Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin.
24 jam meninggal
Siasatan awal mendapati mangsa ditemui 200 meter dari rumahnya, meninggal dunia kurang 24 jam ketika mayatnya ditemui. Tiada kecederaan lain pada badannya kecuali di kemaluan, katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamad berkata, polis sudah menahan dua lelaki dari Sabah yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian mangsa bagi membantu siasatan.
Penganggur berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan jam 6 pagi semalam dan mereka direman selama tujuh hari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Acha Kusain, 42, berkata Nur Amyliana Shuhada yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan sangat peramah.
Keluar bermain
Kelmarin, Nur Amyliana Shuhada keluar bermain tetapi tidak dapat masuk ke rumah kerana kunci dibawa kakak sulungnya. Kali terakhir kami melihatnya kira-kira jam 12 tengah hari.
Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lalu kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja.
Arwah pernah menasihati saya supaya tidak sedih kerana dia akan pergi dulu. Tidak disangka, ia menjadi kenyataan, katanya ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Sumber http://www.bharian.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.