Ir.
ROSLI (tiga dari kiri) sewaktu meninjau aktiviti jualan Pasar Jalinan Sentuhan
Rakyat di pekarangan pejabat Pesama, Kemaman semalam. menunjukkan ikan yang
dijual di PJSR Pesama tengah hari tadi.
12 Mac
2018 2:46 PM
KEMAMAN 11 Mac. - Sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) negeri,
Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (Pesama) mengambil inisiatif sendiri
dengan turut mengadakan Pasar Jalinan Sentuhan Rakyat bagi keperluan 250
orang pekerja dan keluarga mereka di sini semalam.
Program sebegini yang pertama oleh GLC digerakkan di bawah
pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pesama kepada seluruh kakitangan
pekerja yang sentiasa berusaha kearah kemajuan syarikat.
Pengerusi Lembaga Pengarahnya. I r. Rosli Othman, ketika
merasmikan program itu di pekarangan pejabat Pesama di Kawasan Perindustrian
Jakar berkata, program itu dibawakan khusus kepada kakitangan sebagai suatu
bentuk penghargaan buat mereka.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur Kemudahan
Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri memberitahu, pelbagai jenis barangan
keperluan harian ditawarkan dengan harga lebih rendah antara 25 hingga lebih 30
peratus berbanding harga semasa di pasaran.
"Ini termasuk beras, gula, minyak masak dan ayam dan
hasil laut," ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai
Eksekutif Golden Pharos Berhad, Datuk Nadza Abdul; Pemangku Pengurus
Besar Pesama, Mohd Shamsol Mohd Shafie dan Ahli Lembaga Pengarah, Rosli Ahmad.
Sementara itu, salah seorang pekerja Mamat Daud, 49, ketika
ditemui mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Pesama kerana menganjurkan
pasar ini dan berharap dapat dijadikan program rutin saban bulan.
"Hari ini saya mengambil peluang membelanjakan sebanyak
RM200 membeli barangan kelengkapan dapur dengan peluang yang dapat menjimatkan
perbelanjaan,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.