Ahmad Shabery
bersama pemimpin setempat dan warga pendidik dalam majlis Sambutan Hari Guru
Daerah Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE
29 April 2018 7:20 PM
KEMAMAN 29 April - Masyarakat tidak harus terpengaruh dengan PKR
yang mudah menjanjikan soal percuma termasuk pendidikan jika berpeluang
memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek berkata, parti pembangkang itu hanya tahu membuat janji untuk mencapai
kemenangan walaupun tidak mampu menunaikannya kelak.
"Mereka sudah boleh lakukannya di negeri yang dikuasai tetapi
mereka tidak buat apa-apa juga," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari
Guru Daerah Kemaman di Dewan Sekolah Menengah Agama Imtiaz, Kijal, di sini hari
ini.
Yang turut hadir sama, Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Ahmad Said,
anggota Exco kerajaan negeri, Ir. Rosli Othman; Pegawai Penyelaras Dewan
Undangan Negeri Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Pengerusi Ladang Rakyat
Terengganu Sdn. Bhd. Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Pendidikan Daerah,
Idris Bidin.
Menurutnya, pendidikan di negara ini kini hampir pada tahap
pendidikan percuma kecuali sedikit bayaran di peringkat pendidikan tinggi
walaupun bayaran sebenar jauh lebih tinggi.
"Kita perlu melihat hal-hal lain dalam memberi pendidikan
percuma terutama kualiti pendidikan dan bagaimana cara kita membiayainya.
"Kita akui ada negara Eropah memberi pendidikan percuma
tetapi mereka mengutip cukai yang tinggi terutama GST," ujarnya.
Sehubungan itu beliau mempersoalkan, jika mahukan pendidikan
percuma sepenuhnya dan GST nak dihapuskan, mereka perlu menjejaskan daripada
mana sumber kewangan yang akan digunakan bagi pembiayaan itu.
"Mereka sering mengatakan agar memberi peluang memeritnah
dahulu sebelum melaksanakan. Jelas itu hanya janji kosong mereka, dan rakyat
jangan mudah terpedaya," katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pendidikan-percuma-hanya-janji-kosong-1.661159#ixzz5E7AUCCpp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.