09 Januari 2018 5:35 PM
KEMAMAN 9 Jan. - Bahu jalan Jerangau - Jabor berhampiran kawasan
penempatan Taman Sri Perasing, Perasing Jaya kini turut dijadikan kawasan
pembuangan sampah sarap yang dipercayai sisa kerja-kerja industri dari kawasan
Gebeng, Kuantan.
|
MUSA
|
Sikap tidak bertanggungjawab yang memberi gambaran menjelekkan
ini mula menimbulkan keresahan penduduk setempat, dan mereka berharap pihak
berkuasa tidak membiarkan keadaan ini berterusan.
Mereka menggesa langkah segera diambil dengan bertindak tegas
terhadap pihak yang terbabit untuk dijadikan pengajaran agar tidak mengambil
langkah mudah membuang sampah sarap sewenang-wenangnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Perasing Jaya, Musa Mohd Amin, 56, berkata, timbunan sampah sarap terutama sisa
kayu dan tanah dapat dilihat di bahu jalan dari Kawasan Perindustrian Gebeng
menuju Felda Neram Satu berhadapan Taman Sri Perasing, dekat sini sejak
kebelakangan ini.
Katanya, laluan itu merupakan laluan utama bagi penduduk
beberapa buah kampung termasuk kampung Seratus, Tengah, Padang Lalang, Felda
Neram 1 dan Perasing Jaya ke kawasan perindustrian Gebeng dan Kuantan setiap
hari.
"Memandangkan sekarang masih lagi musim hujan, perbuatan
membuang sampah di bahu jalan ini bukan sahaja menyakitkan pandangan dan
mencemarkan persekitaran, malah dengan air bertakung, mudah membiakkan nyamuk.
"Sepatutnya mereka membuang sampah tersebut di tempat
pelupusan sampah yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan yang tak
berapa jauh dari kawasan perindustrian itu," ujarnya hari ini. - UTUSAN
ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.