MUKHATAR A. RAHMAN
04 Disember 2018 5:38 PM
KEMAMAN - Gara-gara mengelak babi hutan, seorang jururawat hampir lemas
selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam
parit di Kilometer 8, Jalan Chukai-Air Putih dekat sini hari ini.
Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Engku Ermanizara Engku Azmi, 29,
terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya keluar dari keretanya yang
kemudiannya tenggelam ke dalam parit berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata,
sewaktu kejadian, Engku Ermanizara dalam perjalanan untuk bertugas di Klinik
Kesihatan Air Putih di sini.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba
melintas jalan menyebabkan kereta Proton Saga BLM dipandu mangsa terbabas
selepas dia cuba mengelak haiwan liar berkenaan.
"Kenderaan itu kemudiannya terjatuh ke dalam parit di tepi jalan
sebelum tenggelam. Mangsa bernasib baik berjaya keluar dari keretanya sebelum
dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu," katanya kepada Kosmo!
di sini hari ini. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.