MOHD. SAID (dua dari kiri)
bersama para pegawai menunjukkan jari berdakwat kekal selepas mengundi awal di
Dewan Perumahan Polis Bukit Mentok Kemaman hari ini.-UTUSAN ONLINE
Mukhatar A. Rahman
05 Mei 2018 2:37 PM
KEMAMAN 5 Mei - Seramai 442 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) bersama keluarga mereka turut menunaikan tanggungjawab mereka dalam
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan melakukan pengundian awal hari
ini di empat buah pusat yang disediakan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata,
seramai 332 orang mengundi di Dewan Ibnu Sinar Perumahan Polis Bukit
Mentok (Dewan Undangan Negeri Cukai); 31 orang di Balai Polis Pasir Gajah (Air
Putih); 38 orang di Balai Polis Kijal (Kijal) dan 41 di Balai Polis Kerteh
(Kemasik).
"Selain anggota polis, terdapat 13 orang termasuk 4 orang
isteri anggota tentera dari Kem 512 Askar Wataniah Bukit Kuang yang mengundi
awal di Pusat Pengundian Balai Polis Kijal," ujarnya ketika ditemui di
pusat pembuangan undi di Dewan Ibnu Sinar Perumahan Polis Bukit Mentok pagi
ini.-UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.