MENTERI
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah)
melakukan tinjauan persiapan sempena Karnival Usahawanita 2018 dan Road To MAHA
2018 @ Zon Pantai Timur di Pantai Kuala Kerteh di sini hari ini. - UTUSAN
ONLINE/ FARID JANUDIN
03 April
2018 8:17 PM
KEMAMAN
3 April - Cadangan Pakatan Harapan untuk menghentikan Projek Laluan Rel Pantai
Timur (ECRL) sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagaikan
cuba `membunuh harapan’ penduduk pantai Timur yang inginkan kemudahan
pengangkutan lebih baik dan meluas.
Ahli
Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kenyataan
oleh Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad
dibuat tanpa mempedulikan hasrat masyarakat di negeri-negeri yang ternyata sukar
untuk dipengaruhi.
Beliau
yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, penduduk di wilayah
ini telah sekian lama menantikan satu sistem pengangkutan kereta api yang
efisien seperti di pantai Barat bagi keselesaan selain merancakkan lagi pembangunan
dan peningkatan ekonomi setempat.
“Jika
dahulu ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, nak buat
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), nak buat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), nak buat Jambatan Pulau Pinang, ada sahaja pembangkang menentang
malah sanggup membawa ke mahkamah.
“Tetapi
sekarang dia juga seolah-olah pembangkang tegar seperti pembangkang lain.
Apabila ada sahaja projek untuk kemudahan rakyat yang akan dibuat oleh
kerajaan, Tun Dr. Mahathir akan bangkang,” ujarnya.
Ahmad
Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Karnival
Usahawanita 2018 di Kuala Kerteh di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan
Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Mohd Sallehhuddin Hassan.
Beliau
mengulas dakwaan Dr. Mahathir bahawa projek bernilai RM55 bilion itu merupakan
satu pembaziran kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat.
Katanya,
ECRL yang bakal merubah keseluruhan lanskap ekonomi dan pembangunan pantai
Timur yang masih banyak ketinggalan berbanding pantai Barat dan Lembah Klang.
Menurut
Ahmad Shabery dakwaan bahawa projek ECRL akan menyebabkan pembaziran boleh
dipersoalkan memandangkan banyak projek mega yang dijalankan pada zaman Dr.
Mahathir yang turut menelan kos berbilion ringgit setiap satu ketika itu tetapi
semuanya dimanfaatkan kini. -UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-bunuh-harapan-rakyat-1.640993#ixzz5Bc6TKBug
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.