AHMAD
SHABERY berbincang sesuatu bersama usahawan wanita ketika meninjau persiapan
sempena Karnival Usahawanita 2018 dan Road To MAHA 2018 @ Zon Pantai Timur di
Pantai Kuala Kerteh, Kemaman hari ini. - UTUSAN ONLINE
03 April 2018 4:49 PM
KEMAMAN
3 April-Himpunan terbesar wanita dalam perniagaan di pantai Timur bakal
disaksikan dalam Karnival Usahawanita 2018 yang berlangsung selama tiga hari di
Pantai Kuala Kerteh dekat sini bermula lusa.
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,
dengan persiapan yang dilakukan, produk-produk yang ditawarkan di samping
pelbagai aktiviti bagi menambahkan kemeriahan, karnival itu disasarkan dapat
menarik lebih 30,000 pengunjung.
Dengan
slogan Segalanya Wanita itu, program itu sekali gus menjadi previu ke arah satu
lagi himpunan usahawan wanita terbesar negara yang bakal diadakan ketika
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2018)
November ini.
Menurutnya,
karnival tersebut akan mengumpulkan seramai 500 usahawan wanita tempatan yang
berpeluang menggunakan platform tersebut bagi mempromosikan hasil kerja dan produk-produk
mereka ke pasaran lebih luas.
“Karnival
ini sudah masuk kali ketiga penganjurannya selepas sambutan yang begitu
menggalakkan diterima ketika diadakan di Lundu, Sarawak dan Teluk Intan,
Perak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Karnival
Usahawanita 2018 di sini hari ini.
Beliau
menyifatkan program itu satu acara yang cukup menarik sebagai meraikan usahawan
wanita tempatan di samping menyediakan platform kepada mereka untuk mempromosi
produk yang dihasilkan kepada pasaran yang lebih luas.
Katanya,
penganjuran dilakukan dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Pejabat Daerah dan Pejabat
Parlimen Kemaman. - UTUSAN ONLINE
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/karnival-usahawanita-2018-himpunan-terbesar-di-pantai-timur-1.640888#ixzz5BbYgHbQP
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.