Dua
kapal ditahan bersama 10 kru
Pindah minyak di laut
MUHAMAD REZAL.
25 Julai 2018 4:54 PM
KEMAMAN 25 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) menahan dua buah kapal yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan
minyak dari kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran dalam operasi khas di perairan
daerah ini, malam tadi.
Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Muhamad Rezal
Kamal Badshah berkata, kapal kargo minyak, Edy Aman yang didaftarkan di
Indonesia dan YTC TUG IX yang didaftar di Singapura ditahan pada pukul 11.40
malam, kira-kira empat batu nautika dari Kuala Kemaman.
"Ketika itu, kedua-duanya didapati sedang melakukan
pemindahan berdasarkan minyak yang berada didalam tangki dan paip (hose) yang
masih berada di dalam saluran minyak," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan
pemeriksaan kapal berkenaan di pekarangan Maritim Kemaman, di sini hari ini.
Kegiatan pemindahan minyak dari kapal secara haram kebiasaannya
berlaku di waktu tengah malam hingga subuh bagi mengelak dijejak oleh pihak
berkuasa.
Katanya, kapten kapal Edy Aman berusia 39 tahun dan tiga kru warga
Indonesia berumur lingkungan 28 hingga 30 di samping kapten kapal YTC TUG IX
bersama lima kru yang juga warga Indonesia berumur 26 hingga 46 tahun ditahan
reman selama tujuh hari.
Di samping itu, Muhamad Rezal memberitahu, pihaknya turut merampas
11,500 liter minyak diesel dari dua buah kapal itu yang dianggarkan bernilai
RM23,000.
"Kedua-dua kapal tiada dokumen kebenaran dan permit sah bagi
melakukan aktiviti pemindahan minyak di laut.
"Justeru boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967
kerana menyalahgunakan Lesen Perkapalan negeri di bawah Lembaga Perlesenan
Perkapalan Negeri 1981 dan melakukan kesalahan di bawah Lembaga Pelabuhan
Kemaman,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-kapal-ditahan-bersama-10-kru-1.716024#ixzz5MGCNgJUv
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.