MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Mei 08, 2013

Bekas MB Kedah kritikal di HPP


Bekas MB Kedah kritikal di HPP
AHLI keluarga dan rakan-rakan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memenuhi pintu masuk Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP). - Foto/Danial Saad
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal di Wad Rawatan Rapi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan komplikasi diabetes. 

Azizan dilaporkan berada dalam keadaan koma, namun masih menunjukkan tanda-tanda positif ketika dirawat. 

Bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohamad Helmy Khalid ketika dihubungi mengesahkan laporan, namun tidak mengetahui secara terperinci keadaan bekas menteri besar itu. 


"Azizan dimasukkan ke HPP malam tadi dan menerima rawatan sehingga sekarang," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di Pusat Perubatan Kedah (KMC) sejak pagi Isnin lalu.

Helmy turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.

Dalam pada itu, Bekas Setiausaha Politik Azizan, dalam laman facebooknya memberi tahu bahawa berita kematian itu tidak benar dan Azizan kini sedang dirawat di HPP. 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.