Unit Media Baru.
Tun Faizal telah bertindak PONDAN bila beliau yang merupakan Pegawai Khas kepada Dato Seri Hisyamuddin Menteri Di Kementerian Dalam Negeri telah mengadu kepada Supol Dato Markiman bahawa Papa Gomo telah membalun Bossnya iaitu Dato Seri Hisyamuddin dalam lama Tweeter.
Tun Faizal telah bertindak melampaui batas apabila mengaitkan Papa Gomo dengan ketua Bahagian UMNO yang Gomo ahlinya dengan pelbagai kata kata yang tidak sewajarnya beliau nyatakan dan Fitnah.
Papa Gomo juga diminta untuk disingkirkan ataupun dengan lebih mudah lagi Papa Gomo tidak bernilai kepada membantu Kerajaan Barisan Nasional dalam mencapai hasrat kerajaan menang perang di Media baru.
Ada beberapa pekara lain yang tidak dapat di sebutkan disini atas soal soal KERAHSIAN.
Dengan apa yang beliau Tun Faizal lakukan jelas telah mencabuli pelan Damai diantara kami berdua yang disaksikan Dato Razali Ibrahim dan rakan Tweeter Ned Mohd.
Kenapa Tun Faizal bertindak persis PONDAN? Gomo akan ceritakan esok kenapa beliau yang sepatutnya berpegang pada pelan damai telah mencabuli pelan tersebut dan bertindak keterlaluan dengan cuba menjatuhkan kreabiliti Papa Gomo yang hanya seorang blogger nyamuk.
Papa Gomo hanyalah Blogger dan bukan pemimpin Politik, Papa Gomo tidak tahu Projek itu ini melainkan terus berjuang dengan Blogg, Facebook dan Tweeter yang ada didepan mata.Kalau di beri pada Gomo projek bina jambatan pun akan Runtuh, bagi buat bangunan pun akan Runtuh dan itulah kami yang sebenarnya para Blogger Pro BN. Kami bukan kaki Jilat dan kami bukan kaki Yes Sir tetapi kami adalah Blogger tak bertuan yang hanya cintakan Tanah Air dan memastikan UMNO terus menguasai Kerajaan Malaysia.
Bersambung esok.........
Petikan Papa Gomo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.