Pelajar bidang teknologi
kimplan menunjukkan teknik kimpalan dalam majlis perasmian Hari Terbuka Kolej
Vokasional Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE
13 Mac 2018
6:03 PM
KEMAMAN
13 Mac - Kolej Vokasional Kemaman (KVK) menganjurkan Hari Terbuka KVK hari ini
bagi mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat dan mempromosi bidang-bidang
pengajian yang ditawarkan kepada umum dengan lebih meluas.
Pengarah
program, Norshazlina Razali berkata, program selama dua hari yang digerakkan
oleh kumpulan pelajar Tahun 2 Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran dengan
kerjasama Unit Sukan KVK itu juga sebahagian daripada projek tahun akhir
mereka.
“Program
ini sebahagian daripada projek tahun akhir dan juga untuk memenuhi syarat
keperluan kursus yang dipelajari,” katanya ketika ditemui selepas majlis
perasmian yang disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd
Nazri Razali.
Sebanyak
14 pameran dan demonstrasi berkait dengan bidang pengajian diadakan
termasukTeknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Pemesinan Industri,
Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman
Udara.
“Juga
Teknologi Pembinaan, Seni Kulinari, Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan
Pentadbiran. Selain itu terdapat juga pameran oleh pelbagai jabatan dan agensi
termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM),” ujarnya.
Menurutnya,
program turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, aktiviti jualan di
samping pemeriksaan kesihatan percuma, senamrobik dan Cabaran Larian KVK
2.0. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.