Empat lagi bot nelayan
Vietnam ditahan
MUKHATAR A. RAHMAN
22 Julai 2018 7:18 PM
Empat buah bot nelayan Vietnam yang berjaya ditahan
APMM semalam.
KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat buah bot nelayan
Vietnam yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan Kemaman dekat sini
semalam.
Seramai 41 nelayan Vietnam termasuk empat tekong berusia dalam lingkungan
19 hingga 57 tahun turut berjaya diberkas oleh Ops Perkasa yang dilakukan kapal
penguat kuasa KM Gemia dari pukul 10.40 pagi hingga 1.20 tengah hari.
Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim
Mohamad Rezal Kamalbashah berkata, kesemua bot nelayan terbabit berjaya ditahan
KM Gemia pada kedudukan antara 100 hingga 104 batu nautika dari perairan Kuala
Kemaman dekat sini.
"Penahanan itu juga berjaya merampas lima tan ikan pelbagai jenis,
5.5 tan ikan baja, 17,000 liter minyak diesel dan peralatan menangkap ikan yang
nilai keseluruhannya RM4.5 juta.
"Keempat-empat tekong bot berkenaan gagal mengemukakan permit sah
menangkap ikan di perairan negara yang dikeluarkan Jabatan Perikanan,"
katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman di sini hari ini. - K!
ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.